Friday, June 3, 2011

..PROSEDUR PERKAHWINAN..



Posting Kali ini berkaitan dengan langkah-langkah yang perlu di ambil untuk berkahwin dari segi urusan rasmi. Ia lebih kepada urusan rasmi yang melibatkan pendaftaran, penyediaan dokumen dan urusan di Jabatan Agama Islam. Berikut adalah langkah-langkah tersebut mengkut turutan:-

1. Sediakan dokumen-dokumen rasmi secukupnya. Dokumen-dokumen tersebut adalah:

Salinan IC
Salinan Surat Beranak
Salinan Surat Nikah Ibubapa
Salinan IC wali
Gambar pasport bersongkok/bertudung
Salinan Sijik Kursus Pra-perkahwinan
Kebenaran majikan bagi anggotan Polis dan Tentera
Surat pengakuan bujang dari majikan atau Ketua Kampung (lelaki sahaja)
Surat cerai jika pernah berkahwin sebelum ini
2. Menghadiri kursus pra-perkahwinan.

3. Dapatkan wali.

4. Menjalani ujian HIV. Prosedur ini wajib dilakukan hanya di hospital kerajaan sahaja.

5. Permohonan kebenaran berkahwin di Jabatan Agama Islam Negeri.

6. Pendaftaran perkahwinan anda selepas majlis akad nikah. Prosedur ini hendaklah dilakukan dalam masa 7 hari dari tarikh anda bernikah.

Itulah dia beberapa langkah dan prosedur yang wajib anda lalui jikalau ingin berkahwin. Anda boleh rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing anda untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment