Assalamualaikum..
Bismillah..
Mengapa tetiba hati ini rasa tidak tenang selepas mendengar satu khabar berita yang memilukan.. tapi dengan semangat yang ada mungkin masih boleh menerima setiap bait kata2 yang keluar walaupun hati ini sebenarnya hiba.. Masih ada sedikit kekuatan dalam diri ini untuk menguntum kan senyuman dibibir tapi hati hanya ALLAH yang tahu..
Benar, diri ini masih tidah setabah dan sekuat wanita pilihan.. tapi tidak pula ingin mementing kan diri sendiri sedangkan masih ada hamba ALLAH yang memerlukan pertolongannya.. "redha" itu sahaja yang mampu diucapkan.. mungkin ada yang lebih layak dan lebih memerlukan dari diri ini.. rasa serba salah dan sedih andai keputusan yang dibuat akan menghancurkan hati dan perasaan orang lain yang lebih memerlukan..
Betul istikarah lah dalam mencari jawapan nya.. seharusnya diri ini cuba dan cuba tanpa putus asa.. hanya pada MU YA ALLAH, aku serahkan segalanya.. hanya ENGKAU sahaja yang tahu perasaan dalam diri ini.. mungkin dengan petunjuk dariMU aku mampu untuk berhadapan dengan segalanya..
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
.. Mungkin akan ditemukan dengan penyelesaian yang lebih baik.. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment