Monday, May 25, 2009

sATu kISAh pERcINtAAn yANG mENArIk...


Dalam satu kisah percintaan yang menarik...Sepasang suami isteri sedang berjalan-jalan di tepi sebuah tasik yang indah.Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik kemudian si isteri bertanya kepada si suami.


Isteri : Mengapa abang menyukai saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya,namun begitu abang memang menyayangidan menyintai sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?Bagaimana abang boleh katakan abang sayangkan dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkan sebabnya?

Suami : Betul,abang tak boleh terangkan sebabnya tapi abang boleh buktikan bahawa abang memang menyintai sayang...

Isteri : Sebabnya kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami,semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.Dalam bentuk puisi dan syair lagi.Namunbegitu abang tidak boleh menerangkan kepada saya sebab mengapa abang menyayangi dan mencintai saya.


Si suami menarik nafas panjang dan berkata..."Baiklah...Abang menyintai sayang sebab sayang cantik...mempunyai suara merdu...penyayang...dan mengingati abang selalu.Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah,di situlah cinta abang bersama sayang...!


"Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Nemun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.Surat itu diletakkan di sebelah kiri katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi...


"Sayang...jika disebabkan suara aku menyintaimu...sekarang bolehkah engkau bersuara??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintai...Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu...Sekarang bolehkah engkau menunjukkannya??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintaimu...Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu...sekarang bolehkah engkau tersenyum??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintaimu...Jika disebabkan setiap langkahmu aku mencintaimu...sekarang bolehkah engkau melangkah??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintaimu...Jika cinta memerlukan sebabnya,seperti sekarang...Aku tidak mempunyai sebab untuk mencintaimu lagi...Adakah cinta memerlukan sebab??Tidak!!!


Aku masih mencintaimu dari dulu,kini dan selamanya...Dan cinta tidak perlu ada sebab.Kadangkala perkara tercantik dan terindah di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang.Namun begitu ia boleh dirasai di dalam hati..."


"HAWA DICIPTAKAN DARIPADA TULANG RUSUK ADAM...DEKAT DI HATI UNTUK DISAYANGI...DEKAT DENGAN TANGAN UNTUK DILINDUNGI...BUKAN DARI KEPALA UNTUK DIAGUNGI...DAN BUKAN DARI TAPAK KAKI UNTUK DIHINAKAN..."

No comments:

Post a Comment