Monday, May 9, 2011

.. Ibuuu.. Aku TeLah DiMiLiki...

BismiLLah..

AssaLamuaLaikum..





Karangan Kali Ini DiTulis sewaktu Aku berada di Cafe sambil mendengar dendangan Lagu RamLah Ram "zapin Yang TinggaL".. satu bait Lagu ni sangat menyentuh perasaan " Ibu Aku telah dimiliki"..... Sedih nya... Ya ibu.. Aku akan dimiliki... hanya tinggal beberapa bulan untuk aku menaung disyurga telapak kaki mu ibu... Selepas ini tanggungjawab mu dulu akan digalas lelaki yang bergelar suami... syurga Ku dulu dibawah telapak kaki mu akan berganti kepada suami ku kelak... Sedihnya hati ini ibu.......


Ibu maafkan aku andai pernah aku sakiti hati dan perasaanmu.. Iya Memang pernah aku sakiti mu.. memang pernah aku menguris perasaan Mu.. Masakan tidak aku hanya seorang puteri mu yang menjadi penawar dan racun Mu.. MaafKan Aku ibu...

Air muka mu sejak aku menjadi Tunangan orang ku lihat penuh kesyukuran dan gembira anak mu seorang telah disunting.. Tetapi aku mengerti jauh di sudut hatimu sedih puteri sulungmu akan menjadi hak Insan Lain... Bukan dirimu seorang sahaja yang merasainya. Hati Anakmu ini juga sentiasa bersedih menghitung hari-hari untuk ku bergelar isteri...dan berjauhan darimu ibu.. Sedihnya hati ku ibu....

Ibu aku sedar tiada yang lebih sempurna kasih sayang dan pengorbananmu membesar dan menjaga anak-anakmu.. tiada ucapan dan hadiah istimewa yang dapat aku berikan.. Hanya balasan kasih sayang dari anakmu.. IBU maafkan aku...


Doakan aku menjadi isteri yang baik dan sabar seperti mana engkau menjadi penaung dan penguat semangat pada suamiMu.. Abah.. Doakan Aku sentiasa bermuhasabah diri andai aku mula lemah dengan ujian.. Doakan Aku bahawa ALLAH ada untuk aku.. Sentiasa ada untuk ku ibu andai aku memerlukan mu walaupun aku telah dimiliki.. kerana bagiku engkau sumber kekuatan dan idola bagi ku dalam menjadi pendamping suami ku kelak....

Ibu.... Aku akan dimiliki.. doakan anakmu ini sejahtera dan tabah mengharungi hidup tanpa mu disisi.. Ibu sayang yang wujud dihatimu pada anakmu ini jangan Lah engkau padamkan walaupun aku telah dimiliki.. Ibu Jangan pernah hentikan rindumu pada ku... walaupun aku telah dimiliki... Ibu aku menyanyangi mu sehingga hujung hayat ku.....

Doakan aku ibu...... walaupun aku telah dimiliki....

No comments:

Post a Comment