Tuesday, May 19, 2009

..Kisah Muslimah dan Pramugari..


..Assalamualaikum..

..Bismillah..

..Sedang sya mentelaah utk exam tak lama lagi.. sy berehat smbil tangan ni dok klik 1 website yang menarik.. sebenarnya ni ada slah satu blog seorang hamba ALLAH yg saya tak kenali.. tp ada satu kisah yang menarik yang mungkin kita boleh kongsikan bersama..


..Sebenarnya kisah ni saya dah pernah pun terbaca tp maybe saya boleh kongsikan dengan sahabat saya.. Untuk renungan cerita yang berbentuk satu humor ilmiah yang dikongsikan oleh seorang sahabat. Walaupun ianya disampaikan dalam bentuk humor tetapi ada sesuatu yang terkandung didalamnya untuk membuat kita berfikir. Renung-renungkan.. sama2 lah kita ambik iktibar dari kisah ni..


Seorang muslimah sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan muslimah itu dan menegurnya.
Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Cik tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Muslimah: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Muslimah: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..

wallahulam...

1 comment:

  1. ..suka..suka..suka..
    ..sangat suka dengan tingkah wanita muslimah tu..
    ..tegas dalam kesopanan..
    ..pengjaran..

    ReplyDelete