Wednesday, November 11, 2009

.. JODOH SAYA DENGAN SIAPA??..


Dalam hidup ini, manusia sering berhadapan dengan perkara untuk dinilai dan dipilih, maka di sana kita dituntut untuk mencari pilihan terbaik sebagai memenuhi tuntutan fitrah, namun pilihanraya ini hendaklah terpimpin dengan akal dan petunjuk daripada-Nya berdasarkan ilmu serta keyakinan,agar apa yang dipilih tidak tersasar pada jalan benar atau menempah kebinasaan kelak.

Begitu juga dalam masalah mencari jodoh, atau pasangan hidup, dan apa sahaja sekalipun Nabi ada menyarankan kita (tidak secara spesifik pada jodoh sahaja) agar melaksanakan solat dua rakaat, dan berdoa memohon kepada Allah Taala agar disuluh penentuan antara dua atau lebih keadaan yang hendak dipilih.

Maka dalam soal ini, kita tidak semestinya bergantung pada mimpi semata-mata, kerana soal dapat, tepat, dan cepat adalah datang daripada Allah Taala, kita hanya mampu berikhtiar sahaja, dan hasilnya adalah dalam penguasaan dan pengetahuan-Nya.Kerana di sana bimbang bilamana kita terlalu bergantung pada mimpi akan menyebabkan kita taksub, dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kita kemungkinan besar termasuk dalam perbuatan syirik khafi.

Jadi langkah yang paling baik dan bijak ialah, pastikan kita mencari terlebih dahulu pasangan yang ingin hidup bersama, atau sesiapa sahaja kenalan, selepas itu pastikan ciri utama yang perlu diletakkan dihadapan seperti elok agama dan seterusnya.Selepas itu, lakukan solat Istikharah dua rakaat setiap hari,l akukan berulang-ulang kali sehinggalah kita begitu yakin dengan gerak hati, dan semestinya gerak hati tersebut yang terbaik selepas menilainya secara ampuh dari setiap sudut.

Namun ada juga mengikut pandangan ahli sufi, antara lain kita akan mengetahui siapa pasangan kita setelah mengerjakan solat istikharah dan bentuk usaha yang lain, ialah apabila kita melihat kenalan atau pasangan yang dipilih, akan terasa debaran yang memuncak atau dengutan jantung tidak pada paras normal.

Untuk menentukan petunjuk itu datang dari gerak hati bersulam iman atau sebaliknya adalah kita berasa yakin, bahawa kemanisan iman itu mengatasi gelocakan hawa nafsu.Ini berkaitan psikologi manusia, maka di sana kita kena merasainya dahulu baru dapat bezakan antara nafsu dan Iman dalam konteks menentukan pasangan jodoh yang betul-betul ideal.Iman akan terasa lembut pada rasanya,dan tidak dinodai perasaan buruk seperti kecamukan marah, sedih, dan sebagainya, bahkan ianya akan merubat kedukaan, atau menukar sesuatu perasaan yang buruk kepada perasaan baik.

Pada penghujung ikhtiar kita ialah menerima ketentuan-Nya dengan berlapang dada dan hati terbuka walaupun kita mengharapkan sesuatu yang baik, tetapi lain pula datang dan jadinya.Kita perlu faham dan ingat bahawa, kemungkinan kita menyukai sesuatu dan berusaha untuk memilikinya, tetapi ianya belum tentu baik di sisi Allah Taala, dan begitu juga sebaliknya.

Percaya dan yakinlah, janji Allah Taala pada hamba-hamba bertakwa yang mana tidak pernah sirna dengan ganjaran pahala, dan mungkin terdapat hikmah disebalik kejadian yang berlaku.Tapi yang pasti segala usaha yang dicurahkan, akan di terjemahkan oleh Allah Taala di akhirat kelak sebagai saham tambahan pada amalan-amalan yang dikerjakan semasa hidup di atas dunia yang fana ini.


Allah Taala berfirman;“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat.Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,agar mereka selalu berada dalam kebenaran”el Baqarah (2:186)


Full artikel.. sila klik sini..

2 comments:

  1. Tak perasan juga boleh terserempak kat Jalan Bukit Bintang, KL 2 kali pulak tu... 1 Nov 2009

    Masa tu saya dengan kawan saya overnight kat JW Marriott Hotel, KL.

    ReplyDelete
  2. .. Salam.. itulah.. dunia tuhan ni kan bulat.. masakan tak ble terserempak.. hehehe..

    ReplyDelete