Thursday, May 28, 2009

.. JANGAN TANGISI YANG BUKAN MILIKMU..


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.


Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi.


Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang.


Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.


Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)


Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya."


Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.


Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)


Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.


Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Tuesday, May 26, 2009

..Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T..


Assalamualaikum..

Bismillah..

Mengapa tetiba hati ini rasa tidak tenang selepas mendengar satu khabar berita yang memilukan.. tapi dengan semangat yang ada mungkin masih boleh menerima setiap bait kata2 yang keluar walaupun hati ini sebenarnya hiba.. Masih ada sedikit kekuatan dalam diri ini untuk menguntum kan senyuman dibibir tapi hati hanya ALLAH yang tahu..

Benar, diri ini masih tidah setabah dan sekuat wanita pilihan.. tapi tidak pula ingin mementing kan diri sendiri sedangkan masih ada hamba ALLAH yang memerlukan pertolongannya.. "redha" itu sahaja yang mampu diucapkan.. mungkin ada yang lebih layak dan lebih memerlukan dari diri ini.. rasa serba salah dan sedih andai keputusan yang dibuat akan menghancurkan hati dan perasaan orang lain yang lebih memerlukan..

Betul istikarah lah dalam mencari jawapan nya.. seharusnya diri ini cuba dan cuba tanpa putus asa.. hanya pada MU YA ALLAH, aku serahkan segalanya.. hanya ENGKAU sahaja yang tahu perasaan dalam diri ini.. mungkin dengan petunjuk dariMU aku mampu untuk berhadapan dengan segalanya..

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

.. Mungkin akan ditemukan dengan penyelesaian yang lebih baik.. Wallahualam..

Monday, May 25, 2009

sATu kISAh pERcINtAAn yANG mENArIk...


Dalam satu kisah percintaan yang menarik...Sepasang suami isteri sedang berjalan-jalan di tepi sebuah tasik yang indah.Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik kemudian si isteri bertanya kepada si suami.


Isteri : Mengapa abang menyukai saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya,namun begitu abang memang menyayangidan menyintai sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?Bagaimana abang boleh katakan abang sayangkan dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkan sebabnya?

Suami : Betul,abang tak boleh terangkan sebabnya tapi abang boleh buktikan bahawa abang memang menyintai sayang...

Isteri : Sebabnya kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami,semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.Dalam bentuk puisi dan syair lagi.Namunbegitu abang tidak boleh menerangkan kepada saya sebab mengapa abang menyayangi dan mencintai saya.


Si suami menarik nafas panjang dan berkata..."Baiklah...Abang menyintai sayang sebab sayang cantik...mempunyai suara merdu...penyayang...dan mengingati abang selalu.Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah,di situlah cinta abang bersama sayang...!


"Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Nemun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.Surat itu diletakkan di sebelah kiri katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi...


"Sayang...jika disebabkan suara aku menyintaimu...sekarang bolehkah engkau bersuara??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintai...Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu...Sekarang bolehkah engkau menunjukkannya??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintaimu...Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu...sekarang bolehkah engkau tersenyum??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintaimu...Jika disebabkan setiap langkahmu aku mencintaimu...sekarang bolehkah engkau melangkah??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintaimu...Jika cinta memerlukan sebabnya,seperti sekarang...Aku tidak mempunyai sebab untuk mencintaimu lagi...Adakah cinta memerlukan sebab??Tidak!!!


Aku masih mencintaimu dari dulu,kini dan selamanya...Dan cinta tidak perlu ada sebab.Kadangkala perkara tercantik dan terindah di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang.Namun begitu ia boleh dirasai di dalam hati..."


"HAWA DICIPTAKAN DARIPADA TULANG RUSUK ADAM...DEKAT DI HATI UNTUK DISAYANGI...DEKAT DENGAN TANGAN UNTUK DILINDUNGI...BUKAN DARI KEPALA UNTUK DIAGUNGI...DAN BUKAN DARI TAPAK KAKI UNTUK DIHINAKAN..."

.. MENEGUR TANDA SAYANG ..


.. Assalamulaikum ..


.. Bismillah ..


.. Sebenarnya posting ni ditujukan kepada yang terasa.. dan juga ditujukan kepada diri sendiri sebagai peringatan.. bukanlah untuk mengaibkan mana2 individu cuma merasa tanggungjawab sesama islam.. biar pun saya sendiri tidak sejauh dan tinggi iman nya.. tapi tidak pulak saya ingin melihat dikeliling saya hanyut kerna menggunakan nafsu dalam setiap perbuatan nya..


.. Mungkin telah diterapkan dalam diri mereka bahawa "kubur kita lain2".." perlu ke engkau sibuk dengan apa yang aku buat".. "perlukah engkau mencampuri urusanku".. BETUL.. siapa lah saya untuk menegur anti.. tapi berdosa lah saya andai saya sendiri telah melihat sendiri perbuatan yang kurang elok itu didepan mata dengan menutup mulut tanpa berbicara atau menegur.. mungkin tidak kuat hati ini untuk meluahkan tapi andai anti membaca posting ini diharapkan anti memahami lah.. menegur tanda nya kami sayang kan anti. kami tidak sanggup melihat anti terus menerus mengaibkan diri dihadapan yang tidak layak melihatnya.. sedarlah anti kami benar2 menyayangi anti..


.. Perbuatan anti akan menyebabkan kami juga seakan2 bersubahat membiarkan anti teruskan dengan perbuatan yang sebegitu.. pandangan maksiat yang ada didepan mata ini juga memberi kesan kepada kami.. apa guna nya kami menunaikan solat 5 waktu tapi pahala nya kami tidak dapat hanya kerana perbuatan anti.. sedarlah anti kami hanya minta hormati lah kami sebagai kawan seagama dengan mu.. hormatilah kami sebagai teman seislam dengan mu..


.. ingin juga kami menegur.. tunaikan lah kewajipan yang wajib bagimu.. andai anti malu dengan kami.. kami lagi malu dengan perbuatan anti.. bukan malu yang sepatutnya anti fikirkan tapi takutkan lah akan pencipta kita.. ALLAH S.W.T sentiasa memerhatikan setiap perbuatan kita.. berdosa lah kami kerna hanya mampu memandang dan membiarkan sahaja.. bukan lah kami diam tanda kami membiarkan sahaja perbuatan anti.. tapi hati ini sudah cukup sakit dan takut apa kah yang akan kami jawab dialam sana nanti kerna tidak menegur anti..


..diharapkan kalau anti membaca posting ini.. kami minta hormati lah kami.. kami takut untuk menjawab diakhirat sana kelak.. telah kami mula kan dengan hati untuk berbicara.. tapi nampaknya tiada kesan pada anti.. kami mulakan dengan lisan ini.. dan kami harapkan anti faham.. kalau masih tidak juga berkesan akan kami guna kan perbuatan untuk menyedarkan anti.. maafkan lah andai bingkisan melukakan hati mana2 pihak.. menegur tandanya kami sayang...


..wallahualam..

Saturday, May 23, 2009

.. KELUHAN HAWA ...


Ketahuilah!Sesungguhnya Hawa itu adalah teman semasa Adam kesunyian di dalam syurga.Hawa asalnyanya adalah dari tulang rusuk Adam yang bengkok. Jadi tidakhairanlah jika perjalanan hidup Hawa itu sentiasa inginkan bimbingan dariAdam.

Hawa sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana Hawa adalah"buruan syaitan". Allah telah mentaqdirkan kaum Hawa lebih ramai daripadabilangan kaum Adam pada akhir zaman. Adam itu diberi amanah untuk mendidik Hawa, mengawasi dan menjaga Hawa agar sentiasa dalam redha Allah.

Sudah diketahui bahawa Adam itu merupakan penguasa kepada kaum wanita, oleh ituAdam adalah imam dan Hawa adalah makmum. Hawa adalah pengikut-pengikut Adamkerana Adam adalah ketua. Jika Adam benar maka benarlah Hawa, jika Adamlalai, maka lalailah Hawa.

Adam mempunyai kelebihan akal, manakala Hawamempunyai kelebihan nafsu. Oleh itu, Hawa memerlukan pimpinan daripada Adamkerana Hawa sering lupa dan lalai, sering tergelincir ditolak nafsu dankonco-konconya. Hawa hampir tenggelam??.. oleh itu wahai Adam tolonglah?.!!

Sesungguhnya Hawa itu suka jika Adam mengimamkan solatnya pada setiapwaktu. Hawa akan aminkan bacaan doa dari Adam. Lebih itu juga, Hawa itusuka jika Adam bangunkan Hawa untuk bertahajjud bersama Adam.

Hawa suka jika Adam kenalkan kepada Hawa masjid-masjid dan majlis agama. Hawa sukajika Adam mengajar Hawa untuk pandai membaca dan memahami al-Quran. Hawa suka jika Adam mengkhabarkan kepada Hawa tentang fardu-fardu yang patutdiketahui oleh Hawa.
Hawa suka jika Adam menunjukkan kepada Hawaperkara-perkara yang patut Hawa buat. Hawa juga mengharapkan agar Adammengajarkan kepada Hawa agar menjadi isteri yang solehah. Hawa jugamengharapkan agar Adam mendidik Hawa supaya tunduk, patuh dan menghormatiAdam setiap waktu.

Hawa juga mengharapkan agar Adam membantu Hawa supayaHawa tidak menjadi beku, dan agar otak Hawa tidak menjadi buntu. Hawa jugamengharapkan agar Adam dapat menyelamatkan Hawa daripada seksa neraka yangsudah tentu tiada siapa yag akan bersabar menanggungnya?

aku mencari seorang insan bernama LELAKI
untuk menjadi PEMBIMBING DIRI
di kala hati ini masih KOSONG TIDAK BERISI
ajarkanlah aku AMALAN TERPUJI
pastinya dirimu menjadi CONTOH DI HATI
bagi seorang wanita BAKAL BERGELAR ISTERI
mengajar semua AJARAN ILAHI
supaya hidup akan DIBERKATI
bukan darinya KEKAYAAN
yang kucariapatah lagi KETAMPANAN
yang kuimpiaku sekadar mencari CINTA yang SUCI
bagi meneruskan HIDUP DI ALAM REALITI
kesetiaanmu menjadi KUNCI
dalam kita melayari HIDUP SEHARI-HARI
terlalu banyak KITA DIUJI
pastinya RUMAH yang dibina bertambah SERI
Bila dirimu TIADA DI SISI
aku menjadi RESAH SENDIRI
sudah pasti AKU MENGHITUNG HARI
kerana KEHADIRANMU YANG KU NANTI

hanya padamu TUHAN AKU MEMOHON
simpati......seandainya DIA JODOH yang TERSURAT
daripada ILLAHIAKU MENERIMA dengan senang hati
HARAPANKU biarlah AKU MENJADI MILIKNYAYANG ABADI
walaupun pelbagai RINTANGAN harus kutempuhi......

*jauh disudut hatiku.....adakah dia untukku??

Wanita:Akal senipis rambutnya...

Jangankan lelaki biasa,

Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,

Tanpa mereka,

hati, fikiran, dan perasaan lelaki akan resah,

Masih mencari walaupun ada segalanya...

Apa yang tidak ada di syurga,

namun Adam tetap rindukan Hawa,


Pada wanitalah lelaki..

memanggil ibu, isteri atau pun puteri,

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok,

Untuk diluruskan oleh lelaki,

Tapi kalau lelaki sendiri tidak lurus...

Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,

Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah,

Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan dariNya,

Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,

Kerana nantinya mereka semakin liar,

Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan,

Kerana nantinya mereka semakin menderita,

Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah.


Kenalkan mereka kepada Allah,

Zat yang kekal,

Di situlah punca kekuatan dunia,

Akal senipis rambutnya,

tebalkanlah ia dengan ilmu,

Hati serapuh kaca,

kuatkanlah ia dengan iman,

Perasaan selembut sutera,

hiasilah ia dengan akhlak,

Suburkanlah ia,

kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat,

Nilaian dan keadilan Tuhan...

Bisikkan ke telinga mereka bahawa,

Kelembutan bukan satu kelemahan,

Ia bukan diskriminasi Tuhan,

Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan,

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,

Pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan...


Tanpa ilmu, iman dan akhlak,

Mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok,

Itulah akibatnya andainya wanita tidak kenal Tuhannya

Bila wanita derhaka,

dunia lelaki akan huru-hara,

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaaatan tetapi binalah kepimpinan,

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,

Pimpinlah diri sendiri kepadaNya,

Jinakkan diri pada Allah,

Nescaya akan jinaklah segala-galanya,

Di bawah pimpinanmu..


Janganlah mengharapkan isteri semuliaFatimah Az-Zahra

Andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahu Wajhah...

Thursday, May 21, 2009

.. AIR MATA WANITA ..




Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."





Wanita...

KejelitaanMu tiada ukur tara

Bukanlah pada paras diwajah

Tapi keayuanmu datangnya

Dari hati yg beriman lagi bertaqwa

Letaknya harga diriMu

Bukanlah dengan bergaya pakaianmu.

Itulah benteng yang menunjukkan

Seorang muslimah yang jitu

Iman disanubari adalah mahkota yang tidak ternilai

Janganlah biarkan ia dirampas hancur berkecai


Remaja...

Kami semua remaja

Diri adakalanya meronta

Ingin mencuba

Tetapi ada batasannya

Jikalau Iman teguh didada

Gundah gulana dapat dijajah

Taqwa yg kau semadikan

Dalam diri yang penuh dengan pencarian

Ya Allah mudahkan kita jalani kehidupan

Dengan penuh keredhaan

Demikian itu

Jagalah dirimu seperti dikau

menjaga harta kesayanganmu


Wanita...

dikau ibarat rama-rama

Selagi warna sayapmu tidak terurai

Selagi itulah dikau diMinati dan diSayangi


Done by: Mynt & Ida

Wednesday, May 20, 2009

.. SEKADAR MENEGUR..

..Assalamualaikum..
.. Bismillah..
..Ermm.. sebenarnya hanya nak meluahkan rasa ketidakpuasan terhadap golongan2 yang dikategorikan sebagai perempuan yang menyerupai lelaki "pengkid" dan juga yang bernafsu kepada golongan yang sama.. hawa dan hawa.. nauzubillah.. bukan lah saya nak mengutuk hanya sekadar menegur golongan hawa.. seagama dengan saya.. sejenis dengan saya.. golongan muslimah.. sekadar menegur supaya tidak jauh lagi terpesong dengan akidah yang salah ini..

..salah lah dan berdosa lah saya kalu saya tidak menegur sedangkan saya sedar itu adalah salah.. sebelum itu saya ingin meminta maaf kalu ada kata2 saya yang menghiris dan terkasar.. maafkan lah saya..saya hanya lah insan yang masih kurang segalanya..
.. Sewaktu berjalan2 dishopping mall bersama rakan2.. mata saya terpandang golongan "pengkid" ni.. (maaf lah kalu saya terpaksa guna shortform ni).. tanpa segan silu beraksi yang kalu dipandang sebagai orang islam sangat lah tidak elok.. pemandangan sebegini sepatutnya tidak ada dalam masyarakat yang kebanyakan nya melayu yang beragama islam.. dan saya yakin dengan pandangan mata saya bahawa mereka ini juga adalah islam..

..Bukankah sebagai orang islam kita sendiri tahu ALLAH S.W.T melaknat golongan perempuan yang menyerupai lelaki mahupun lelaki menyerupai perempuan..

Dari ibnu Abbas Radhiallaahu anhu dia berkata: "Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam telah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang berpenampilan seperti laki-laki (HR. Al-Bukhari). Laknat artinya terusir dan dijauhkan dari rahmat Allah
Ibnu Abbas ra dia berkata: "Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam telah melaknat kaum laki-laki yang berpenampilan seperti wanita dan wanita yang berpenampilan laki-laki," (HR. Al-Bukhari) wanita yang berpe-nampilan seperti laki-laki artinya yang meniru-niru laki-laki dalam berpakaian dan penampilan. Adapun meniru dalam hal ilmu dan pemikiran maka hal itu terpuji.

Dari Salim Bin Abdullah dari bapaknya, dia berkata: "Telah bersabda Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam : "Ada tiga golongan manusia yang tidak akan dipandang oleh Allah Azza Wajalla pada hari kiamat: Orang yang durhaka kepada orang tua, wanita yang menyerupai laki-laki, dan Dayuts (orang yang tidak punya rasa cemburu Pent.)" (HR. An-Nasai)
Berkatalah Aisyah: "Rasul Shallallaahu alaihi wa Sallam melaknat wanita yang meniru-niru laki-laki." (HR. Abu Dawud).Kejahilan mereka tentang dalil-dalil ni menimbulkan tanda tanya kerana sepatutnya siapa sahaja yang bernama Islam dan Melayu, mesti pernah diajar tentang tak boleh berpakaian seperti orang lelaki..


.. Bukankah manis kalau kita berpakaian elok seperti muslimah lain.. sopan.. ciri2 ketimuran.. ciri2 islam.. penuh dgn adab dan sopan.. bukankah cantik dan manis dipandang mata.. golongan hawa di ciptakan penuh dengn sifat kelembutan yang tiada pada kaum lelaki.. tidak perlulah kita sebagai golongan muslimah ini meniru gaya lelaki.. tidak cantik dipandang mata sebenarnya..

.. dan ingin juga saya menegur kepada golongan yang sentiasa berkepit dgn golongan pengkid ni.. ntahlah.. saya sendiri tidak tahu bagaimana nak menafsirkan mereka.. adakah pasangan kekasih.. kalu betul lah pasangan kekasih. nauzubillah.. minta lah dijauhkan dengan pemikiran saya yang sebegitu..YA ALLAH.. mind set kan lah mind saya ini dengan mengangap mereka ni sebagai "kawan"... jauh kanlah hati dan pemikiran ini dengan memfitnah mereka..

. Disini juga saya ingin menghuraikan maksud2 kepada golongan yang dinamakan "pengkid", "tomboy" dan "lesbian".. supaya kita dapat bezakan maksudnya.. walauapa pun.. ianya tetap lagi dikategorikan salah dan haram dari segi islam.. ini saya ambil dari salah satu page perbincangan di iluvislam.com.. website yang amat berguna untuk kita... insyaALLAH..


Pengkid
> Berpakaian dan bergaya seperti lelaki (pakaian dan cara hidup)
> Tubuh badan dan rambut sama seperti lelaki
> Menjalin hubungan dengan wanita sehingga ada yang bercinta dan melakukan seks
> Membengkung payudara
> Suka wanita cantik
>Menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan, terutama apabila diganggu

Tomboi
> Perwatakan seperti lelaki
> Ada perasaan terhadap lelaki
> Bukan lesbian (suka sesama jantina atau pengkid)
> Minat terhadap aktiviti lasak dan mencabar
> Ada sikap kasar dan ganas

Lesbian
> Perwatakan sama seperti wanita sejati
> Homoseks (lesbian)
> Memiliki sikap cemburu
> Suka wanita cantik

.. Sama2 lah kita sebagai hamba dimuka bumi ini menegur untuk kebaikan bersama.. sedarlah wahai hawa.. kita ini lah golongan yang sangat dimuliakan dalam islam.. sedarlah kita mempunyai keistimewaan tersendiri yang tiada pada kaum adam.. sedarlah kita lah yang akan melahirkan mujahid dan mujahidah diatas muka bumi ini.. sedarlah kita juga yang akan bersama2 berjuang disisi mujahid.. kita diperlukan mereka untuk berjuang..


.. sedarlah wahai kaum hawa..






Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita


Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar. Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya.


Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.


Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.


” Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.” Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”


Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata:


“Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!” Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar?


Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?” Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya.


Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah. Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”


Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!” Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.” “Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu. Wanita itu kembali bertanya:


“Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?” Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”


Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya.


Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut. Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”


Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?” Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”


“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu. Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya. --------------------



Ya Allah...Berikanlah Aku Kekuatan...Pada Mu Jua Aku Berserah...

Tuesday, May 19, 2009

..SABAR LAH WAHAI SAHABAT ..


..Assalamualaikum..

..Bismillah..

..Sebenarnya kata2 ini dituliskan khas buat seorang sahabat saya.. moga dgn kata2 yang mungkin sedikit membawa semangat kepadanya dalm memperjuangkan hari2 yang mendatang... doa buat sahabat saya ni moga dia menjadi setabah wanita2 pilihan yang sentiasa sabar dan tabah dalam mengharungi arus kehidupan yang kadang kala ada pasang surut.. ada kesedihan dan kesenangan.. ada ujian dan ada hikmah disebalik ujian itu..

.. Buat sahabat saya.. usah lah anda tangisi dengan perkara yang sudah tentu nya membuat anda bersedih.. ingatlah bahawa ALLAH sentiasa disisi hambaNYA.. Anda patut bersyukur kerna anda adalah antara orang yang terpilih untuk menerima ujian NYA.. alhamdullilah sepatutnya kita ucapkan kerna ALLAH memilih kita untuk menerima ujian ini.. ujian yang mampu membuatkan kita bangkit utk mempertahan kan diri kita.. menguatkan lagi semangat kita..

.. Sebagai sahabat.. tangan yang kosong inilah yang saya dapat hulurkan.. moga kita dapat melayari hari2 mendatang ini bersama2.. pilihlah jalan ALLAH dalam setiap langkahmu..sahabat, panjat kanlah kesyukuran padaNYA.. kerna diberi kesedaran awal.. supaya memilih yang berhak sahaja keatasmu..

.. Ingat lah kata2 yang sentiasa saya titipkan dalam kehidupan saya.. ALLAH akan mempertemukan kita org yang salah sebelum ALLAH mempertemukan dengan orang yang benar untuk kita.. wallahualam..

.. Sabar lah wahai sahabatku... Ingatlah kalau kita tinggalkan sesuatu itu untuk mendapat keredhaan ALLAH.. ALLAH akn bagi yang terbaik untukmu.. moga hati mu tenang dan sabar dalam kehidupan ini.. ingatlah masih ramai yang menyayangi dirimu.. ibubapa mu.. keluarga mu.. sahabat2mu.. dan jugak org sekelilingmu... dan yang paling menyayangi dirimu.. pencipta kita ALLAH S.W.T..



Ketahuilah olehmu sahabatku...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..

Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya..

.Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu. Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ...

Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...

Allah SWT selalu berada disampingmu. Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ...

Allah SWT punya jawapannya.Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...

Allah SWT dapat menenangkanmu. Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...

Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,

Allah SWT telah memberkatimu. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,

Allah SWT telah tersenyum kepadamu. Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,

Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...

Allah SWT TAHU..

..Kisah Muslimah dan Pramugari..


..Assalamualaikum..

..Bismillah..

..Sedang sya mentelaah utk exam tak lama lagi.. sy berehat smbil tangan ni dok klik 1 website yang menarik.. sebenarnya ni ada slah satu blog seorang hamba ALLAH yg saya tak kenali.. tp ada satu kisah yang menarik yang mungkin kita boleh kongsikan bersama..


..Sebenarnya kisah ni saya dah pernah pun terbaca tp maybe saya boleh kongsikan dengan sahabat saya.. Untuk renungan cerita yang berbentuk satu humor ilmiah yang dikongsikan oleh seorang sahabat. Walaupun ianya disampaikan dalam bentuk humor tetapi ada sesuatu yang terkandung didalamnya untuk membuat kita berfikir. Renung-renungkan.. sama2 lah kita ambik iktibar dari kisah ni..


Seorang muslimah sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan muslimah itu dan menegurnya.
Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Cik tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Muslimah: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Muslimah: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..

wallahulam...

Sunday, May 17, 2009

Pesanan Buat Wanita Islam....







.. Assalamualaikum..

..Bismillah..

.. Salam di ucapkan kepada semua kaum hawa yang membaca dan melihat video ni.. insyaALLAH sedikit pesanan yang disampaikn dr video diatas memberikan seribu satu makna kepada kita sebagai kaum hawa yang diiktiraf darjatnya disisi ALLAH S.W.T..semoga dengan sedikit kata2 dari video ini.. memberikan semangat kepada kita sebagai pendamping bakal2 mujahid.. insyaALLAH..

..kecantikan mmg antara perkara pertama yang Rasulallah suruh tgk pada seorang wanita utk dijadikan isteri. tp semua wanita ada kecantikan dia sendiri. kejamlah Allah kalau Dia mencipta hambanya hodoh. setiap makhlukNya ada kecantikannya sendiri. percayalah, pasangan kita telah pon ditetapkan. kita hanya perlu letakkan sedikit usaha dan tawakal. (usaha yg saya maksudkn, bukan menggatal ye? hehe. takut salah faham.)

..Hargailah apa yang kita miliki.. biarpun kita melihat diri kita tidak cantik, tp sebenarnya kecantikan bukan lah diukur dr paras rupa seseorg tapi ketinggian iman dan akhlaknya menampak dirinya cantik.. insyaALLAH. tapi biarlah butir2 mutiara yang sentiasa dijaga agar maruah diri tidak tergadai,hanya diberikan pade insan yg ade hak keatasnye..doa sy....semoga semua kaum2 hawa berjumpe dengan insan yg bertaqwa......dan sentiasa berdoa agar kamu terus menjadi miliknye... amin...

.. Pesanan ini juga sebenarnya ditujukan kepada diri sendiri yang sentiasa alpa dan mudah tergoda dengan dunia.. kepada sahabat2 yang dikasihi.. bimbing lah aku supaya tidak lalai dibuai arus dunia.. sama2lah kita berpesan sesama sendiri.. kerna kita adalah kaum yang sama.. kaum yang sangat dimuliakn..




19 Hadis Nabi Mengenai Wanita.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnyayang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olahdia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya sertamenjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Saturday, May 16, 2009

~Anything is possible..


Many times we wonder why Allah would let us go through such difficult times. But, when He puts everything in His order, they always work for good. We just have to trust Him: for he will make something wonderful!



"Believe in your dreams-the goals you've always wanted to achieve. Believe in your abilities- that you are capable and worthy of being and doing anything. Life holds no promises to what you can have. It gives you opportunities to utilize your abilities. It gives you time to make choices and take chances. Be willing to accept life's challenges. Embrace changes that come along the way. Never give up. Be passionate to make your dreams a reality. Believe that it is possible to achieve what you want and you will"



*"As day turns to night, keep your worries out of sight... No matter how tough the world may seem, you still deserve the sweetest dreams..."



Don't be afraid to take a big step. You can't cross a chasm in two small jumps. A person who follows in another's track leaves no footprints. Thus, the task is not so much to see what no one yet has seen, but to think what nobody yet has thought about that which everybody sees



SOMETIMES,, WE MUST GET HURT IN ORDER TO GROW,,SOMETIMES,,WE MUST FAILED IN ORDER TO KNOW,,SOMETIMES ..OUR VISIONS CLEAR ONLY AFTER OUR EYES ARE WASHED AWAY WITH TEARS,,


.. DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN...

.. Assalamualaikum..

..Bismillah..

.. finally.. final exam comes again.. hopefully this is my last final exam for me.. i mean for the last semestar n last final year.. huhu.. so nak exam ni.. nak jugak tau ape tips2 dan doa yang patut diamalkan di musim exam ni..

PERSEDIAAN FIZIKAL

KESIHATAN- Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut :


  1. Tidur yang cukup.
    Tidur yang cukup ialah diantara 6 – 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.
  2. Jaga pemakanan.
    Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya “Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan” (Al-Baqarah : 57).
  3. Riadah.
    Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji
    pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.
  4. Merasa belum bersedia
    Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar. Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini bermain difikiran.
  5. Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi
    Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.

PERSEDIAAN EMOSI


Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:
Pertengkaran dengan rakan-rakan;
Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;

Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat
peperiksaan;
Bersikap terlalu yakin – “overconfident”;
Berprasangka buruk terhadap orang lain;

DOA YANG PATUT DIAMALKAN

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)


Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan


(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)


Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huuAllahumma zakkirnii maa nasiit)

3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -

dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadhawa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'wan nasra alaal a'daa')


Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Harap2 dapat diamalkan bersama..

wassalam...

Wednesday, May 13, 2009

.. HARI YANG PANJANG

Assalamualaikum...

Bismillilah.....


.. Hari ni rasa macam 1 hari yg sgt panjang.. ngn presentation FYP ngn present lg stu subject.. rasa berat sgt dah otak ni.. dgn study tuk final.. huhuhu.. tension dah.. tp tk pe.. ni sume dugaan kan.. rasa lepas present tuk FYP rasa lega sgt.. beban yng selama ni dah lepas.. huhuu.. juz tunggu tuk result je.. agak nye ape la result nye kan..

Smbil duk taip2 ni.. check gak result tuk coursework.. ermmm.. puas hati laa.. tp tk ade la tinggi sgt.. huhuhu.. Lega jgk tgk result ni.. Mybe disebalik ujian ade hikmah yg kita tk nampak.. 5 minit borak2 dgn ngan mak on da phone.. tau2 je mak ni anak dia ngh tension.. hati ibu kan.. terima kasih mak.. naik blik semngat nak study.. bkn giveup study.. mybe selama ni diri ni tak pernah rasa bersyukur dgn pemberianNYA..

ermm.. rasa cam nak mkn kopitiam laa.. tetiba syirin ckp dia teringat kopi kat kopitiam.. hehehe.. tp bkn ngidam nak kopi.. sbb aku pun bkn peminat kopi.. setakat nescafe boleh laa.. kopi yg cmpur susu.. tp kalu kopi yang hitam tu.. huhuhu... dah la tak mkn lagi ni.. tp tk ade selera lak nak mkn..

Org pertama yang aku call lepas kan geram pulak ade kelas.. huhuhu.. tk le nak lepaskan.. tp nasib ada kawan mcm afni.. le gak dia jd pendengar.. saje je.. lgpun lama tak borak2 ngan afni.. citer2. dot..dot..dot.. lega... ermm... ntahlaa.. maybe presure sbb sumenya dtg skali kan.. anggap je ni sume ujian.. harap aku pun handle... insyaALLAH..

Tgk keliling tmpat aku ni.. YA ALLAH. rupenye dh lama aku abaikan.. hehehe.. tk ade masa nak kemas.. nak hantar baju kat dobi pun tk sempat.. bz sgt ke aku ni.. tk rasa mcm tu pun.. huhuhu.. lgpun membazir hantar baju skit2.. hehehe.( malas ckp je la malas)... so kumpul la menjadi satu koleksi beg plastik yang sgt byk.. ok la.. sblm pi present ptg ni.. aku hantar dobi.. cehh.. bkn ckp nak basuh ke..( bkn tak nak basuh tp keadaan tak mengizinkan..hujan.. hehehe)..

ok laa.. setakat ni je la.. kalu menulis ni pun le bg release tension gak sbnrnye.. ermm.. pasni mesti dah kurang masa nak menulis kat blog ni. ye laa.. dah start praktikal kan.. ermm.. huhuhu.. sbnrnye tak sabar dah nak tutup sejarah as a student.. nak buka lembaran baru sbga karier women lak.. hehehe.. nak kumpul duit.. nak shopping.. nak bg kt mak dan abah.. n.. nak tukar brg lame ke baru.. hehhe..

ehhh.. td mccm dah cakp ok tuk end of this.. ermm.. ok laa.. setakat ni je laa.. nak kemas jup.. pastu nak mkn.. hehehe..

wassalam...

Sunday, May 10, 2009

.. UcaPaN UTk iBU tErCinTa...

Wajah ini lah yang membesarkan dan mendidik aku.. angah sayang sangat kat emak dan abah..



Bismillah...

Semalam hari ibu..

Alhamdullilah. dihari ibu smlm.. emak bersama2 kami meraikan bersama. walaupun tiada hadiah istimewa dr kami adik beradik.. tp ucapan sayang kami buat emak gembira.. semalam emak masak masakan yg enak2 utk kami..utk kami jamu adik beradik.. sewaktu dmeja makan kami bersembang2 dgn emak.. huhuhu.. topik yg pertama keluar dr mulut emak ialah."kahwin".. dah tua rupanya aku.. emak tk sabar tgk aku dulu naik pelamin baru adik yg sebenarnya yang tak sabar.. huhuhu.. "aku".. emmm.. blm masanya lg kot..selepas tu emak berpesan kepda kami.. supaya jaga diri baik2 sepemergian mak ketanah suci pada 29 may ni bersama ayah tercinta.. huhuhu.. satu kata2 yang emak pesan..yg buat aku sedih.." andai laa ALLAH cabut nyawa emak dan abah disana.. koorg adik beradik jaga diri baik2, jg sillaraturahim adik beradik.. huhu.. sedih.. aku tetap doakan moga kedua org tua ku tercinta pergi dan pulang dgn selamat.. amenn...

secoret kata2 utk ibu tercinta Pn Jamalia Masri dr kami adik beradik...Khairul Syzawan, Nurul Helwani dan Ahmad Fitri.. kami menyayangi sehingga akhir hayat kami.. buat ayah tersayang.. jasamu akan kami kenang sehingga hujung nyawa kami.. tnpa mu Abah tiada kehidupan yang terindah ini utk kami.. segala kehendak kami.. engkau turutkan.. maafkan segala kesalahn kami..



Untuk ibu..

ibu..ku amat menyayangi dirimu..
dan kau lah ratu hatiku...
yang tak mungkin ada yang lain..
yang boleh menggantikan dirimu itu...
aku bahagia di samping dirimu ibu...
dan kau lah insan yang berada di hatiku...
selagi nyawa di kandung badan..
akan ku junjung azimat yang kau berikan pada ku..
ibu.kau lah..



INSAN YANG AMAT BERMAKNA BUAT DIRIKU....

ikhlas dari anakmu...

Dari : Angah

Untuk : Ibuku Tersayang

Kepada Ibuku yang mengasuhku selama ini, ku ucapkan selamat hari ibu. Semoga sihat selalu dan tak pernah lupa padaku dan kenangan selama ini bersama keluarga. Maafkan aku yang selama ini belum mengucapkan terima kasih, maka bersama surat ini aku mengucapkan terima kasih atas jasamu selama ini. Mungkin hanya ini yang bisa kuberi sampai saat ini untuk berterima kasih kerana semua jasa ibuku tak akan terbalas olehku sampai mati skali pun. Dengan penuh rasa sayang dan terimakasih kuucapkan lagi, Selamat Hari Ibu.


Robbighfir lii wa li waalidayya wa li man dakhola baytiya mu’minan wa lilmu’miniina wal mu’minaati wa laa tazidizh zhoolimiina illa tabaaro

“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.” [Nuh:28]

Thursday, May 7, 2009

PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN

This story looks amazing ,on how a woman wanna change narrow minded people that islam is not just a religion taking care of the way you read the Quran,praying ,islam is a diversity religion which need its follower to be very flexible in science & tech but at the same time not leaking of living skill of islam. Islam never limiting encourange sexist,racist or anything negatives as it treat anyone equally. I think that is what the director want to present here. Don need people to disagree.




Ini adalah sebuah kisah pengorbanan seorang perempuan, Seorang anak kyai Salafiah sekaligus seorang ibu dan isteri. Anissa (Revalina S Temat), seorang perempuan dengan pendirian kuat, cantik dan cerdas. Anissa hidup dalam lingkungan keluarga kyai di pesantren Salafiah putri Al Huda, Jawa Timur yang konservatif. Baginya ilmu sejati dan benar hanyalah Quran, Hadist dan Sunnah. Buku modern dianggap menyimpang

Dalam pesantren Salafiah putri Al Huda diajarkan bagaimana menjadi seorang perempuan muslim dimana pelajaran itu membuat Anissa beranggapan bahwa Islam membela laki-laki, perempuan sangat lemah dan tidak seimbang

Tapi protes Anissa selalu dianggap rengekan anak kecil. Hanya Khudori (Oka Antara), paman dari pihak Ibu, yang selalu menemani Anissa. Menghiburnya sekaligus menyajikan dunia yang lain bagi Anissa. Diam-diam Anissa menaruh hati kepada Khudori. Tapi cinta itu tidak terbalas karena Khudori menyadari dirinya masih ada hubungan dekat dengan keluarga Kyai Hanan (Joshua Pandelaky), sekalipun bukan sedarah. Hal itu membuat Khudori selalu mencoba membunuh cintanya. Sampai akhirnya Khudori melanjutkan sekolah ke Kairo. Secara diam-diam Anissa mendaftarkan kuliah ke Jogja dan diterima tapi Kyai Hanan tidak mengijinkan, dengan alasan bisa menimbulkan fitnah, ketika seorang perempuan belum menikah berada sendirian jauh dari orang tua. Anissa merengek dan protes dengan alasan ayahnya.

Akhirnya Anissa malah dinikahkan dengan Samsudin (Reza Rahadian), seorang anak Kyai dari pesantren Salaf terbesar di Jawa Timur. Sekalipun hati Anissa berontak, tapi pernikahan itu dilangsungkan juga. Kenyataan Samsudin menikah lagi dengan Kalsum (Francine Roosenda). Harapan untuk menjadi perempuan muslimah yang mandiri bagi Anissa seketika runtuh

Dalam kiprahnya itu, Anissa dipertemukan lagi dengan Khudori. Keduanya masih sama-sama mencintai.

Apakah cinta anissa dan Khudori berakhir di pernikahan? Bagaimana hubungan Anissa dan kedua orang tuanya dan Samsudin suaminya? Apakah Anissa dapat menjadi muslimah seperti yang diinginkan orang tuanya?

Tuesday, May 5, 2009

.. UJIAN BUAT KITA ..




..ASSALAMUALAIKUM..

Salam diberi utk sahabat2.. saya harap kalian sume bersabar lah dgn ujian yang diberi pada kalian.. moga iman kalian semua tidak tergugat walau sebesar zarah skali pun.. mungkin ini ujian kalian supaya kalian semua lebih tabah dan lebih mengerti ujian hidup.. bukankah ujian itu tarbiah dr ALLAH.. bknkah ujian itu lebih mengingat kan kita kepada pencipta kita.. tidak sedikit ujian yang diberi utk melalaikan kalian tp utk menguatkan dan menguji iman supaya kita lebih redha dan tawakal atas apa pun pemberiannya..

Buat sahabat2 yang saya kasihi dan rindu.. kalian semua adalah satu anugerah buat saya.. sejak kedatangan kalian dalam hidup ianya lebih bererti dan bermakna.. kalian telah mengajar ilmu yang tak terhitung harganya.. syukur saya panjatkan doa pada ALLAH mengurniakan sahabat2 seperti kalian. tidak mungkin sama kalian dengan yang lain..

Saya tahu kalian semua adalah dikalngan org2 yang tabah dan mengerti dgn ujian yang diberi..insyaALLAH, ALLAH akn sentiasa membantu hambaNYA.. ujian yg ALLAH berikan kepada kalian kerna ALLAH tahu kalian mampu memikul ujian itu..

"Bila engkau letih & hilang rs smgt,
Allah tahu betapa kamu tlh mncb sedaya upaya,

Bila tangisan mu berpnjgn & hati mu kedukaan,
Allah tlh mengira titisan air mata mu,

Bila engkau rs ketinggalan & ms meninggalkn mu,
Allah sntiasa disisimu.

Bila engkau tlh mencuba tp x tau arah tujuan,
Allah ada jln penyelesaian".


"Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.
Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah.
Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah,
dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"
- IBNUL QAYYIM-

Monday, May 4, 2009

KETIKA CINTA BERTASBIH 2




Diangkat dari novel karya Habibburahman El Shirazy. Ketika Cinta Bertasbih terdiri dari 2 seri dan populer di kalangan para pecinta buku tanah air. Hingga kini lebih dari 1 juta eksemplar novel tersebut laku terjual.

Ketika Cinta Bertasbih berfokus pada perjalanan tokoh Azzam (M. Cholidi Asadil Alam), seorang mahasiswa Indonesia yang menuntut ilmu di Universitas Al Azhar Kairo-Mesir. Kuliahnya tertunda selama 9 tahun setelah ayahnya meninggal dunia, sehingga demi menghidupi dirinya dan keluarganya di Solo Azzam berdagang bakso dan tempe di Kairo-Mesir. Namun dari pekerjaannya itulah, ia menjadi terkenal di kalangan KBRI di Kairo, dan mempertemukannya dengan Eliana (Alice Norin), gadis cantik-modern, putri Dubes RI di Mesir.

Perjalanan hidup dan cinta Azzam yang berliku tidak sekedar memberikan pencerahan jiwa namun mengajak penonton untuk lebih mendalami rahasia Illahi dan memaknai cinta. Kehadiran Anna (Oki Setiana), seorang wanita Islami yang menggoda hati Azzam menjadi unsur yang mengikat keduanya dalam misteri cinta yang dikemas dalam sudut pandang yang sangat berbeda dari film-film drama romantis pada umumnya. Peran adiknya bernama Husna (Meyda Sefira), serta Furqan (Andi Arsyil)-teman kuliahnya yang juga berasal dari Indonesia dan terinfeksi AIDS merangkum perjalanan hidup Azzam menjadi sebuah cerita yang sangat bernilai.

Film ini didukung oleh belasan artis senior papan atas, seperti Deddy Mizwar, Didi Petet, Slamet Rahardjo, Ninik L Karim, Nungki Kusumastuti, bahkan sastrawan-Taufik Ismail pun muncul sebagai cameo. Ilustrasi musik dan soundtrack ditangani oleh Melly Goeslaw dan Anto Hoed. Krisdayanti pun tampil sebagai salah satu pengisi album soundtrack film Ketika Cinta Bertasbih.

Seluruh setting dalam novel dihidupkan dengan pengambilan gambar dari lokasi sebenarnya di Kairo-Mesir. Termasuk KBRI di Mesir, Sungai Nil, bahkan Universitas Al Azhar yang selama ini tidak memperbolehkan film asing melakukan syuting di lokasi tersebut. Separuh mahasiswa Indonesia asli yang menimba ilmu di Universitas Al Azhar Kairo-Mesir juga terlibat dalam proses pembuatannya.

Telah kupilih jalanMu

Jalan yang mendekatkan aku padaMu

Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh

Dan aku yakin sebenar-benarnya

Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan


Namun Tuhan,

Ampuni aku,

Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang

Terlalu pahit untuk ditelan

Tapi terus-terusan aku gagahkan

Demi menggapai cintaMu Yang Esa


Bantulah aku Tuhan

Jika rinduku ini imaginasi syaitan

Dan kuminta ia dilenyapkan

Andai kasihku berlandaskan nafsu

Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku


Tolonglah aku Tuhan

Untuk mengisi bejana cintaku untukMu

Agar aku takkan pernah dahagakan

Cinta dari insan yang tak halal bagiku

Teguhkan kasihku untukMu

Agar aku tak kecundang

dijajah cinta yang dusta

Yang menjadi hijab di antara kita

Tetapkan langkahku di jalan ini


Gagahkan aku Tuhan

Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia

Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'

Tetapku pinta ia karam

Jika belayar ia di lautan dosa


Dan kumohon Tuhan

Damaikanlah ombak di hati

Walaupun ribut datang mengundang

Kasihku diikat di dasar Rabbi

Kerana ianya lumrah ujian..

Dan akan kuterus tekadkan janji

Kerana telah kupilih jalanMu.

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?..



"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram.

Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya."Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.Hujung minggu berjalan seperti biasa.

rogram-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.

Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut. Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya.

Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah.

Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti.

Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah."Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu."Sudi," jawab Nusaibah ringkas."Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu."Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu."Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia.

Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…


Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!


Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!


Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.


Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…

Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!