Thursday, November 19, 2009

.. KEKASIH ALLAH ..

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'

'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.

Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'

'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


..MENTARI HIDUP..


Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu

Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Thursday, November 12, 2009

.. cerita kelakar : moralnya jgn tidur petang..


Kisah kemalangan ngeri yang meragut nyawa isteri dan anak-anakku


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.


"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.


"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.


"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was."Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang."


"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!


"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.


PANGGG!!


Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....


...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! hehehe!!Sekian.


Moral: Jangan tido waktu senja nanti senang kena ganggu dgn setan

Wednesday, November 11, 2009

.. JODOH SAYA DENGAN SIAPA??..


Dalam hidup ini, manusia sering berhadapan dengan perkara untuk dinilai dan dipilih, maka di sana kita dituntut untuk mencari pilihan terbaik sebagai memenuhi tuntutan fitrah, namun pilihanraya ini hendaklah terpimpin dengan akal dan petunjuk daripada-Nya berdasarkan ilmu serta keyakinan,agar apa yang dipilih tidak tersasar pada jalan benar atau menempah kebinasaan kelak.

Begitu juga dalam masalah mencari jodoh, atau pasangan hidup, dan apa sahaja sekalipun Nabi ada menyarankan kita (tidak secara spesifik pada jodoh sahaja) agar melaksanakan solat dua rakaat, dan berdoa memohon kepada Allah Taala agar disuluh penentuan antara dua atau lebih keadaan yang hendak dipilih.

Maka dalam soal ini, kita tidak semestinya bergantung pada mimpi semata-mata, kerana soal dapat, tepat, dan cepat adalah datang daripada Allah Taala, kita hanya mampu berikhtiar sahaja, dan hasilnya adalah dalam penguasaan dan pengetahuan-Nya.Kerana di sana bimbang bilamana kita terlalu bergantung pada mimpi akan menyebabkan kita taksub, dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kita kemungkinan besar termasuk dalam perbuatan syirik khafi.

Jadi langkah yang paling baik dan bijak ialah, pastikan kita mencari terlebih dahulu pasangan yang ingin hidup bersama, atau sesiapa sahaja kenalan, selepas itu pastikan ciri utama yang perlu diletakkan dihadapan seperti elok agama dan seterusnya.Selepas itu, lakukan solat Istikharah dua rakaat setiap hari,l akukan berulang-ulang kali sehinggalah kita begitu yakin dengan gerak hati, dan semestinya gerak hati tersebut yang terbaik selepas menilainya secara ampuh dari setiap sudut.

Namun ada juga mengikut pandangan ahli sufi, antara lain kita akan mengetahui siapa pasangan kita setelah mengerjakan solat istikharah dan bentuk usaha yang lain, ialah apabila kita melihat kenalan atau pasangan yang dipilih, akan terasa debaran yang memuncak atau dengutan jantung tidak pada paras normal.

Untuk menentukan petunjuk itu datang dari gerak hati bersulam iman atau sebaliknya adalah kita berasa yakin, bahawa kemanisan iman itu mengatasi gelocakan hawa nafsu.Ini berkaitan psikologi manusia, maka di sana kita kena merasainya dahulu baru dapat bezakan antara nafsu dan Iman dalam konteks menentukan pasangan jodoh yang betul-betul ideal.Iman akan terasa lembut pada rasanya,dan tidak dinodai perasaan buruk seperti kecamukan marah, sedih, dan sebagainya, bahkan ianya akan merubat kedukaan, atau menukar sesuatu perasaan yang buruk kepada perasaan baik.

Pada penghujung ikhtiar kita ialah menerima ketentuan-Nya dengan berlapang dada dan hati terbuka walaupun kita mengharapkan sesuatu yang baik, tetapi lain pula datang dan jadinya.Kita perlu faham dan ingat bahawa, kemungkinan kita menyukai sesuatu dan berusaha untuk memilikinya, tetapi ianya belum tentu baik di sisi Allah Taala, dan begitu juga sebaliknya.

Percaya dan yakinlah, janji Allah Taala pada hamba-hamba bertakwa yang mana tidak pernah sirna dengan ganjaran pahala, dan mungkin terdapat hikmah disebalik kejadian yang berlaku.Tapi yang pasti segala usaha yang dicurahkan, akan di terjemahkan oleh Allah Taala di akhirat kelak sebagai saham tambahan pada amalan-amalan yang dikerjakan semasa hidup di atas dunia yang fana ini.


Allah Taala berfirman;“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat.Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,agar mereka selalu berada dalam kebenaran”el Baqarah (2:186)


Full artikel.. sila klik sini..

.. PERKHEMAHAN..

Bismillah..

Assalamualaikum..

Waktu saya tengok gambar-gambar lama.. tangan dok klik folder rompin.. ermm.. tetiba rasa rindu nak pergi lagi.. dah lama rasanya tak buat aktiviti menjenguk ke hutan.. last muna bawa pegi hutan hulu langat.. hehehe.. tak ada lah hutan sangat pun..


semuanya nampak bersih sebelum masuk ke hutan, tiada kotoran.. sempat bergambar kenangan di papan tanda ENDAU ROMPIN sebagai kenangan..



Ini adalah hasil kraftangan kami.. bersusah payah kami memerah idea untuk membuat kraftangan yang paling kreatif.. alhamdullilah kami menang untuk bahagian muslimah..



khusyuk mendengar uncle mengajar cara-cara nak buat pondok.. actually kami sekumpulan yang patut buat.. tapi macam 90% uncle je yang buat, kami tolong2 angkat kayu je.. hehehe.. seronok sangat masa ni..

ini lah hasil nya.. apabila pondok telah disiapkan.. kami namakan teratak sakinah.. nampak aja macm ni.. tapi sangat kukuh.. telah diuji dengan melompat-lompat diatasnya tapi masih tidak runtuh.. muat untuk 5 orang kot.. kami sempat terlena lagi..


.. Kebesaran ciptaanMU..


..Keindahan CiptaanMU..


.. Inilah kurniaan ALLAH yang tiada nilainya.. saya dan kawan-kawan mengunakan air sungai ini untuk minuman kami.. rasa macam air mineral.. lebih bersih dari air masak..

.. Bergambar kenangan sebelum pulang.. semoga dapat kembali lagi...



Monday, November 9, 2009

.. WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN ..




Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.

Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.


Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.

Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.


Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka.

Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.
Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.

Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak.

Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.






Friday, November 6, 2009

.. PENGORBANAN SEORANG IBU ...


Bismillah..

Assalamualaikum..

Posting kali ini saya hendak menceritakan tentang pengorbanan seorang ibu.. Sebenarnya kisah ini mengenai kisah saya.. kisah pengorbanan ibu saya dalam membesar dan mendidik saya sehingga lah sekarang masih lagi tidak boleh beranggang dengan ibu atau panggilan saya mak..
Saya dilahirkan di rumah kampung, di Melaka bertarikh 29 november 1985 waktu subuh hari jumaat tidak silap saya… Sepatutnya saya dilahirkan di hospital tapi waktu tu rumah nenek saudara sebelah rumah nenek kahwinkan anak. Kira makcik saudara saya lah.. jadi ramai lah waktu tu di kampung, waktu saya di keluarkan dari perut emak.. ramai lah bidan terjun.. ataupun penyambut2 saya.. emak kata bidan yang sambut saya adalah nenek saudara saya yang pakar dalam membidankan orang.. lahir saya mudah kata emak lah..

Waktu saya berumur 1 hingga 6 bulan saya terkena penyakit sawan nangis yang famous dikalangan bayi-bayi yang baru lahir.. maksudnya waktu tak nangis waktu tidur je.. hehehe.. payah jugak kan.. after sebulan dilahirkan emak sudah memulakan tugas sebagai cikgu di sekolah high school lelaki di puchong.. jadi bila dah terjadi masalah sawan nangis ni, emak pun jadi runsing.. waktu tu ayah bertugas di Sarawak sebagai engineer petronas.. jadi emak keseorangan hendak menjaga saya dengan abang lagi yang baru masuk umur setahun.. dah lah nakal.. adik dia ni yang kecik lagi di pukul2 nya sebab tak tahan asik menangis.. hehehe.. kurang asam jawa punya abg… itu emak yang crita lahh..

Jadi emak amik keputusan untuk letakkan saya dulu dengan nenek dan arwah moyang saya di Melaka untuk berubat.. semua uztad-uztad dah dibawa tapi masih juga tidak berubah.. pernah emak cerita waktu tu saya umur 4 bulan.. waktu tu awal pagi dalam pukul 2 pagi macamtu. Saya buat hal menangis tanpa henti, jadi waktu tu ayah dan emak ada.. jadi ayah dan emak ambil keputusan bawa saya naik kereta pagi2 tu jalan2.. emak kata diam je dalam kereta.. hehehe… (tu maksudnya ini budak ahhh.. suka jalan2 ooo)…hehehe… walaupun saya diletakkan dibawah jagaan nenek tapi setiap minggu emak akan pulang kekampung.. masa tu highway tak ada lagi kira amik masa 3 hingga 4 jam nak sampai Melaka.. itulah pengorbanan seorang ibu…

Saya dibesarkan oleh nenek dan arwah moyang sehingga saya berumur 11 tahun, ini kerana arwah moyang mahu membela saya walaupun emak dan ayah keberatan untuk bagi.. tapi kerana ada alas an-alasan yang tertentu jadi saya diletakkan dibawah jagaan nenek dan arwah moyang saya.. tapi walaupun begitu setiap minggu mesti emak akan datang kemelaka ataupun saya yang akan dibawa ke kuala lumpur..

Tidak terhitung rasanya pengorbanan emak dalam membesarkan saya dan adik beradik yang lain.. diberi pelajaran sehingga tiada masa untuk rehat.. cakap sahaja dimana tempat tuisyen yang bagus pasti kami adik beradik akan di bawa.. sampai dah tak terbilang tempat tuisyen kami.. itu satu.. pergi tuisyen dihantar, balik tuisyen di ambil tanpa ada sedikit rungutan pun.. dalam soal agama, diikutkan dulu emak adalah cikgu dalam bidang pengajian islam.. jadi tiada masalah untuk kami belajar agama.. saya ingat lagi, lepas solat kami akan mengaji dan menghafal surah2 yang berkaitan, hanger atau rotan mesti ada.. setiap kali bacaan salah hinggap lah di badan.. tidakpun cubitan serangga berapi emak.. hehehe.. tapi itulah pendorong kejayaan kami..

Waktu pertama saya melangkah kealam remaja, ataupun sinonim kedatangan period saya yang pertama.. memang keadaan saya sangat lah teruk waktu tu.. muka pucat.. demam.. tidak boleh bangun.. huhu.. menangis2 tahan sakit perut.. waktu tu terpaksa lah emak mengambil cuti untuk menjaga saya.. walaupun ikutkan itu perkara kecik je, tapi sebab itu pertama kali kan.. jadi rasa gerun juga.. hehehe… sepanjang dirumah emak ajar saya macamana nak melalui saat-saat ini, saya sedar emak Nampak sedih sebabnya.. saya dah mula menjadi dewasa.. huhuhu..
Sewaktu saya ditingkatan satu, kami berpindah dari wangsa maju ke ampang.. waktu tu saya rasakan bilik saya menakutkan.. hehehe.. macam-macam bunyi saya dengar tapi sebenarnya itu bunyi tingkap saya bila ada kenderaan lalu ianya akan berbunyi.. Jadi tidur malam saya menjadi seram.. jadi kalau tidak boleh tidur saya akan menyelinap masuk kebilik emak dan ayah dan tidur dikaki katil tanpa mereka sedar..heee.. ini tidak boleh jadi emak kata. saya kene biasakan juga tidur seorang dalam bilik tu.. so sepanjang sebulan lebih emak akan menemankan saya tidur sehingga saya terlena.. lama kelamaaan barulah saya terbiasa.. waktu tu katil single je tapi emak akan tidur disebelah saya sambil menepuk-nepuk bahu saya.. kadang2 tu bila saya sedar saya rasakan tangan emak di perut saya.. huhuhu.. terima kasih emak….
Di tingkatan empat saya mendapat tawaran untuk ke sekolah asrama penuh, tapi emak keberatan untuk lepaskan saya pergi sebabnya hanya saya lah peneman emak waktu, abang dan adik masing-masing dah bersekolah diasrama penuh.. jadi emak keseorangan dengan ayah yang sentiasa outstation berhari-hari kadang-kadang tu berminggu-minggu kerana baru memulakan perniagaan., tiadalah baru tapi agak sibuk.. jadi saya ambil keputusan untuk sambung sahaja di sekolah yang sama sehingga habis tingkatan lima..
Selepas itu, hendak tak hendak saya kene menyambung pelajaran dimelaka.. nasib di Melaka dekat juga dengan kampung.. sepanjang saya belajar di sana.. setiap hari saya akan menelefon emak atau emak akan menelefon saya.. rasanya tidak boleh hidup tanpa mendengar suara emak.. perkara ini berlanjutan sehingga sekarang. Walaupun tinggal dengan mak.. ntahlah
mungkin sudah menjadi kebiasaan..

Pernah sekali, saya demam selama seminggu.. mulanya saya tidak bagitau emak.. tapi nampaknya makin teruk sehingga tidak boleh bangun.. waktu tu, emak bersekolah, selepas dapat panggilan telefon dari saya, emak terus bergegas ke Melaka dan membawa saya ke hospital.. waktu saya mengalami masalah kesihatan dulu pernah saya luahkan yang saya tidak mahu kekampus.. tapi emak bagi semangat, tapi setiap kali saya dengar suara emak waktu itu, saya akan menangis.. emak apalagi kalau dengar anaknya menangis lagi sedihlah hati nya.. sampai kan tidak boleh tidur.. MAAFKAN ANGAH MAK. BANYAK DAH ANGAH MENYUSAHKAN EMAK.. Tapi kekuatan saya waktu itu hanya emak… sehinggalah sekarang emak menjadi peneman saya untuk rawatan.. Walaupun bayaran yang dikenakan agak mahal tapi sedikit pun tidak menjd rungutan bagi emak… TERIMA KASIH EMAK..

Sebenarnya banyak lagi hendak dituliskan, tapi diikutkan satu novel setebal 400 muka surat pun belum tentu habis untuk diceritakan, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.. yang tidak dapat dihitung dengan jari jemari.. Angah sentiasa doakan emak.. menjadi wanita yang tabah dan sabar dalam mengharungi bahtera kehidupan yang berduri ini..
Terima kasih kerana mendidik dan membesarkan kami dengan sempurna tanpa sebarang keluhan dan rungutan..Jasamu tidak terbalas didunia mahupun akhirat berbanding segala kudrat mu pada kami yang tidak terhintung nilainya… TERIMA KASIH EMAK…..

.. AKU SEMAKIN BERUSIA ..


.. Bismillah ...

.. Assalamualaikum..

.. Tajuk yang agak menarik "aku semakin berusia".. Terasa yang teramat sangat mengena dengan diri sendiri.. Bukan lah bermakna diri ini dah terlalu tua.. cuma rasanya dah sepatutnya matang dalam aspek berfikir, memilih dan juga berdepan dengan cabaran yang akan datang. dan cabaran yang mencabar untuk saya sebenarnya baru hendak bermula.. dan kalau diikutkan saya masih lagi bertatih dalam cabaran ini cuma saya kene matang untuk berdepan..

.. Bulan november atau bulan 11 ini, genap lah separuh usia saya bermakna saya akan bermula dengan usia yang baru iaitu 24 tahun walaupun agak lewat dari kawan-kawan yang lain tapi rasanya tiada beza.. melangkah ke alam baru, memikir lebih kehadapan dan juga tidak lagi 100% bergantung dari ibubapa membuatkan saya gerun tapi ini lah dikatakan putaran hidup yang akan dilalui oleh semua manusia normal dan rasanya saya agak terlewat berbanding rakan-rakan lain yang kebanyakkan sudah berumah tangga dan mempunyai anak... tapi itu tidak bermakna saya terlalu tua.. hehehe.. cuma seruan jodoh itu belum sampai.. atau mungkin juga saya masih belum bersedia ke arah itu...

.. Bermula dengan azam yang baru, kehidupan yang baru dan juga tanggungjawab yang baru membuatkan saya lebih bersemangat untuk lebih berdikari.. dengan sokongan ibu dan juga ayah.. insyaALLAH..rasanya bermula pada usia ini saya tidak boleh lagi bersifat kebudak-budakkan kerana saya kene lebih bersedia menghadapi apa jua cabaran yang mungkin diluar jangkaan saya... IYA!! saya kene mempersiapkan diri dengan segala senjata dan juga ilmu yang akan saya bawa dan guna untuk berperang dengan cabaran baru.. wahhh.. macam nak berperang betul pulak..

.. Ini juga boleh dikatakan hijrah bagi saya, kerana segalanya akan berubah tanpa saya sedar dan juga dalam keadaan saya sedar.. ada sedikit dan juga mungkin banyak kelemahan yang saya kene perbaiki dan juga servis semula supaya saya dapat bergerak jauh...mulai sekarang saya tidak boleh fikirkan perkara yang pernah terjadi tapi kene fikirkan apa yang akan terjadi atas tindakan saya mulai sekarang...

.. NURUL HELWANI BINTI ZAINAL ABIDIN.. kamu sekarang kene berfikiran matang dan releven setiap kali membuat keputusan dan juga membuat pilihan sama ada pilihan itu untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang.. kamu kene concern setiap aspek, sudut dan juga unexpected thing yang kamu kene listkan... INGAT!!!..
.. selamat bermujahadah...




Thursday, November 5, 2009

..RAHSIA BULAN KELAHIRAN...

Januari - Februari - Mac - April - Mei - Jun - Julai - Ogos - September - Oktober - November - Disember
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
Suka berangan-angan.
Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
\* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
\* Mudah dipujuk.
\* Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
\* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
Bersistematik



OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
*orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER (bulan kelahiran saya)
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi.
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok bila didampingi.
Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Monday, November 2, 2009

.. TAKTIK MANUSIA GILA MENCULIK KANAK2.. MARI KITA RENUNGKAN DAN SEBARKAN...


Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih .

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara.

Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.

Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah.

Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu.Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

.. MaTiKaN LaH aKu SebELuM aKu SeMPaT......

YA ALLAH..

SESUNGGUHNYA HARAM BAU SYURGA BAGI KU SEANDAINYA AKU DERHAKA KEPADA
KEDUA ORANG TUAKU..

AKU RINDUKAN MEREKA, YA ALLAH..

AKU INGIN TEMUI MEREKA SEKARANG YA ALLAH...

AKU KHUATIR...TIADA LAGI KESEMPATAN BUATKU MENEMUI MEREKA...

ANDAI BUKAN AKU YG PERGI MENINGGALKAN MEREKA...

MEREKA YANG AKAN KEMBALI MENEMUIMU...

OLEH ITU,AKU MOHON KAU MATIKAN AKU SEBELUM AKU BERPELUANG MENJADI
ANAK DERHAKA....

AKU CINTAI MEREKA, YA ALLAH.

AKU SAYANG MEREKA, YA ALLAH...

NAMUN AKU TAK PANDAI MENZAHIRKANNYA...

LISANKU BIADAB TERHADAP MEREKA, YA ALLAH..

KATA-KATAKU LANCANG MESKIPUN AKU SEDAR MEREKALAH ORANG TUAKU...

OLEH ITU, KAU LEMBUTKANLAH LISANKU...

KAU ZAHIRKAN KASIHKU KEPADA MEREKA, YA ALLAH...

AGAR MEREKA DAPAT RASA...

YG PENGORBANAN MEREKA KEPADAKU SELAMA INI BERBALOI, YA ALLAH...

CUKUPLAH SEKADAR BERBALOI BAGI MEREKA, YA ALLAH...

KERANA AKU TIDAK MAMPU MEMBALAS JASA MEREKA, YA ALLAH...

ANDAINYA AKU DAPAT BERKHIDMAT PADA MEREKA DUNIA DAN AKHIRAT, TETAP
TIDAK AKAN SETIMPAL DENGAN JASA MEREKA MELAHIR DAN MEMBESARKAN AKU,
YA ALLAH...

AKU HAMBAMU YG HINA, YA ALLAH...

AKU HAMBAMU YG LEMAH, YA ALLAH...

AKU TEWAS BILA SYAITAN MENIUP-NIUP API KEMARAHANKU...

NAFSU AMARAHKU SUKAR DIBENDUNG, YA ALLAH...

OLEH ITU,AKU MOHON KAU LINDUNGI DAN BANTULAH AKU...

AGAR MENJADI ANAK YANG SOLEH...

YANG DAPAT MEMBERI BEKALAN KEPADA ORANG TUAKU KELAK...

Kasih sayang terhadap ibubapa sangat penting dalam hidup kita. kadang-kadang kita sukar untuk menzahirkan apa yang terbuku di hati...namun,ucapkanlah...luahkanlah...kasih sayang itu...walau bukan dengan kata-kata...

Sunday, November 1, 2009

.. SURAT CINTA BUAT ISTERIKU..




Oleh : Pahrol Mohamad Juoi

*Editor : NuurZaffan


Ke ribaan isteriku yang tersayang…

Sayang, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini.


Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku.


Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci.Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan.


Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.Sayangku,Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.


Ya Allah…Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.


“Ya Rahim…Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”


“Ya Rahman…Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”


“Ya Rabbi…Lembutkan hati isteriku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”


Sayang,Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkanpun masih bertemu.Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan.


Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata. Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua.


Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.


Sayang… bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI.


Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah?

Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti.


Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba.


Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek:“Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini.


Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin.


Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.Isteriku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!





Saturday, October 31, 2009

.. KENANGAN LALU..

..Bismillah..


Assalamualaikum…


Bila mendengar lagu AMANI-dr AMAR.. saya tetiba teringat seseorang yang pernah hadir dalam hidup ini walaupun hanya untuk sementara tapi cukup bermakna..walaupun kami tidak pernah bersua antara satu sama lain. ada bait-bait lirik didalam lagu tersebut pernah ditujukan.. tidak mungkin kenangan itu mudah2 untuk dilupakan.. yang baik dijadikan pedoman.. yang buruk dijadikan pengajaran.. setiap nasihat dan kata-kata semangat yang diberikan akan digunakan untuk melayari kehidupan ini..


Kehadiran itu dah banyak memberi seribu satu kenangan yang baik untuk saya.. yang mengajar saya untuk menghargai orang yang kita sayang dan orang yang akan hadir dalam hidup kita..tiada kata tidak dalam memberi pertolongan pada insan yang lebih memerlukan.. walaupun ada sedikit pahit yang ditelan tapi lebih banyak madu yang manis dirasa… hanya iringan doa dan kata-kata semangat yang boleh di berikan untuk kebahagian yang akan hadir… jika niat kita diiringi dengan bersasarkan pada yang SATU.. insyaALLAH.. semuanya akan dipermudahkan..


Untuk insan tersebut.. doakan lah kebahagian dan carilah kebahagian itu dengan hati yang ikhlas.. kebaikan yang diberi akan dibalas dengan kebaikan yang lebih baik.. insyaALLAH.. mungkin pengenalan yang singkat ini ada hikmah yang mengajar kita.. ada sedikit rasa kebahagian walaupun sebenarnya bukan itu yang kita cari.. tapi mungkin itulah juga yang memberi pengajaran untuk kita.. wallahualam..

Tangisan sanubari telah terhenti

Kala suram suria memancar sinarnya

Pertemuan seindah bayangan firdausi

Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu

Terkenang detik bertemunya kau dan aku

Santun berhikmah mengingatkan diri

Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini

Bertemu kasih tanpa jasad

Bicara tanpa suara

Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita

Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan

Bagai puteri di kayangan

Tika ku lesu hadapi hidup

Kau hembuskan nafas semangat

Penawar hati

Wednesday, October 21, 2009

..CUBALAH UNTUK BERSYUKUR (TERIMA SEADANYA)..


Cubalah untuk bersyukur

Jika kamu memancing ikan¡¦setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja, kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang¡¦setelah dia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja, kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu¡¦apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang¡¦sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi¡¦
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya¡¦akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhir hayat.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi¡¦yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal¡

.. Jadi hargai lah apa yang di hadapan kita selagi mereka masih bernyawa.. ibu bapa kita.. adik beradik kita.. nenek atau datuk kita.. sahabat2 kita.. mahupun saudara seperjuangan kita..

Monday, October 19, 2009

Chubby cuppy cake (he's cute kan..)

.. Bismillah..

... Assalamualaikum...

.. Saya sebenarnye memang suka sgt dgn budak2.. lagi kalu budak2 tu gemoookkk.. heee... kawan2 ngan my family semua marah.. ada ke saya nak anak gemokk.. hehehe.. ntahlah.. saya memang geram tgk kalu budak2 yang over montel2 ni.. and kalau lah kan one day my son looks like himm.. malam jadi my bantal peluk.. heee..

cuba tgk video kat bawah ni.. comeiii sgt... that song famous jgk.. and cuba tgk reaksi muka dia.. hehehe.. tergelak saya sorang. macam nak cubit je pipi diaaa.. heeee..



Saturday, October 10, 2009

.. Fairy Collection Product..

DARK BITTER SWEET COOKIES
PRICE : RM 35.00
QUANTITY : 100 PIECES




TELEKUNG (KAIN COTTON AND RAYON )
PRICE : RM 180.00
COLOR : GREEN, PURPLE, YELLOW, ORANGE AND PINK







ONE SET TELEKUNG WITH SEJADAH AND BEG

PRICE : RM 390.00
COLOR : COKLAT AND PINK


Monday, October 5, 2009

.. Wedding kak NaNa..

Bismillah..

Assalamualaikum..

Pada wekend aritu.. saya bersama2 sahabat saya yang lain.. menghadiri wedding kak senior kitorang.. actually we'll satu rumah dulu.. unexpected kak nana dah kahwin.. alhamdullilah.. sumenya dah selamat. after this gelaran sapa pulak ek?? hehehe.. guess who?? i know.. starting from "A".. end With "I".. Hopefully.. may ALLAH bless them.. We'll start from lcct going to penang.. agak lama perjalanan.. dengan perut dah lapar.. actually becauz flight delay.. thats y laa.. kitorg lambat sampai penang..

Ni lah kak nana.. she looks great with all this.. emm.. ambil berkat kak nana.. mana tau.. next... hehehe.. insyaALLAH..

.. Masa ni di lcct.. with all my sahabati.. from left afni, aslah and budak montelll ni.. ika...last skali ermm.. tk perlu diperkenalkan laa..

.. Sempat bergambar dengan pengantin,.. nasib pengantin tk salin baju lagi.. waiting for us nak bergambar.. we'll lah yang paling last sampai.. but happy for that coz first time kot smpai penang...
Hopefully after this.. jika dimurahkan rezeki dipanjang kan umur nak juga sampai sana lagi.. tk puas jalan2.. anyway pergi sana pun rushing dengan wedding.. but berbaloi.. and tak lupa juga kat kak farah for 3 days lain kerenah 4 kanak2 riang ni.. heee..
.. Thanz for kak nana jugak coz invited us join wedding ni.. moga berbahagia keakhir hayat.. amin...


.. Arabian wedding ...

... Bismillah..

Assalamualaikum...

3 of us.. Afni.. ika dan saya..

Ini lah pengantin.. kak nana and her husband.. akmal...


..Sempat berposing before the guest datang.. hehehe..dr kiri kak farah, actually kak farah lah yang tumpang kami for 3 days kat penang.. thanz kak farah..

.. selepas sumenya selesai.. tunggu untuk balik.. dengan ika.. ni dekat penang golf resort.. nice place..


.. Konon2 berangan nak buat wedding ala2 arab jugak. hehhe.. masing2 berjubah hitam ikut tema.. arabian wedding..




Sunday, September 27, 2009

.. Aku Menyayangimu Kerana Allah...


Duhai sahabat..

Andai perkenalan kita ini diredhai Allah

Engkau genggamlah ukhuwah ini

Dengan keikhlasan yang kudus

Dengan rasa cinta kepada Illahi


Duhai sahabat...

Tatkala air mata turun laju membasahi pipiku

Kau seka air mataku

Kau hadir di sisiku meminjamkan bahu

Untukku lepas segala tangis yang terpendam di hati

Lalu kau tatap wajahku

Dan kau hadiahkan ukiran senyum terindah buatku


Duhai sahabat...

Di saat aku terleka akan cinta terhadap duniawi

Kau berulang-kali menegurku dengan selembut-lembut perkataan

Kau datang kepadaku membisikkan kalimat Illahi...

"Cinta dunia tidak ke mana,

kejarlah cinta Allah,InsyaAllah kita ke Al-Jannah!"

Dan aku tersedar dari buaiku...


Duhai sahabat...

Sesalku tidak terungkap

Sewaktu dulu aku mencarik sukmamu

Sewaktu dulu aku mengguris perasaanmu

Kau tidak mengungkitnya kembali...

Sesungguhnya hatiku terkesan dengan kata-katamu

"Aku sayangi engkau demi Allah,

Aku sayangi engkau kerana Allah,

Dan aku tidakkan mahu memutuskan ukhwah ini,kerana Allah...


"Duhai sahabat...

Masih segar di ingatanku

Tika ada perselisihan faham antara kita

Akibat aniaya orang ketiga

Kau duduk di hadapanku dengan linangan air mata teresak-esak

Kau tebalkan muka memohon maaf kepadaku walau itu bukan salahmu

Dan aku memalingkan wajahku

Menyembunyikan cucuran manik-manik jernih yang tidak dapat ditahan lagi

"Allah sedang menguji kita, sejauh mana kuatnya kita mempertahankan,

Ikatan persahabatan yang kita jalinkan di atas muka bumiNya..

"Dan aku terangguk-angguk sedangkan hati ini masih celaru

Kau rangkul tubuhkuDan aku yakin, kaulah sahabatku yang satu...


Duhai sahabat...

Tika itu aku merasa sebak

Beruntungnya aku mempunyai sahabat sepertimu...


Duhai sahabat...

Aku berharap agar aku mampu

Menjadi seorang sahabat sama sepertimu

Sahabat yang menyayangi aku,

Sahabat yang mengasihi aku,

Hanya kerana ketulusan cinta kepada Allah

Lalu aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi

Moga Allah utuhkan ukhuwah kitaYang terjalin selama ini...

Berterusan hinggalah ke Al-Jannah...InsyaAllah!


Dengan setitis air mata

Aku mahu mengkhabarkan kepadamu sesuatu,

Sesuatu yang tidak pernah ku ungkapkan pada zahirnya...

Ikatan Ukwah antara kita adalah kerana sayangnya ALLAH pada hambaNYA..

Yang mempertemukan kamu dengan diri ini..

Saturday, September 26, 2009

.. Mana Satu Pilihan Hati..


... Bismillah..
.. Assalamualaikum..

.. Kisah ini saya baca dalam iluvislam yang saya rasakan patut saya kongsi dengan sahabat2 yang sedang memilih pilihan hati.. mungkin jugak untuk diajukan pada diri sendiri.. sama lah kita hayati mungkin ada maksud yang tersirat yang dapat kita rungkaikan.. insyaALLAH..
Mana Satu Pilihan Hati
oleh: aisyahhumaira
Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ” Mak jawab, “dua-dua bukan..” Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?”
Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..” Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur..
Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.”
Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.. “Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. “Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong..
Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak.
Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.
Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. “Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak.
Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin..
Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia..
Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Thursday, September 17, 2009

.. KesUKaaN...


Bismillah..
Assalamulaikum..
Ermm.. ni ada lah kes tak ada keje duduk kat ofis.. ni namanya dah bosan tahap impak maksima.. huhuhu.. sebenarnya masa gambar2 ni diambil lagi 30 minit dah nak balik.. muka pun muka lapar je.. hehehe..


"Ya Ampun wanie.. napa diambil gambarnya kak umi" itulah dialog kat umi.. one of the cleaner kat ofis tp suka sangat datng berborak dengan saya..pantang nampak saya seorang.. "kak umi.. nnt kangen sama kamu.. diambilnya gambar ini".. hehehe...itulah dialog saya..


" cantik juga ya wanie.. kalu gambarnya telah diambil" dialog kedua kak umi.. hehehe.. apa lagi berposing la kami..

.. Gambar ini diambil sebelum kedatangan kak umi.. ni namanya kalu btl2 dah tak ada keje.. syok sendiri namanya.. hahaha..



"kak umi.. tunjuk lah peace.." peace... pandai nya kak umi.. "kamu ni wanie.. ada2 aja..yelah2 kak umi buat peace..mana?? dua jari ini ya wanie..".. dialog kami ketika gambar ditangkap.. hehehe...



..ermmm... oklah kak umi..banyak sgt dah kita tangkap ni.. senyum skit kak umi...



"napa diambilnya gambar kak umi..mulutnya tertutup gitu wanie..".. hehehe.. kata2 dari kak umi..
.. Actually kak umi ni orangnya dari jawa..
..oklah,.. saja je nak menambah koleksi cerita dalam blog ni.. hehehe. sempena lagi beberapa hari lgi kita nak mengabeskan puasa ini.. marilah kita membuat persiapan utk hari raya yang bakal menjelma ini,, selamat hari raya maaf zahir dan batin...
..wassalam...






Wednesday, September 16, 2009

.. IsTimeWaNya HaWa ...


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku Membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk beradadisisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada." Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali... . Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita! kerana, Setiap Wanita itu Cantik...janganlah takut kepada kekecewaan dan janganlah sesekali mengecewakan orang lain.