Wednesday, August 5, 2009

.. MALAM NISFU SYA'BAN...

1. Bulan di mana amalan diangkat kepada Allah swt.

3. Usamah bin Zaid berkata: 'Aku telah bertanya kepada Rasulullah saw: Ya Rasulullah, aku tidak pernah menyaksikan seumpama puasamu di bulan Sya'ban di dalam bulan-bulan lain. Rasulullah telah bersabda: 'Itulah bulan di mana manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku amat suka sekiranya amalanku diangkat sedang aku berpuasa.'

4. Pertengahan Sya'ban: keampunan dan keredhaan.

5. Dari Aishah , sabda Rasulullah :'Ya, Aishah sesungguhnya ianya bulan di mana malaikat maut menghapuskan nama orang yang akan diambil rohnya di sepanjang tahun itu maka aku amat suka sekiranya beliau tidak mengambil rohku melainkan dalam bulan Sya'ban.'
Ini adalah kerana di dalam bulan Syaban tersebut akan dilakukan pemansuhan nama-nama orang yang akan diambil namanya di sepanjang tahun tersebut. Maka orang2 yang diambil rohnya di sepanjang tahun itu dihapuskan namanya dan dipindahkan dalam senarai orang2 yang akan mati tahun tersebut.

8. Abdullah r.a. berkata, Rasulullah telah bersabda :' barangsiapa yang berpuasa pada hari Isnin terakhir di dalam bulan Sya'ban akan diampunkan dosanya'.

9. Kelebihan malam pertengahan Sya'ban (lailatul bara'ah): keampunan Allah- qiamullail dan puasa di siang hari. Daripada Ali bin Abi Talib, Rasullah bersabda :' sesungguhnya Allah turun pada pertengahan Sya'ban ke langit dunia maka dia mengampuni setiap muslim melainkan orang mushrik, orang yang memutuskan silaturrahim yang berbuat fitnah dan wanita yang tidak menjaga kemaluannya.

10. Umar bin Abd Aziz telah menulis:' hendaklah kamu memerhatikan empat malam di dalam satu tahun kerana sesungguhnya Allah swt telah membuka rahmatnya dengan seluas2nya iaitu malam pertama Rejab, malam pertengahan Sya'ban, malam Aidilfitri dan malam Aidil adha.

11. Sabda nabi saw: Sesungguhnya doa di malam ini tidak ditolak sama sekali.

12. Ulama mencadangkan agar dibacakan Yassin 3 kali. Bacaan pertama diniatkan untuk panjang umur, bacaan kedua untuk mengangkat bala dan ketiga agar berasa cukup - tidak meminta2 dari makhluk, dan doa dibacakan selepas setiap bacaan yassin

14. Dari Anas bin Malik: Nabi saw bersabda: kelebihan Rejab di atas bulan2 lain adalah umpama kelebihan al-Quran keatas lain2 perkataan, kelebihan sya'ban ke atas lain2 bulan adalah umpama kelebihanku di atas lain2 nabi dan kelebihan ramadan ke atas lain2 bulan adalah seumpama kelebihan Allah ke atas sekalian makhluk.

16. Salawat ke atas Nabi: Daripada Abdullah bin Amru b As , Nabi saw bersabda: Barangsiapa yang bersalawat kepadaku sekali maka allah akan bersalawat ke atasnya sepuluh kali

17. Sujud dan doa di malam pertengahan Sya'ban:
Aishah telah berkata: Apabila tiba malam pertengahan bulan Sya'ban (nisfu syaaban) Rasulullah saw telah meninggalkan tempat tidur sehinggakan aku mengagak bahawa baginda saw telah pergi mendatangi isteri2nya yang lain maka aku bangun mencarinya di dalam rumah. Sedang aku teraba-raba terpegang olehku kedua kaki Rasulullah yg ketika itu sedang sujud . Maka aku telah menghafal doa yang dibaca ketika sujud baginda :

'Telah sujud kepadamu kegelapan malam dan diriku ini , telah beriman kepadamu sanubariku, aku mengiktirafi akan nikmat2 yang telah engkau kurniakan, aku mengiktirafi dosa2ku kepadamu, aku telah menzalimi diriku sendiri (dengan melakukan maksiat) maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa2 melainkan engkau, aku berlindung dengan keampunanmu dari azabmu dan aku berlindung dengan keredhaanmu dari kemurkaanmu dan aku berlindung denganmu sahaja, tiada upaya aku menghitung pujian untukmu, engkau adalah sepertimana engkau memuji dirimu sendiri.'

Rasulullah bersabda : Pelajarilah dan ajarilah ia (doa itu) kerana sesungguhnya Jibrail telah memerintahkanku supaya menyebutnya dalam sujudku.

18. Sabda Rasulullah : Di malam ini dituliskan nama setiap bayi yang akan dilahirkan dan orang yang akan mati sepanjang tahun ini.pada malam ini diturunkan rezeki2 mereka pada malam ini diangkat amalan2 dan perbuatan2 hamba2.

20. Dari Abu Hurairah, sabda Rasulullah: Jibrail telah datang kepadaku pada malam pertengahan sya'ban dan berkata kepadaku :

'Ya Muhammad ! Dongakkanlah kepalamu ke arah langit. Aku bertanya apakah malam ini? Jawab Jibrail, pada malam ini Allah membukakan tiga ratus pintu2 dari pintu2 rahmat dan mengampunkan orang yang tidak mempersekutukannya, melainkan ahli sihir, ahli nujum, pemabuk arak, orang yang berterusan mengambil riba dan berterusan melakukan zina adalah kerana sekalian mereka itu tidak akan diampunkan sehinggalah mereka bertaubat.

21. Banyakkanlah beristighfar/taubat lantaran malam tersebut dipenuhi dengan keampunan dan rahmat Allah. Mohonlah jua keampunan untuk kedua ibu bapa dan sekalian muslim yang masih hidup ataupun yang telah mati.

22. Sya'ban sebagai lailatul bara'ah
Baraah = kelepasan.

1. Kelepasan dari azab ar-Rahman.

2. Kelepasan
Wali2 Allah dari dibiarkan oleh Allah swt.
Sabda Rasulullah: Apabila tiba malam pertengahan Syaaban Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang2 yang beriman, membiarkan org2 kafir, meninggalkan orang2 yang berkhianat sehingga mereka bertaubat kepada Allah.

23. Dikatakan bahawa malaikat juga mempunyai hari raya di langit sebagaimana manusia mempunyai hari raya di atas bumi. Maka hari raya malaikat ialah malam lailatul baraah dan lailatul qadar. Hari raya malaikat pada waktu malam kerana mereka tidak tidur.

Dipetik dari 'Kelebihan bulan dan hari' oleh Abu Khairy al-Latifi

No comments:

Post a Comment