... Bismillah..
.. Assalamualaikum..
. Artikel ni diforwadkan dalam email sya.. sekadar peringatan kepada kaum hawa di luar sana.. semoga berjaga2 dengan keadaan yang kita tidak sangka.. saya rasa ianya penting untuk kita kongsikan supaya menjadi peringatan kepada kita.. insyaALLAH..
Taktik2 Baru Perogol..
Hal ini berlaku di suatu tempat di KL..Ianya berlaku di kalangan kawan2 juga.Perempuan nie keluar ofis kira2 lepas waktu pejabat dah mlm lah tu dan terjumpa seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan.Kesian dengan budak nie..dia hampiri dan tanya budak kecik nie..Budak nie bagitau dia, yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumah nya.
Budak kecik nie kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya..Kawan kita si perempuan nie..kira berhati mulia la, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak nie ke alamat tersebut.Setibanya di rumah itu, kawan kita nie menekan la loceng pintu..Sejurus kemudiannya dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi..
>>>>>>>Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit-dalam keadaan 'naked' .Kondom berada dimana mana.Tak kurang 20 kondom semuanya.dia langsung tak mengenali penyerangnya. .
Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya.Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu,sebaliknyer hantar je ke balai polis yang berdekatan.
Doa Perlindungan Untuk Wanita
Doa Perlindungan Untuk Wanita
BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.
Artikel ini diambil dari penulisan rasmi
Ust. Zaharuddin Abd Rahman
No comments:
Post a Comment