Monday, August 31, 2009

19 Keistimewaan Wanita


1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

Friday, August 28, 2009

.. MaKan2 BanK rAKyaT..

.. Bismillah..

..Assalamualaikum..

Sebelum kedtangan ramadhan aritu bank rakyat cwngn pudu ada mengadakan farewell utk salah seorg eksekutif yang akan berpindah ke cwngn tapah.. so utk menghargai beliau bank rakyat telah membuat makan2 di penang village dalam shopping mall times square..

.. Seronok sangat waktu ni. dah la dapat makan free.. sedap pulak tu. tak rugi kalau makan kat sini.. majlis kami start pukul 9 tp saya and kak amy dah sampai dr pukul 6 lagi.. biasa la perempuan mesti lah nak jalan2 window shopping dulu.. survey utk raya.. hehehe..



..sebenarnya hari tu saya tak berapa nak sihat.. tu yang asik pakai sweater je.. muka pun agak nmpk pucat.. huhu.. sebelah saya ni nama nya. kak roslina salah seorg ketua eksekutif yang sangat sporting tp tegas..
.. Ni lah pengurus cawangan kami.. sedang membuat ucapan aluan dan penghormatan kepada ekskutif yang akan berpindah iaitu yang berada dihadapan beliau.. en anuar.. sy pulak khusyuk mendengar.. hehe..

. saya sedang berbincang sesuatu dengan kak.amy.. the most wonderfull kakak yang paling beshh kat situ.. hehehe..and she quit beautifull tp dah kahwin.. kak amy pula sedang memikir ayat yang power tuk kad ucapan..


.. reaksi yang sama dengan wan.. sebelah saya tu.. namanya wan.. mulutnya macam murai.. tp he's ok lah.. kitorg sebenarnya tgh menghitung saat bila lah makanan nak sampai. perut dah lapar.. huhu

..gambar yang sama.. sebenarnya nak bgtau.. yang laki tu namanya bob.. and dia sangat sporting.. hehehe.. dan bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi.. sebenarnya dia tgh kelaparan.. tu yang minum 6 gelas air before makanan smpai..

.. oklah smpai sini je.. wassalamm..







Sunday, August 23, 2009

.. RaMaDhaN DaTaNg ..

Ramadhan Datang Alam Pun Riang
Menyambut Bulan Yang Berkah
Umat Berdendang Kumandang Azan
Pertanda Hati Yang Senang
Hati Yang Gembira
Penuh Suka Cita
Sebulan Kita Kan Berpuasa
Melawan Lapar Dahaga
Kalahkan Nafsu Rayuan Syetan
Menjadi Insan Yang Taqwa
Hati Yang Gembira
Penuh Suka Cita
Tarawih dan Tadarus
Bersujud Di Tengah Malam
Berzikir dan Berdoa
Menyebut Asmamu Allah
dan Tak Lupa Berzakat
Sempurnakan Kewajiban
Mensucikan Jiwa
Sebagai Insan Yang fitri
Tarawih dan Tadarus
Bersujud Di Tengah Malam
Berzikir dan Berdoa
Menyebut Asmamu Allahdan
Tak Lupa Berzakat
Sempurnakan Kewajiban
Mensucikan Jiwa
Sebagai Makhluk Allah

Friday, August 21, 2009

.. Salam Ramadhan..


.. Bismillah..

.. Assalamualaikum..

.. Salam ramadhan buat sahabat2 diluar sana.. moga ramadhan kali ini dipenuhi dengan amalan2 yang bermanfaat.. mulakan dengan ramadhan yang baru, hijrah yang lebih baik.. saya nak share kiriman sms dari sahabat saya yang memberi ucapan ramadhan utk saya..

" wahai tetamu ramadhan.. untuk mu rahmat dan maghfirah.. air mata taubat, dendangan tadarus, selimut tarawih dan bantal tahajud... moga mewarisi JANNAH.. jadikan ini yang terbaik kerana kita tak pasti apakah ada lagi ramadhan untuk kita selepas ini.. "


Tuesday, August 18, 2009

..hARi2 YaNG mEnAriK...

.. Bismillah..

..Assalamualaikum..

... Nampaknya jari jemari ni menggarab lagi karya yang tak berapa menarik untuk dibaca.. sekadar berkongsi catatan harian dengan sahabat2 yang sudi membaca.. hehehe..2 3 hari yang lepas banyak perkara yang menerjah hidup ini.. cewahhh.. hehehe.. 2 hari lepas ada seorang hamba ALLAH ni telah melanggar cermin sisi kereta saya sampai patah.. nasib lah hamba ALLAH ni nak membayar segala ganti rugi.. kene lah RM 350 untuk segala cost termasuk menggantikan cermin yang baru.. segalanya nampak normal.. seperti yang dahulu.. itu yang penting.. syukran pada hamba ALLAH tu.. walaupun memang salah dia tp masih ada hamba ALLAH yang baik budi pekertinya..

.. Sejak stay with my family ni.. memang dijaga makan dan minum.. bukan itu je.. kesihatan juga diambil kira.. huhuhu.. tak pela demi masa depan saya juga kan.. alhamdullilah.. saya dapat ibu dan ayah yang mengambil berat.. dan yang sentiasa ada disisi sewaktu susah dan senang saya.. sewaktu sakit dan sihat saya.. terima kasih untuk emak dan abah...

.. "bugsy" ni nama binatang kesayangan saya.. seekor hamster yang dihadiahkan oleh seorang rakan.. hehe.. skunk bugsy dah mcam overdos lemak dia.. makin gemuk lak.. ntah lah.. rasanya saya bagi makan as a normal quantity yang layak bg seekor hamster.. tp mcam teroverdos lak saya bagi.. tp yang penting bugsy looks sooo cute.. hehehe.. gemuk yang sihat dan PEMALAS!!!.. hehehe.. kalu tido dah nampak macam kuih bijan tak pun bola golf.. bulat je.. bugsy nampak lg comeiii bile dia bgn tido.. mcm human buka sebelah mata dulu tuk warm up.. hehehe.. pastu baru buka dua2 mata.. kalu ika nampak ni.. mesti dia geram punya.. (to ika: bugsy mmg dah mkin bulat. tk lama lg akak nak cari pasangan dia.. kesian pulak dah macam bujang lanjut usia.. hehehe)....

..haritu saya lupa tutup pintu kandang dia. ermm.. apa lg mcm lipas kene cabut ekor( lepas ada ekor ke?? wutever la..) lari mcam pelari pecut negara.. heaven sangat dpat keluar.. susah btl nak tangkap.. tp sekadar hamster pejam mata pun ble.. hehehe. akhirnya tertangkap juga.. sekejup je la dia rasa in heaven.. ( to bugsy: lepas ni siap la.. kene mandi dalam sinki.. )

.. Ok lah.. rasanya tak ada apa sangat nak tulis.. to my frenz out there.. jaga diri baik2.. jgn lupa jaga kesihatan lebih2 lagi dengan wabak yang semakin menular.. H1N1 ni.. pakai la mask tuk elak kan dijangkiti..

.. insyaALLAH.. dengan izinNYA moga dapat digarab lagi nukilan yang tidak berapa menarik tuk ditulis disini.. wassalam..

..AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN ...

Friday, August 14, 2009

.. BURUAN CINTA KU...




Saat ku tercari-cari cahaya hidupKu
lihat sinar menyuluh dari permukaan
Lantas ku gagahi tangan mencapainya


Namun ku bingung
Makin ku gapai, makin ku tenggelam
Terusku dihanyut semakin jauh
Oleh derasnya arus hidup dunia yang fana
Sinar dambaan makin kabur dipisah jarak
Makin payah untuk dimiliki
Hanya melambai-lambai tanpa simpati
Hati gusar bercampur pilu
Menjerit-jerit minta diselamatkan


Namun saat pandangan mulai gelap
Nafas makin sesak di dasar lautan hidup
Dan jiwa mulai merintih kata putus asa
Ku terasa tangan ditarik lembut
Lantas bibir kering mengukir senyum
Bahagia kerana masih ada yang mendengarkan
Tatkala itu juaCinta mulai berputik

Pada Sang Dia yang memberiku nafas baru
Tapi hampa bertandang saat mata hati dibuka
Kerana tiada kelihatan Sang Dia di hadapan
Untuk memimpin ku menyusuri tebing dunia yang curam
Butir-butir jernih mula menghujani pipi
Bimbang diri terjatuh dan dihanyut lagi
Oleh ganasnya gelora hidup
Namun saat itu jua kudengari
Bisikan memujuk diriMemberitahu Sang Dia dekat di hati

Akan sentiasa mengawal serta mengawasi
Apabila ku mula terleka
Dibuai kejamnya bayu dunia
Jua menyuruh hatiku yang merindu agar bersabar
Menunggu waktu ditetapkan
Tatkala hijab antara aku dan Sang Dia dibuka

Kini baru diri mengerti
Cahaya yang dicari selama ini
Amat dekat denganku..terlampau dekat
Ianya ada di sudut sukmaku
Tidak pernah menjauh walau sedetik
Kerana cahaya hidupku itu adalah Sang DiaDan baru ku sedari

Cahaya yang menyinari dan cuba ku gapai awalnya
Cumalah dari sinar sang mentari duniawi


Yang hanya setia mengiringi diri di siang hari
Tetapi pasti hilang di sore hariWahai Sang Dia
Hatiku telau Engkau curi dengan kerelaanku
Menetaplah Engkau di sana menemani setiap denyut nafasku
Agar bisa menjadi penghalangBila hati mendambakan kejahatan
Agar diri selalu merindu dan takutkanMu

Tatkala mengimbas dosa kerana mengejar sinar sang mentari
Agar ketenangan sentiasa milikku
Kerana hanya dengan mengingatiMu ketenangan akan mendekatiku
YA ALLAH...

Wednesday, August 12, 2009

.. TERIMALAH SEADANYA..


.. Bismillah..

.. Assalamualaikum..

.. kali ni saya nak share tentang kahwin. layak kah kita untuk sidia? sempurna kah kita untuk sidia?.. ermmm.. sejak dah meningkat umur ni soalan yang biasa ditujukan.. bila nak kahwin??... tak elok rasanya anak dara kawin lambat2.. huhuhu.. dan sepanjang saya di bank rakyat juga majoriti kakak2 yang dah kawin.. mereka berkahwin sewaktu umur 24 tahun.. dimana umur saya sekarang..

.. Soalan2 begitu mcm dah lali di dengar.. niat untuk kahwin memang ada.. tiada manusia didunia ni yang tak nak kawin.. melengkap kan separuh dari agama..begitu juga saya.. tidak terlepas dari perasaan tu.. tapi sebagai seorang hambaNYA.. saya redha dan tawakal.. sekrang saya hanya mampu berusaha untuk mencari yg terbaik walaupun tak sempurna.. tp kalu nak yang terbaik mestilah diri ini menjadi yang terbaik juga.. betulkan??..i would like to marry da new version of me..but never to da old one of me.. so i want somebody acccept me as the where i are... my weakness and everything bout me... honest with me..

..lelaki ingin kan wanita yang solehah sebagai teman hidup..wanita ingin lelaki yang baik2 je sebagai kekasih n suami.tapi jarang sekali nak membandingkan keinginan itu dengan keadaan diri sendiri sama ada sesuai atau tidak..adakah kita sebaik Saidatina Khadijah untuk mendapat seorang suami sebaik Rasulullah?adakah kita seikhlas Saidatina Fatimah untuk mendapat seorang lelaki yang tulus seperti Saidina Ali?

..sering kali jua persoalan ini bermain di minda saya. akhirnya, saya dapat berkongsi idea ngn kwn2 d sni.bagi saya, andai kita inginkan pasangan yang baik, maka kita kene perbaiki diri kita..andai nak pasangan yang soleh, maka kita kene jadi solehah. tp saya sedar.. sekdar mana diri saya itu juga lah pasangan saya..

..Dalam certain condition,they shud accept the weakness coz human are not perfect.Saya bagi contoh..Kulit gelap,pendek,gemuk,tak lawa etc..Jadi,bila dah dalm keadaan camtu,kita kena accept seadanya apa yng Allah beri tu, kita tak perfect..Dlam setiap diri kita,ada kelebihan dan keburukan.. Belajar menerima..Sebab,sesiapa pun yng bakal menerima kita nanti as teman hidup,perlu accept kita seadanya..
i do love myself so much... wlupun tak sesempurna org lain... in this life, im just looking for NORMAL human... yg memerlukan takdir Allah dalam menentukan hidup nie... yg berusaha dalam hidup nie... untuk rezeki Allah... untuk keredhaan Allah... do i looks mcm riak...? Minta maaf.. tapi, bkn riak, cume sedar diri tak sesempurna mane..., kite manusia pd dasar nyer telah dijadikan sempurna untuk diri kite sndiri... as long as kite leh terima kelemahan kite...

..jd, untuk ape kite nk pasangan kite jd sempurna... terima diri seada nyerr... InsyaAllah kite akan terima sape pasangan kite who ever he is... kan cinta tu buta... tapi, jgn buta hati kerana cinta....the answer is... YES...! I WILL MARRY ME... manusia tak sempurna... kite tak boleh nk ubah org melainkan kite ubah diri... terima die seadanyer.... MAKHLUK ALLAH SAME JERR... AFTER ALL, NOBODY PERFECT PUN...

"telah terlakar nama seorg lelaki untukmu di luh mahfuz..yg mana peribadinya ditentukan oleh keperibadianmu..jika elok peribadimu,maka insyaALLAH eloklah jua peribadinya..maka..USAHLAH bersedih wahai adikku..cintailah ALLAH dgn cinta sebenar2nya,kerana kelak ALLAH akan hadirkan org yg mencintaimu dr sisiNYA jua.."


Monday, August 10, 2009

..Taktik Baru Perogol & Doa Khusus Elak Cabul & Rogol..


... Bismillah..


.. Assalamualaikum..


. Artikel ni diforwadkan dalam email sya.. sekadar peringatan kepada kaum hawa di luar sana.. semoga berjaga2 dengan keadaan yang kita tidak sangka.. saya rasa ianya penting untuk kita kongsikan supaya menjadi peringatan kepada kita.. insyaALLAH..


Taktik2 Baru Perogol..


Hal ini berlaku di suatu tempat di KL..Ianya berlaku di kalangan kawan2 juga.Perempuan nie keluar ofis kira2 lepas waktu pejabat dah mlm lah tu dan terjumpa seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan.Kesian dengan budak nie..dia hampiri dan tanya budak kecik nie..Budak nie bagitau dia, yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumah nya.


Budak kecik nie kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya..Kawan kita si perempuan nie..kira berhati mulia la, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak nie ke alamat tersebut.Setibanya di rumah itu, kawan kita nie menekan la loceng pintu..Sejurus kemudiannya dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi..


>>>>>>>Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit-dalam keadaan 'naked' .Kondom berada dimana mana.Tak kurang 20 kondom semuanya.dia langsung tak mengenali penyerangnya. .


Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya.Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu,sebaliknyer hantar je ke balai polis yang berdekatan.

Doa Perlindungan Untuk Wanita


BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM


Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)


Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ


DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )


Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.


Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.


Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.


Fikirkanlah.


Artikel ini diambil dari penulisan rasmi


Ust. Zaharuddin Abd Rahman

Sunday, August 9, 2009

.. SAYANGNYA ALLAH PADA WANITA..



Kaum Feminis menyatakan susah jadi wanita ISLAM, lihat sahaja peraturan dibawah ini:

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar dari rumah
3. Wanita saksinya kurang berbading lelaki
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
6. Wanita wajib taat kpd suami tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataan)??? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik.

Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan??? itulah bandingannya dengan seorang wanita perlu taat pada suami tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tek perlu diserahkan kepada suamiinya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isterinya dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat didoakan oelh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk ALlah du muka bumi ini, dab matinya jika kerana melahirkan anak adalah syahid..


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. manakala wanita pula, tanggungjawab terhadapnya di tanggung oleh 4 orang lelaki ini.

Suaminya, ayahnya, anak lelaki dan saudara lelaki. seorang wanita boleh memasuki pinti syurga melauli mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja:

1. Solat lima waktu
2. Puasa dibulan ramadhan
3. Taat pada suami
4. Menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawab kepada ALlah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fi sabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...demikian sayangnya Allah pada wanita..

Saturday, August 8, 2009

.. PUTERIKU SAYANG..


aduhai puteriku sayang..

aduhai puteriku sayang..

puteriku sayang..




Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli

Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti

Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan

Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati





Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu

Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri

Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi

Berpegang pada janji mengabdikan diri




Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana

Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama

Tiada siapa yang akan boleh merampasnya

Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri


Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama

Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya

Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara

Mahligai syurga itulah tempatnya












Friday, August 7, 2009

.. Hari Minggu Ku...

.. Bismillah..

.. Assalamualaikum..

.. Hari ni hari sabtu.. ingatkan nak relax dekat rumah je.. tp jup lg pukul 12.30 ada kenduri dekat rumah makcik kat gombak.. kalu ikutkan hari ni plan nak keluar dengan afni dan aslah.. aslah ada kat kl nak bw lah jalan2.. huhu.. dah plan seminggu tp sedara kene dulukan lah.. tk pe nnt kita kuar lain kali ehh aslah..

.. lepas solat subuh.. guling2 atas katil smpai tak sedar dah terlena.. dalam pukul 6. 50pg macam tu emak kejut ajak pergi joging.. waaa.. rasa macam malas sgt.. ermm.. tp kene lawan sikap malas ni demi kesihatan.. hehehe.. abah pulak subuh2 dah keluar pergi office katanya banyak keje.. biasla lah tu.. ok laahhh.. dalam pukul 7.15 pg gerak ke tmn tasik titiwangsa.. joging kat situ.. sejuk je.. cuaca pun besh je.. redup je.. arini joging color baju sama ngan mak.. green striking.. hehehe. dari jauh dah terserlah.. nampak sangat macam anak dengan mak.. tp memang pun.. hehehe..

.. so mak nak joging 3 round pusing tasik titiwangsa.. huhuhu.. saya 2 round dah semput.. waaa.. apa ni muda2 dah semput.. last2 ckp ngn mak.. kalau angah tk larat angah tunggu kat kete.. hehe.. so mak pun joging laa.. saya pun bersiar2 jalan2.. perhati kan juga kot2 nampak mak.. tp sedang mata ni dok cari mak.. baru lah saya perasan.. baju kitorang sama ngan baju kerja kontraktor DBKL.. huhuhu.. yang sapu sampah tu.. hehehe.. tp color je tau sama.. risau gak kalau2 diorg panggil suruh sapu sampah.. tak pun tebas rumput.. ermmm.. mcmani..

.. tetiba masa jalan2 pusing lalu lah dekat mak cik DBKL ni.. so cam rasa dh satu team.. makcik2 ni pun dok senyum kat saya.. saya pun blas laa.. hehehe.. so buat bodoh jalan cam biasa.. tak pe laa.. seronok jugak.. nak malu buat apa.. janji keje tu halal.. lain la kalu baju saya sama ngan penari kelab malam.. ahhhh.. tu maybe malu sgt.. tp tak mungkin la nak pakai.. dibg contoh sahaja..

so dalm pukul 8 lebih tu nak blik. ingat nak singgah brkfst kat yusuf haslam nye restoran.. tp ramai la pulak.. last balik je brkfast kat tmn baru ampang je.. lg sedap.. smpai rumah relax2 jup.. pastu kemas bilik.. selongkar almari, susun balik baju2.. menyapu.. mengemop stu rumah.. hehehe.. dalam pkul 10 50 cmtu dah siap.. so mandi siap2 nak pi kenduri.. so ni dah siap la ni,. sebab tu la smpat update blog semntara tunggu mak siap..

ok laa.. nak tutp pc dah ni.. pasni nak pi rumah makcik nak tolong kat sana.. biasalah.. kekurangan anak dara.. hehehe..

wassalam....

Wednesday, August 5, 2009

.. MALAM NISFU SYA'BAN...

1. Bulan di mana amalan diangkat kepada Allah swt.

3. Usamah bin Zaid berkata: 'Aku telah bertanya kepada Rasulullah saw: Ya Rasulullah, aku tidak pernah menyaksikan seumpama puasamu di bulan Sya'ban di dalam bulan-bulan lain. Rasulullah telah bersabda: 'Itulah bulan di mana manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku amat suka sekiranya amalanku diangkat sedang aku berpuasa.'

4. Pertengahan Sya'ban: keampunan dan keredhaan.

5. Dari Aishah , sabda Rasulullah :'Ya, Aishah sesungguhnya ianya bulan di mana malaikat maut menghapuskan nama orang yang akan diambil rohnya di sepanjang tahun itu maka aku amat suka sekiranya beliau tidak mengambil rohku melainkan dalam bulan Sya'ban.'
Ini adalah kerana di dalam bulan Syaban tersebut akan dilakukan pemansuhan nama-nama orang yang akan diambil namanya di sepanjang tahun tersebut. Maka orang2 yang diambil rohnya di sepanjang tahun itu dihapuskan namanya dan dipindahkan dalam senarai orang2 yang akan mati tahun tersebut.

8. Abdullah r.a. berkata, Rasulullah telah bersabda :' barangsiapa yang berpuasa pada hari Isnin terakhir di dalam bulan Sya'ban akan diampunkan dosanya'.

9. Kelebihan malam pertengahan Sya'ban (lailatul bara'ah): keampunan Allah- qiamullail dan puasa di siang hari. Daripada Ali bin Abi Talib, Rasullah bersabda :' sesungguhnya Allah turun pada pertengahan Sya'ban ke langit dunia maka dia mengampuni setiap muslim melainkan orang mushrik, orang yang memutuskan silaturrahim yang berbuat fitnah dan wanita yang tidak menjaga kemaluannya.

10. Umar bin Abd Aziz telah menulis:' hendaklah kamu memerhatikan empat malam di dalam satu tahun kerana sesungguhnya Allah swt telah membuka rahmatnya dengan seluas2nya iaitu malam pertama Rejab, malam pertengahan Sya'ban, malam Aidilfitri dan malam Aidil adha.

11. Sabda nabi saw: Sesungguhnya doa di malam ini tidak ditolak sama sekali.

12. Ulama mencadangkan agar dibacakan Yassin 3 kali. Bacaan pertama diniatkan untuk panjang umur, bacaan kedua untuk mengangkat bala dan ketiga agar berasa cukup - tidak meminta2 dari makhluk, dan doa dibacakan selepas setiap bacaan yassin

14. Dari Anas bin Malik: Nabi saw bersabda: kelebihan Rejab di atas bulan2 lain adalah umpama kelebihan al-Quran keatas lain2 perkataan, kelebihan sya'ban ke atas lain2 bulan adalah umpama kelebihanku di atas lain2 nabi dan kelebihan ramadan ke atas lain2 bulan adalah seumpama kelebihan Allah ke atas sekalian makhluk.

16. Salawat ke atas Nabi: Daripada Abdullah bin Amru b As , Nabi saw bersabda: Barangsiapa yang bersalawat kepadaku sekali maka allah akan bersalawat ke atasnya sepuluh kali

17. Sujud dan doa di malam pertengahan Sya'ban:
Aishah telah berkata: Apabila tiba malam pertengahan bulan Sya'ban (nisfu syaaban) Rasulullah saw telah meninggalkan tempat tidur sehinggakan aku mengagak bahawa baginda saw telah pergi mendatangi isteri2nya yang lain maka aku bangun mencarinya di dalam rumah. Sedang aku teraba-raba terpegang olehku kedua kaki Rasulullah yg ketika itu sedang sujud . Maka aku telah menghafal doa yang dibaca ketika sujud baginda :

'Telah sujud kepadamu kegelapan malam dan diriku ini , telah beriman kepadamu sanubariku, aku mengiktirafi akan nikmat2 yang telah engkau kurniakan, aku mengiktirafi dosa2ku kepadamu, aku telah menzalimi diriku sendiri (dengan melakukan maksiat) maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa2 melainkan engkau, aku berlindung dengan keampunanmu dari azabmu dan aku berlindung dengan keredhaanmu dari kemurkaanmu dan aku berlindung denganmu sahaja, tiada upaya aku menghitung pujian untukmu, engkau adalah sepertimana engkau memuji dirimu sendiri.'

Rasulullah bersabda : Pelajarilah dan ajarilah ia (doa itu) kerana sesungguhnya Jibrail telah memerintahkanku supaya menyebutnya dalam sujudku.

18. Sabda Rasulullah : Di malam ini dituliskan nama setiap bayi yang akan dilahirkan dan orang yang akan mati sepanjang tahun ini.pada malam ini diturunkan rezeki2 mereka pada malam ini diangkat amalan2 dan perbuatan2 hamba2.

20. Dari Abu Hurairah, sabda Rasulullah: Jibrail telah datang kepadaku pada malam pertengahan sya'ban dan berkata kepadaku :

'Ya Muhammad ! Dongakkanlah kepalamu ke arah langit. Aku bertanya apakah malam ini? Jawab Jibrail, pada malam ini Allah membukakan tiga ratus pintu2 dari pintu2 rahmat dan mengampunkan orang yang tidak mempersekutukannya, melainkan ahli sihir, ahli nujum, pemabuk arak, orang yang berterusan mengambil riba dan berterusan melakukan zina adalah kerana sekalian mereka itu tidak akan diampunkan sehinggalah mereka bertaubat.

21. Banyakkanlah beristighfar/taubat lantaran malam tersebut dipenuhi dengan keampunan dan rahmat Allah. Mohonlah jua keampunan untuk kedua ibu bapa dan sekalian muslim yang masih hidup ataupun yang telah mati.

22. Sya'ban sebagai lailatul bara'ah
Baraah = kelepasan.

1. Kelepasan dari azab ar-Rahman.

2. Kelepasan
Wali2 Allah dari dibiarkan oleh Allah swt.
Sabda Rasulullah: Apabila tiba malam pertengahan Syaaban Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang2 yang beriman, membiarkan org2 kafir, meninggalkan orang2 yang berkhianat sehingga mereka bertaubat kepada Allah.

23. Dikatakan bahawa malaikat juga mempunyai hari raya di langit sebagaimana manusia mempunyai hari raya di atas bumi. Maka hari raya malaikat ialah malam lailatul baraah dan lailatul qadar. Hari raya malaikat pada waktu malam kerana mereka tidak tidur.

Dipetik dari 'Kelebihan bulan dan hari' oleh Abu Khairy al-Latifi

Tuesday, August 4, 2009

.. PANDANGAN LELAKI MENGENAI PERKAHWINAN DENGAN WANITA YANG ROSAK ...




.. Bismillah..

.. Assalamualaikum..

.. Saya nak berkongsi satu thread yang sy terbaca dlm iluvislam yang tajuknya "Perkahwinan dengan perempuan yang rosak..." ..disini saya nak kongsi beberapa pandangan kaum adam mengenai ini.. saya rasa seronok juga kalu kita dengar dan menghargai pandangan mereka.. semoga ada iktibar disebalik pandangan mereka..

muslimin 1 :
Assalamualaikum wbt.

Tentang menerima dan tak menerima itu naluri dan tahap keimanan dan keyakinan masing-masing bergantung kepada situasi.....mungkin lain bagi yg memahami erti Jodoh dan mencari sefikrah demi tuntutan menjaga nasab.

Tetapi ketentuan Allah s.w.t itu lebih baik dari perancangan kita dalam pencarian, bukan sahaja tentang jodoh, malah pekerjaan, rumah, jiran, dan sebagainya.. kita dituntut untuk berdoa untuk yg terbaik agar sama-sama membimbing.

Tentang pahala besar untuk membimbing itu, apakah tidak berpahala besar menjadikan tuntutan Rasulullah s.a.w untuk mencari yg beragama? mengutamakan tuntutan dan saranan Qudwah Hasanah dan Habibullah tentu juga pahalanya besar.

Jika berniat untuk membimbing yg rosak ke jalan yang benar... bagi lelaki sebagai penanggung kepada isterinya...bagaimana jika dia mati sebelum niatnya tercapai? isteri terkapai-kapai... apa yang sampai kepada suami di dalam kubur?

Jika si tomboy,punk,atau yg "rosak" itu sudah dalam keadaan mencari cahaya ilahi..itu terpulang kepada empunya badan menilai diri.... dia tahu dirinya pernah berdosa dan bertaubat... kenapa tidak mengajak/membimbing lelaki yg merosakkannya bertaubat sama? ibukankah itu mengajak dan membimbing....?

Dan akibat dia tersedar kesilapan dan dia mencari lelaki yang baik sebagai sebenar-benar mengikut tuntutan Rasulullah s.a.w.. itu ok. Namun bak kata sahabat, mungkin dia akan jadi orang kedua atau ketiga atau keempat kepada lelaki baik tersebut..ataupun dia akan di madukan kelak jika ada apa-apa masalah atau kekurangan akibat kafarah dunia perbuatan silamnya...?

Tentu juga lelaki yg baik itu mahu menjaga nasabnya..Lain jika yg sudah tidak dara itu janda yg baik, tetapi miskin.....Kisah yang saudari tanyakan tentang wanita yg telah rosak sedia diterima oleh seorang lelaki, ada terjadi dihadapan mata saya sendiri sebagai orang tengah.

Soalan yang sama ditujukan kepada muslimah-muslimah apakah seorang muslimah juga sedia menerima jodohnya dengan lelaki yg "rosak"? Tak semua orang dapat mengaplikasikan perkahwinan itu sebagai sebenar-benarnya dan hakikatnya adalah Ibadah kepada Allah s.w.t dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

muslimin 2 :

Pilih ikut panduan yang diberi oleh RasuluLLah selamat.. Tak kira la yang nak memilih tuh dah rosak ke atau tidak, kaya atau miskin, janda atau dara, duda atau bujang. etc. Dalam membincangkan perkara begini - memang perlu adil - biasanya ada yang bukak satu isu hanya merujuk kepada sebelah pihak sahaja tetapi tidak mahu bincang pada pihak sebelah yang lain.

Lalu timbullah bias, berat sebelah, kondem mengkondem dan banyak lagi perkara negatif. Oleh itu, berlaku adil lah. Sebab kedapatan isu perbincangan tentang lelaki dan wanita banyak berlaku perbalahan jika tidak dikawal dengan baik.

muslimat 3 :

sbg kaum adam, bg ana, lebih baik beristerikan manita yg xpasti statusnya (anak luar nikah) berbanding dgn wanita yg dah 'rosak'..ape yg nk dikesahkan sgt dgn statusnya, yg pntg dirinya sendiri..akhlaknya, imannya, perilakunya..kalo baik dan boleh menjadi isteri solehah, ape salahnya beristerikan wanita spt ini..

muslimin 4 :

InsyaAllah..ana akan terima Nur dgn hati yg terbuka andaikata Nur adalah Jodoh ana..Agama adalah yg penting,bagi ana Nur adalah suci,dia x tahu apa yg berlaku sebelum ini..ana xder masalah untuk terima orang macam Nur..takdir adalah ketentuan Illahi..= )ana pun bukan lah dari para alim ulama..tapi kalau alim ulama' pun pasti akan terima jika itu adlah ketetapan Illahi...mereka lebih arifp/s:

Teringat kisah seorang pemilik kebun epal yang mempunyai seorang anak perempuan dan seorang pemuda yg termakan epal yg hanyut di sungai kerana terlalu lapar..anak nya 'buta','cacat','pekak','bisu'..si lelaki terima dgn redha Illahi..tapi tgk mcamna Allah dah tetapkan,itu terbaik baginya,last2 dia dapat wanita yg sempurna dari akhlak dan rupa paras

.. bagi wanita diluar sana yang dah bertaubat.. msh ada insan yang bernama lelaki sudi menerima.. yang penting taubat kita kepada ALLAH S.W.T.. dan yang penting kita tak mengulangi perkara yang sama..



"Sesungguhnya Allah tidak pernah melupakan hambanya, tetapi kita yang sering lupa pada Dia ketika diberi nikmat bahagia..cinta kepada Allah lebih hakiki..tapi tidak cinta kepada manusia.. "



"jangan difikir derita akan berpanjangankelak akan membawa putus asa pada Tuhaningatlah biasanya kabus x berpanjangansetelah kabus berlalupasti cerah kembali..ujian adalah tarbiyah dari Allahapa ka kita kan sabar ataupon sebaliknya..kesenangan yang datang xkan selamanyaoleh itu waktu senang jangan lupa daratan"


http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=51&thread_id=2467&rowstart=20

.. Wallahualam..

Monday, August 3, 2009

.. UJIAN ITU RAHSIA ALLAH S.W.T ...


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.


Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.


Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.


Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.


Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.


Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!


Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.


Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.


Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!


Article Dari : iluvislam

Sunday, August 2, 2009

..WANITA ..


"...Wanita itu ibarat buah epal,epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah..Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak, sukar untuk dipetik, sukar untuk digapai..Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?..Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya..Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu, mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana, insya-Allah...Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..."