Wednesday, May 20, 2009

.. SEKADAR MENEGUR..

..Assalamualaikum..
.. Bismillah..
..Ermm.. sebenarnya hanya nak meluahkan rasa ketidakpuasan terhadap golongan2 yang dikategorikan sebagai perempuan yang menyerupai lelaki "pengkid" dan juga yang bernafsu kepada golongan yang sama.. hawa dan hawa.. nauzubillah.. bukan lah saya nak mengutuk hanya sekadar menegur golongan hawa.. seagama dengan saya.. sejenis dengan saya.. golongan muslimah.. sekadar menegur supaya tidak jauh lagi terpesong dengan akidah yang salah ini..

..salah lah dan berdosa lah saya kalu saya tidak menegur sedangkan saya sedar itu adalah salah.. sebelum itu saya ingin meminta maaf kalu ada kata2 saya yang menghiris dan terkasar.. maafkan lah saya..saya hanya lah insan yang masih kurang segalanya..
.. Sewaktu berjalan2 dishopping mall bersama rakan2.. mata saya terpandang golongan "pengkid" ni.. (maaf lah kalu saya terpaksa guna shortform ni).. tanpa segan silu beraksi yang kalu dipandang sebagai orang islam sangat lah tidak elok.. pemandangan sebegini sepatutnya tidak ada dalam masyarakat yang kebanyakan nya melayu yang beragama islam.. dan saya yakin dengan pandangan mata saya bahawa mereka ini juga adalah islam..

..Bukankah sebagai orang islam kita sendiri tahu ALLAH S.W.T melaknat golongan perempuan yang menyerupai lelaki mahupun lelaki menyerupai perempuan..

Dari ibnu Abbas Radhiallaahu anhu dia berkata: "Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam telah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang berpenampilan seperti laki-laki (HR. Al-Bukhari). Laknat artinya terusir dan dijauhkan dari rahmat Allah
Ibnu Abbas ra dia berkata: "Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam telah melaknat kaum laki-laki yang berpenampilan seperti wanita dan wanita yang berpenampilan laki-laki," (HR. Al-Bukhari) wanita yang berpe-nampilan seperti laki-laki artinya yang meniru-niru laki-laki dalam berpakaian dan penampilan. Adapun meniru dalam hal ilmu dan pemikiran maka hal itu terpuji.

Dari Salim Bin Abdullah dari bapaknya, dia berkata: "Telah bersabda Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam : "Ada tiga golongan manusia yang tidak akan dipandang oleh Allah Azza Wajalla pada hari kiamat: Orang yang durhaka kepada orang tua, wanita yang menyerupai laki-laki, dan Dayuts (orang yang tidak punya rasa cemburu Pent.)" (HR. An-Nasai)
Berkatalah Aisyah: "Rasul Shallallaahu alaihi wa Sallam melaknat wanita yang meniru-niru laki-laki." (HR. Abu Dawud).Kejahilan mereka tentang dalil-dalil ni menimbulkan tanda tanya kerana sepatutnya siapa sahaja yang bernama Islam dan Melayu, mesti pernah diajar tentang tak boleh berpakaian seperti orang lelaki..


.. Bukankah manis kalau kita berpakaian elok seperti muslimah lain.. sopan.. ciri2 ketimuran.. ciri2 islam.. penuh dgn adab dan sopan.. bukankah cantik dan manis dipandang mata.. golongan hawa di ciptakan penuh dengn sifat kelembutan yang tiada pada kaum lelaki.. tidak perlulah kita sebagai golongan muslimah ini meniru gaya lelaki.. tidak cantik dipandang mata sebenarnya..

.. dan ingin juga saya menegur kepada golongan yang sentiasa berkepit dgn golongan pengkid ni.. ntahlah.. saya sendiri tidak tahu bagaimana nak menafsirkan mereka.. adakah pasangan kekasih.. kalu betul lah pasangan kekasih. nauzubillah.. minta lah dijauhkan dengan pemikiran saya yang sebegitu..YA ALLAH.. mind set kan lah mind saya ini dengan mengangap mereka ni sebagai "kawan"... jauh kanlah hati dan pemikiran ini dengan memfitnah mereka..

. Disini juga saya ingin menghuraikan maksud2 kepada golongan yang dinamakan "pengkid", "tomboy" dan "lesbian".. supaya kita dapat bezakan maksudnya.. walauapa pun.. ianya tetap lagi dikategorikan salah dan haram dari segi islam.. ini saya ambil dari salah satu page perbincangan di iluvislam.com.. website yang amat berguna untuk kita... insyaALLAH..


Pengkid
> Berpakaian dan bergaya seperti lelaki (pakaian dan cara hidup)
> Tubuh badan dan rambut sama seperti lelaki
> Menjalin hubungan dengan wanita sehingga ada yang bercinta dan melakukan seks
> Membengkung payudara
> Suka wanita cantik
>Menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan, terutama apabila diganggu

Tomboi
> Perwatakan seperti lelaki
> Ada perasaan terhadap lelaki
> Bukan lesbian (suka sesama jantina atau pengkid)
> Minat terhadap aktiviti lasak dan mencabar
> Ada sikap kasar dan ganas

Lesbian
> Perwatakan sama seperti wanita sejati
> Homoseks (lesbian)
> Memiliki sikap cemburu
> Suka wanita cantik

.. Sama2 lah kita sebagai hamba dimuka bumi ini menegur untuk kebaikan bersama.. sedarlah wahai hawa.. kita ini lah golongan yang sangat dimuliakan dalam islam.. sedarlah kita mempunyai keistimewaan tersendiri yang tiada pada kaum adam.. sedarlah kita lah yang akan melahirkan mujahid dan mujahidah diatas muka bumi ini.. sedarlah kita juga yang akan bersama2 berjuang disisi mujahid.. kita diperlukan mereka untuk berjuang..


.. sedarlah wahai kaum hawa..






1 comment:

  1. .saya seorang pengkid , dan im about to change , im trying so hard . Saya mulakan dengan memperbetulkan solat saya . Saya cuba segalanya untuk mendekati Allah . Pada hari ini , saya telah dimaki bahkan dihina di halaman fb kerana dia tahu saya seorang pengkid . Saya rasa seolah Allah benar murka terhadap saya , sehingga Dia menghantar orang seperti itu untuk menghina saya . Saya hanya mampu bersabar . Saya ade masalah persekitaran untuk berubah (': dekat tempat tinggal ni , kebanyakan perempuan yg duduk . Saya mencuba dan terus mencuba dari jatuh hati terhdap perempuan dan tetap dgn pendirian saya . Saya juga tinggalkan ex gf kerana Allah . Saya cuma masih tak mampu untuk memakai hijab disini , di kawasan perumahan saya ni . Saya tak mampu menerima apa tanggapan orang , dan saya takut iman saya cukup lemah . Saya masih dikategorikan sebagai glgn pengkid kah ? hm dan saya nak tahu , perlu kah memaki dan menghina serta mengaibkan demi untuk menegur orang yang tak sempurna seperti saya ?

    ReplyDelete