Thursday, July 7, 2011

.. Di SaaT Diri Ini BeRubah... CanTikNya Menjadi MusLimaH..



Sujudku penuh syukur...
Untuk nikmat yang tidak terhingga buatku...
Walaupun aku ditinggalkan kerana inginkan dunia...
Tapi Allah gantikan aku dengan teman yang menyeruku...
Untuk hampir meneguk Cinta dari KautharMu...
...Mendengar kembali KalamMu Tuhan...

Alhamdulillah...
Maha Suci Tuhan...
Yang mengaturkan tiap sesuatu...
Yang hidup didunia yang sementara ini...
Subhanallah...
Allahu Akbar...

Janganlah berkecil hati jika org lain bersalah faham pada kita,kerana Allah faham akan isi hati kita,jangan gusar jika ada yang menghakimi kita,kerana tiada hakim sebaik Allah.Ketika bumi mulai bergoncang,dan tanah mulai retak,ingat lah Allah bersama kita,dan ketika kita ditimbus tanah,ketahuilah Amal bersama kita.Tiada yang menyakitkan,tiada pula yg menakutkan jika hati ini terikat cinta kepada Allah dan Rasulnya..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia
Aku bangga menjadi Muslimah
Disaat yg lain bangga menjadi wanita Modern.







♥ Aku bangga Jilbabku menjuntai kedada
Disaat yg lain bangga mengikuti Mode,

♥ Aku bangga menjadi pengurus kerohanian islam
Disaat yg lain lena,

♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸​.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥

♥ Aku tak peduLi dgn anggapan sOk sUci
Krna aku tahu apa yg laKukan,


♥ Awalnya aku tidak perCaya diri….
Dengan pakaian yg tertUtup rapi….
Teman ~ teman berKata aku tdk trendy…..
Tapi Abi berKata aku Cantik begitUpun Ummi…..

♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸​.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥

♥ Wahai KaWan yg bermimpi sanjUngan……
CantiK buKanLah buKa ~ buKaan….
CantiK bUkan s’lalu berdandan….
Dan Cantik bUkan berarti seOrang pUjaan….


♥ KuULurKan jiLbabku hingga teraSa damai HatiKu…..
KuLonggarKan pakaianKu sehingga tertUtup bentUk tUbuhku…..
kULaKukan itu semUa demi CintaKu pada Rabbi-Ku….
Dan kuberbiSik daLam hatiKu, s’mOga engKau bahagia meLihatKu….

♥ Andai semUa org memahami…
CantiK Lahir bUkanLah Ukuran…..
Tapi Cantik hati memiKat semUa Orang….
Dan terUtama bUdi peKerti seperti yg RasuL ContOhkan…..

maKa SaudariQ PeliharaLah AURAT........

♥Aurat Tdk akn tertutup dengan berperangai yang BAIK,
♥ Aurat tdk akn tertutup dengan sifat LEMAH LEMBUT,
♥ Aurat tdk akn tertutup dengan kata ~ kata yg BAIK,
♥ tetapi hanya akn tertutp dengan PAKAIAN yg SEMPURNA,

♥ ~ Mudah - Mudahan AKHLAK dibalik pakaian itu lebih INDAH dari pada
pakaiannya" Aamiin.....! ♥

Sunday, July 3, 2011

Hijjaz - Dilema




Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

c/o
Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya

Apabila Terpaksa Memilih Antara Dua..



Pusing kiri tidak kena, pusing kanan pun tidak kena. Malam sudah hampir berlabuh, pagi sudah hampir memperlihatkan dirinya, namun kedinginan malam ini tidak sedikit pun mampu mendodoikan aku.

Sudah puas ku cuba untuk melelapkan mata ini walaupun sekejap cuma, namun diriku masih tidak mampu mengalihkan perhatian mindaku ini yang masih ligat memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk permasalahanku.

Kualunkan zikir-zikir hingga membasahi bibirku namun masih belum juga mampu untuk melenakanku. Ternyata begitu seksanya apabila nikmat Allah S.W.T itu telah ditarik. Aku menangis. Ya Allah, betapa sukarnya untuk membuat pilihan . Apa juga keputusan yang ku buat, pasti ada hati yang bakal terluka, walau hakikatnya aku lah yang pertama akan merasai luka itu.
'Aku buntu Ya Allah,"

Kubangkit dari tempatku berbaring lalu mencapai buku kecil yang pernah kubeli suatu ketika dahulu, namun tidak pernah kuteliti isi kandungannya. Ia bertajuk 'MISTERI SOLAT SUNAT ISTIKHARAH'. Setelah berwuduk, aku menunaikan solat sunat istikharah itu, buat pertama kali dalam jiwaku terasa gementar saat bibir melafazkan niat, menyatakan tujuan bertemu Allah di saat manusia lain sedang enak diselimuti gebar.


Cemburunya aku! Air mata tidak tertanggung dek kelopak, lalu meluncur laju membasahi telekung. Betapa kerdilnya terasa, sehingga mahu membuat pilihan pun harus meminta bantuan Allah S.W.T.

Kurasakan itulah solatku yang paling khusyuk, yang pernah aku lakukan. Tidak pernah aku merasakan diri aku sedekat ini dengan Penciptaku. Air mata semakin laju saat aku kulantunkan doa solat istikharah.


Ya Allah, aku mohon pilihan kepadaMu dengan ilmuMu, aku mohon petunjuk dengan kudratMu, dan aku mohon kurniaMu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan aku tidak berdaya, Engkau Yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Aku berteleku di sejadah.

"Sesiapa yang terluka Ya Allah, Engkau ubatilah luka mereka. Aku tidak mampu, lalu aku berserah kepada-Mu Ya Allah,"

Aku lena dalam air mata. Nikmatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Esoknya, aku dipertemukan dengan hamba Allah yang mampu menolongku membuat pilihan. Melalui perbincangan dengannya, aku semakin jelas dengan keputusan yang bakal aku lakukan. Syukur Ya Allah kerana bebananku semakin berkurangan.

Hidup ini dibentangkan dengan pelbagai pilihan. Mahu atau tidak, kita terpaksa memilih antara dua atau lebih jalan yang terbentang. Malah, hampir kesemua rutin dalam kehidupan kita memerlukan kita untuk menilai dan memilih. Setiap pagi kita perlu memilih samada hendak bangun untuk menunaikan solat subuh atau terus sahaja lena berulitkan mimpi indah. Selain itu kita juga turut terpaksa memilih jenis lauk pauk yang ingin kita masak, terutama sekiranya kita merupakan seorang isteri dan ibu.


Pendek kata kita perlu memilih untuk semua perkara yang hendak kita lakukan. Namun, kadangkala akan datang kepada kita, saat yang begitu sukar untuk kita sebagai manusia membuat pilihan apabila ia melibatkan banyak pihak lebih-lebih lagi mereka yang kita sayangi.

Kutitipkan nukilan ini dengan niat agar sesiapa yang sedang merasa tersepit, mahupun yang sedang buntu untuk memilih agar meluahkan kebuntuan tersebut kepada Allah S.W.T, salah satu caranya adalah dengan mengerjakan solat sunat istikharah. Sebagai seorang pelajar, apabila Allah S.W.T mengujiku dengan menarik semula nikmat tidurku, aku sudah terasa resah dan buntu.


Apatah lagi anda di luar sana yang berjawatan tinggi dan mungkin merupakan orang-orang penting dalam sebuah organisasi, sudah pasti anda semua terpaksa membuat keputusan yang lebih besar daripadaku.Malah, kemungkinan besar keputusan itu bakal mengubah nasib hidup seseorang. Allah S.W.T pasti akan membantu kita dengan jalan-jalan yang tidak pernah terfikir oleh kita sekiranya kita rajin berdoa kepadaNYA. Hanya Dia Yang Maha Pengatur, dan Dialah Yang Mengetahui.

-Artikel Iluvislam.com

Tuesday, June 7, 2011

TaDiKa ImaN KiDs.. A LitLe KhaLiFah..

AssaLamuaLaikum..


BisMiLLah..



Hari Ini pergi interview di Tadika Iman Kids Di meLaka.. ALhamduLLiLah rezeki Berpihak Kepada saya.. Sewaktu sampai di Tadika tersebut Saya orang perTama yang Sampai.... Excited Nak Jadi Cikgu Tadika.. WaLaupun Tiada PengaLaman Tetapi semangat Untuk Menjadi Cikgu Tadika Tu Tinggi.. Hehehe..

MuLa-MuLa bOrang di Bagi Untuk Di isi.. Macam-Macam SoaLan dalm Borang Tersebut di Tujukan.. Fuhhh... seLang Beberapa Minit Kemudian Hampir 9 Orang Yang Datang Untuk Jadi Guru Tadika.. Masing-masing mempunyai kredibiliti sendiri dan mempunyai Keyakinan sendiri utk Menjadi Guru.. TerdeTik Jugak Ada PeLuang ke??..

AkhirNya Nama Saya di PanggiL Utk Interview.. MenJadi Orang PerTama Yang Di iNterview MesTiLah Nervous.. SaLam Di Beri.. 2 Orang Guru Yang Menemuduga saya.. Seorang LeLaki Dan Seorang Wanita.. Suami Isteri... MuLa-MuLa Saya Di Minta Untuk MengeNaLKan Diri.. dan SeLepas MemperkeNaLkan Diri.. SoaLan PerTama di Tujukan... (Khas Jgk Kepada BaKaL-BaKaL Cikgu Tadika)

1- Baca Doa iftitah (alhamduLLiLah.. Lepas waLaupun TersasuL.. Nervous)
2- Baca Doa Qunut

(Tetapi Doa-Doa Lain Pun Kena Tahu.. Lebih-Lebih Lagi Tadika IsLam Yang Banyak MenerapKan isLam daLam setiap Perbuatan Dan PembeLajaran)

3- MengaPa MeMiLih Menjadi Guru Tadika
4- Apa Yang Istimewa ada Pada Diri Awak Untuk MenJadi Cikgu Tadika.
5- TerangKan Apa Yang Anda tahu Mengenai Tadika..
6- Sistem Yang Bagaimana Untuk Mengajar Kanak-kanak Tadika..
dan SoaLan Lain

SeLain Itu Saya juga Di Tanya.. Mengapa Seorang Yang Mempunyai IjazaH MemiLih menJadi Guru sedangkan Layak Untuk BergeLar Guru SekoLah Yang di Beri Gaji Lebih Tinggi.. Saya Tahu SoaLan Ini mesti DitujuKan... IniLah Pendapat Saya.. a LitLe khaLiFah Ini sebenarnya Lebih Mudah dan Senang..

Bukan Lah saya Kata tidak suka cabaran Tetapi Bak Kata Pepatah MeLayu MeLuntur BuLuh Biar Dari RebungNya... Dari Kanak-Kanak Ini Lah Kita Didik Mereka dengan Sebanyak ILmu yang bOLeh.. KaLau BoLeh Didik KeagaMaan DaLam Diri Mereka Supaya Mereka terbentuk Dengan ILmu AKhirat Dan Dunia Pada Usia Muda.. Lagi Satu Jawapan Saya iaLah.. I Love Kids... Enviroment Dengan Kanak-Kanak Sangat CaLm... Riuh Mereka ItuLah Yang MenyeroNoKkan.. Tak Sabar Nak A LitLe KhaLifah Ni memanggiL Cikgu.. Hehehhee...

Hampir Sejam Saya di temuduga.. AlhamduLLiLah Kesemua di Jawab dengan Yakin dan menyakinKan sehingga diPiLih Menjadi Guru Tadika WaLaupun orang pertama.. Harap2 Bukan saya Seorang Sahaja Yang di PiLih.. PuLang Dengan SenyuMan.. Saya Tak Kesah Apa yang orang Nak Kata.. Yang Penting Rezeki Itu HaLaL dan MuLia... MenJadi Pendidik Kepada A LitLe KhaLifah Ini Saya Anggap Sebagai CHaLLenge dan PengaLaman sebeLum MemiLiki MaLaikat KeciL ku Sendiri.. Hehehe... :-)

Terima Kasih Ya ALLAH kerana MemakbuLkan DOA hambaMu Ni Yang Teringin Sangat Nak Mengajar Di Tadika IsLam... Anak-Anak IsLam... InsyaALLAH akan saya cuba Yang terbaik Untuk A Litle KhaLiFah ini...




P/s : Lagi Banyak Kita Ceburi Sesuatu Perkara Atau Bidang Lagi Banyak PengaLaman dan Semakin Banyak Kita BeLajar Tentang Kehidupan.. Yang Penting Sentiasa Di Landasan Yang BeTuL.. Dan IkhLas Kan diri Kerana ALLAH S.W.T... biar Di dunia Kita susah Mencari Redha ALLAH tapi akhirat KeLak Pasti ALLAH membaLas Atas Kepayahan dalam Mencapai RedhaNYA...


Friday, June 3, 2011

..PROSEDUR PERKAHWINAN..



Posting Kali ini berkaitan dengan langkah-langkah yang perlu di ambil untuk berkahwin dari segi urusan rasmi. Ia lebih kepada urusan rasmi yang melibatkan pendaftaran, penyediaan dokumen dan urusan di Jabatan Agama Islam. Berikut adalah langkah-langkah tersebut mengkut turutan:-

1. Sediakan dokumen-dokumen rasmi secukupnya. Dokumen-dokumen tersebut adalah:

Salinan IC
Salinan Surat Beranak
Salinan Surat Nikah Ibubapa
Salinan IC wali
Gambar pasport bersongkok/bertudung
Salinan Sijik Kursus Pra-perkahwinan
Kebenaran majikan bagi anggotan Polis dan Tentera
Surat pengakuan bujang dari majikan atau Ketua Kampung (lelaki sahaja)
Surat cerai jika pernah berkahwin sebelum ini
2. Menghadiri kursus pra-perkahwinan.

3. Dapatkan wali.

4. Menjalani ujian HIV. Prosedur ini wajib dilakukan hanya di hospital kerajaan sahaja.

5. Permohonan kebenaran berkahwin di Jabatan Agama Islam Negeri.

6. Pendaftaran perkahwinan anda selepas majlis akad nikah. Prosedur ini hendaklah dilakukan dalam masa 7 hari dari tarikh anda bernikah.

Itulah dia beberapa langkah dan prosedur yang wajib anda lalui jikalau ingin berkahwin. Anda boleh rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing anda untuk maklumat lanjut.

Halalkanlah Aku Tuk Menjadi Pasanganmu Dalam Keredhaan-NYA


Wahai rusukku ..... bimbing aku .... dengan doa dan ikhlas mu .....
aku wanita...aku wanita....aku wanita.....
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki. jangalah sekali kau luruskan cuman hanya kan mematah kan nya.... tp bimbing lah dengan doa dan ikhlas....


.•*´¨`*•.♥

♥♥Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
malah kedua duanya patah .....
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.



.•*´¨`*•.♥♥


♥♥Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.



.•*´¨`*•.♥♥

♥♥Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

.•*´¨`*•.♥♥


♥♥Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...


.•*´¨`*•.♥♥


♥♥Bila wanita menjadi derhaka...
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpin


DI ATAS SAJADAH AKU MENANTI SEPARUH AGAMAKU DGN SABAR.. DAN DOA ..

Friday, May 20, 2011

Saya Tahu Saya Tak Cantik ..



Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.


Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..




dibelasah oleh Solihin Zubir
Labels: Wanita

Tuesday, May 17, 2011

Life is a Journey [Zain Bhikha nasheed Fortunate is he]

Monday, May 9, 2011

.. Ibuuu.. Aku TeLah DiMiLiki...

BismiLLah..

AssaLamuaLaikum..





Karangan Kali Ini DiTulis sewaktu Aku berada di Cafe sambil mendengar dendangan Lagu RamLah Ram "zapin Yang TinggaL".. satu bait Lagu ni sangat menyentuh perasaan " Ibu Aku telah dimiliki"..... Sedih nya... Ya ibu.. Aku akan dimiliki... hanya tinggal beberapa bulan untuk aku menaung disyurga telapak kaki mu ibu... Selepas ini tanggungjawab mu dulu akan digalas lelaki yang bergelar suami... syurga Ku dulu dibawah telapak kaki mu akan berganti kepada suami ku kelak... Sedihnya hati ini ibu.......


Ibu maafkan aku andai pernah aku sakiti hati dan perasaanmu.. Iya Memang pernah aku sakiti mu.. memang pernah aku menguris perasaan Mu.. Masakan tidak aku hanya seorang puteri mu yang menjadi penawar dan racun Mu.. MaafKan Aku ibu...

Air muka mu sejak aku menjadi Tunangan orang ku lihat penuh kesyukuran dan gembira anak mu seorang telah disunting.. Tetapi aku mengerti jauh di sudut hatimu sedih puteri sulungmu akan menjadi hak Insan Lain... Bukan dirimu seorang sahaja yang merasainya. Hati Anakmu ini juga sentiasa bersedih menghitung hari-hari untuk ku bergelar isteri...dan berjauhan darimu ibu.. Sedihnya hati ku ibu....

Ibu aku sedar tiada yang lebih sempurna kasih sayang dan pengorbananmu membesar dan menjaga anak-anakmu.. tiada ucapan dan hadiah istimewa yang dapat aku berikan.. Hanya balasan kasih sayang dari anakmu.. IBU maafkan aku...


Doakan aku menjadi isteri yang baik dan sabar seperti mana engkau menjadi penaung dan penguat semangat pada suamiMu.. Abah.. Doakan Aku sentiasa bermuhasabah diri andai aku mula lemah dengan ujian.. Doakan Aku bahawa ALLAH ada untuk aku.. Sentiasa ada untuk ku ibu andai aku memerlukan mu walaupun aku telah dimiliki.. kerana bagiku engkau sumber kekuatan dan idola bagi ku dalam menjadi pendamping suami ku kelak....

Ibu.... Aku akan dimiliki.. doakan anakmu ini sejahtera dan tabah mengharungi hidup tanpa mu disisi.. Ibu sayang yang wujud dihatimu pada anakmu ini jangan Lah engkau padamkan walaupun aku telah dimiliki.. Ibu Jangan pernah hentikan rindumu pada ku... walaupun aku telah dimiliki... Ibu aku menyanyangi mu sehingga hujung hayat ku.....

Doakan aku ibu...... walaupun aku telah dimiliki....

Saturday, May 7, 2011

..No BeTTer MoM For Me.. JusT U..


BisMiLLah..




It’s Mother’s Day, Mom..And I want you to know..I’ll just love you more
Every year that I grow..You’re a wonderful mother...You show that you care..There’s no better mom..On earth anywhere!

You're my cushion when I fall..You help in times of trouble..You support me whenever I call..I love you more than you know..You have my total respect..If I had my choice of mothers...You'd be the one I'd select!


How did you find the energy, Mom..To do all the things you did..To be teacher, nurse and counselor..To me, when I was a kid...How did you do it all, Mom,..Be a chauffeur, cook and friend..Yet find time to be a playmate...I just can’t comprehend.

I see now it was love, Mom..That made you come whenever I'd call...Your inexhaustible love, Mom..And
I thank you for it all...

Mom, without you, there would be no me.
Your love, your attention, your guidance,
have made me who I am.
Without you, I would be lost,
wandering aimlessly,
without direction or purpose.
You showed me the way
to serve, to accomplish, to persevere.
Without you, there would be an empty space
I could never fill, no matter how I tried.
Instead, because of you,
I have joy, contentment, satisfaction and peace.
Thank you, mom.
I have always loved you
and I always will.






Mom, I look at you
and see a walking miracle.
Your unfailing love without limit,
your ability to soothe my every hurt,
the way you are on duty, unselfishly,
every hour, every day,
makes me so grateful
that I am yours, and you are mine.
With open arms and open heart,
with enduring patience and inner strength,
you gave so much for me,
sometimes at your expense.
You are my teacher,
my comforter, my encourager,
appreciating all, forgiving all.
Sometimes I took you for granted, Mom,
but I don’t now, and I never will again.
I know that everything I am today
relates to you and your loving care.
I gaze in wonder
as I watch you being you
my miracle, my mother.


...I LOVE U...

Monday, April 18, 2011

.. MaJLis PerTuNangaN Kami ..

BisMiLLah..


AssaLamuaLaikum..



Hantaran Kami...


Perbincangan sedang di Jalankan...



Hantaran Ku Pada si Dia.. Semoga Buku "Aku Terima Nikahnya" Menjadi panduan kepada kami berdua..



Detik Yang PaLing Mendebarkan.. Alhamdullilah..


Terima Kasih Ye.. di Atas pemberian Cincin Nie..



Hantaran Ku Pada Si Dia...

Sunday, March 13, 2011

..KeHidupan Yang Saya PeLajari Dari SeHari Ke SeHari..

Bismillah..

AssaLamuaLaikum..



Rindu zaman kanak-kanak bukan bermakna saya mahu kembali ke zaman kanak-kanak.. tp rindunya saya pada kenangan saya.. aktiviti permainan saya.. waktu yang saya tidak perlu memikir tentang kehidupan hanya penuh dengan keseronokan dan bermain.. rindunya saya pada arwah moyang saya yang tidak pernah memarahi saya apa tah lagi menjentik saya.. saya didodoikan penuh kasih sayang oleh nenek dan arwah moyang saya.. Sejak Lahir sehingga umur 11 tahun kedua wanita ini yang membesarkan saya.. juga kedua orang tua saya yang sentiasa memberi perhatian terhadap saya..

Zaman itu sudah lama berlalu.. hanya kenangan diiringi meniti kehidupan.. masa berlalu pantas.. status akan bertukar.. bermulanya kehidupan yang lebih bertanggungjawab. penuh dengan cabaran baru.. akan lahir pula kehidupan lain yang lebih bermakna.. InsyaALLAH..

Setiap hari banyak pelajaran baru yang saya belajar.. mengenai kehidupan.. mengenai perniagaan.. mengenai emosi.. mengenai perilaku manusia.. mengenai nikmat kesusahan.. nikmat keikhlasan.. nikmat kesabaran.. usaha yang tiada henti untuk mencapai keinginan yang tidak pernah puas.. disitu lah letaknya kesabaran saya.. keinginan yang diiringi dengan kesusahan dan lelah.. tapi diterapkan dalam diri.. tiada didunia ini dimulai dengan kesenangan.. pasti bermula dengan kesusahan supaya kita lebih memahami apa itu kepayahan dalam mencapai kesenangan dengan itu kita lebih menghargai setiap hasilnya..





Kehidupan tanpa pengorbanan hanya kehidupan yang sia-sia.. setiap pengorbanan itu lah yang menghasilkan kehidupan.. contoh pengorbanan seorang ibu membesarkan anak sehingga terhasilnya kehidupan anak yang sempurna.. begitulah yang akan kita lalui.. setiap yang kita harungi pasti diselangi dengan pengorbanan...Pengorbanan kita terhadap agama.. terhadap kedua orang tua.. pengorbanan kepada keluarga.. pengorbanan kepada masyarakat.. simpulkan makna pengorbanan kepada maksudnya yang mendalam..

Zikir.. Jangan lekang dari bibir.. kerna itu juga penawar duka, pengubat hati.. penyembuh sakit..
Doa.. Jangan Lekang dari hati.. kerna itu lah yang akan mengiringi usaha kita.. ituLah penguat keyakinan kita..

Maaf.. Kata-kata yang kadang-kadang sukar diluahkan.. tetapi itulah penawar dikala rajuk..
sayang .. penawar bagi hati yang rindu..
Rindu.. penawar bagi yang sedang mengingati..
(Ungkapkan lah ayat-ayat ni selalu kepada mereka yang anda sayangi.. kadang-kadang kata-kata lebih bermakna dari perbuatan)..

Moga nukilan saya ini.. memberi semangat pada diri saya yang kadang-kala lemah dengan ujian.. yang kadang-kala Penat pada kehidupan.. tapi tiada terdetik sedikit menyalahkan qada dan qadar ALLAH S.W.T.. kerna saya tahu ujian itu Lah Pengerat Hamba dan Tuhan.. Kerna gugurnya airmata rindu kanNYA..

Friday, February 4, 2011

Learn a lesson in life each day that you live...

Bismillah..

AssaLamuaLaikum...

Sometimes people come into your life and you know right away that they were meant to be there, to serve some sort of purpose, teach you a lesson, or to help you figure out who you are or who you want to become.

You never know who these people may be, your neighbor, your coworker, a long lost friend, or a complete stranger. When you lock eyes with them, you know at that very moment they will affect your life in some profound way.

Sometimes things happen to you that may seem horrible, painful, and unfair at first, but in reflection you find that without overcoming those obstacles you would have never realized your potential, strength, willpower, or heart.

Everything happens for a reason. Nothing happens by chance or by means of good luck.

Illness, injury, love, lost moments of true greatness, and sheer stupidity all occur to test the limits of your soul. Without these small tests, whatever they may be, life would be like a smoothly paved,straight, flat road to nowhere. It would be safe and comfortable.. (that was test by ALLAH S.W.T)

The people you meet who affect your life, and the success and downfalls you experience, help to create who you are and who you become.



Even the bad experiences can be learned from. In fact, they are probably the most poignant and important ones.

If someone hurts you, betrays you, or breaks your heart, forgive them, for they have helped you learn about trust and the importance of being cautious when you open your heart. If someone loves you, love them back unconditionally, not only because they love you, but because in a way, they are teaching you to love and how to open your heart and eyes to things.

Make every day count. Appreciate every moment and take from those moments everything that you possibly can for you may never be able to experience it again. Talk to people that you have never talked to before, and actually listen.



Let yourself fall in love, break free, and set your sights high. Hold your head up because you have every right to. Tell yourself you are a great individual and believe in yourself, for if you don't believe in yourself, it will be hard for others to believe in you.

You can make of your life anything you wish. Create your own life and then go out and live it with absolutely no regrets.

Most importantly if you Love someone tell him or her, for you never know what tomorrow may have in store. Expecially Your Parents.. Tell them you love them so much before its too late.. Let them know you love them.. you appreciate what them to do to give the best for your life.. Tell them thank you for everything.. and love them untill the end..

P/s : ( I love my parents so much even they never expected what can i do for showing my love coz im nod always talking love to them.. but i know they know i love them so much until my life end... For me.. they everything i wish for whole my life.. thank you ALLAH coz u give me a greatest parents)...

Thursday, February 3, 2011

..UmairaH.. SecaNTik Rupa.. SeheBaT Nama.. InsyaALLAH..

Bismillah..

Assalamualaikum..

Pada Hujung minggu yang lepas.. saya dengan Aslah kawan sesama di MMU melawat sahabat kami Afni yang baru melahirkan anak perempuan.. umairah nama diberi.. Sedap nama tu..
Umairah lahir di KPJ shah alam pada 20.1. 2011 tak silap saya.. Berat waktu lahir 3.48 KG dan lahir pada pukul 3.49 Ptg.. Kebetulan Kan...

Doa kami.. InsyaALLAH umairah menjadi anak yang solehah.. muslimah yang hebat.. seindah akhlak penghuni syurga..Secantik Ibunya.. secerdik ayahnya..

Disini saya uploadkan beberapa keping gambar yang sempat di snap.. dan sepanjang kami disana.. umairah lena di buai mimpi.. biasalah.. bayi yang baru lahir akan tidur selama 18 jam dalam masa 24 jam.. lamakan.. tapi bila tengok secomeii tu tidur.. alahaiii.. geram je..

Wajah suci Bayi yang baru lahir... comei kan..

Lenanya umairah tidur...

Umairah dan ibunya Afni dan Aslah..

Umairah lena tidur dipangkuan saya..

Dan masih lena walaupun dah berubah tempat... Comeiiii nyee...

Tuesday, January 25, 2011

Far East – Saat Lafaz Sakinah..


Far East – Saat Lafaz Sakinah

Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Saturday, January 22, 2011

.. Ku SeRaHKan SeGaLaNya DeNgaN TakDir ALLAH S.W.T ..

BisMiLLaH..

AssaLaMuaLaiKum...

SegaLa Usaha telah dibuat.. Segala perancangan telah dilaksanakan..dan sekarang hanya menunggu keputusan..Perancangan ku tidak sehebat perancangan Mu.. Ya ALLAH ku serahkan segala dengan Takdir Mu.. Andai dia yang terbaik untukku.. Engkau Permudahkan.. Andai dia Bukan Untukku.. Redhakan Hati kami dengan ketentuan Mu..

Sehebat-hebat Perancangan... Adalah perancangan Mu Ya ALLAH.. Doa dan usaha telah Ku buat.. Hanya Tawakal dengan Ketentuan Mu.. Walau apa Pun takdir Mu untuk Ku.. Ku terima.. Tidak ku harap pada Usaha.. tapi ku harap pada RedhaMu..

Pada Kamu..Maafkan aku andai diri ini tidak sempurna.. Tapi InsyaALLAH akan aku usahakan menjadi yang terbaik.. Didik diri ku menjadi yang sempurna di mata Kamu.. Biarlah aku kurang dari paras rupa.. tapi tingkatkan Imanku dengan didikan mu.. Tidak kuharap dilimpah dengan Berlian dan Permata.. cukuplah sekadar Kasih sayang yang ikhlas dari kamu.. Cukuplah sedikit Pujian penghargaan menjadi Bakal Zaujati mu Kelak..

Mungkin diri Ini Lemah.. kadang-kadang tidak mampu untuk menerima tekanan.. Tapi andai ada kekasaran.. Tegur supaya aku sedar.. sekali lagi.. Seribu kemaafan andai diri ini tidak sempurna..

Ya ALLAH.. ku mohon semoga Engkau permudahkan urusan ini.. Engkau berikan Lah Kami petunjuk bahawa kami Halal untuk bersama.. Engkau JagaLah Kelakuan Kami supaya tidak Memilih kerana Nafsu.. Redhakan Hati Kami andai bukan Takdir kami bersama..