Assalamualaikum..
Dulu Aku permata tanpa bekas kaca..
Aku di jual.. di letakkan di atas para untuk tatapan..
Tapi setiap ada yang berkenan..
Pasti mereka mahu yang baru..
yang masih didalam bekas..
Sedihnya aku..
Aku sentiasa berdebu..
Bila aku berdebu.. Pasti ada yang datang untuk membersihkan debu ku..
Aku rimas.. asik di usik.. asik di pegang..
Tapi Tiada yang mahu membeli ku..
Tapi aku tetap permata..
Aku masih bernilai..
Cuma Aku bukan di dalam bekas...
Satu hari engkau datang..
Engkau membisikkan kepada aku..
"Engkau permata.."
"Engkau bernilai.."
"Walaupun Engkau diLetakkan untuk Tayangan.."
"Tapi engkau patut di Lindungi.."
Jadi Engkau meletakkan bekas kaca..
Untuk menutupi Ku..
Mula-mula tu aku rimas..
Tapi lama-lama aku rasa selamat..
Tiada lagi debu..
Tiada lagi orang yang memegangku..
Harga Ku menjadi semakin mahal..
Kerana aku diletakkan didalam bekas kaca..
Aku nampak eksklusif...
Gembiranya Aku..
Tiba-tiba..
Cermin kaca ku retak..
Engkau Datang..
Dengan Lembut engkau Membaiki bekas kaca Ku..
Tanpa engkau Menyentuh Ku..
Engkau Membisikkan pada Ku lagi..
"Engkau Permata"..
"Engkau Patut DiLindungi"..
"Kerana Engkau Sangat Bernilai"..
"Hanya Mereka Yang Mampu menjaga Engkau sahaja.. Yang Layak Untuk Mu"..
Wahai Wanita..
Engkau Ibarat Permata di dalam Kaca..
Engkau Berharga..
Engkau Bernilai..
Engkau Mahal Harganya..
Jadi Engkau Jaga Lah Nilai Itu..
Kerana Engkau Pasti Akan memhami Harga di sebalik Nilai Itu...
Terima Kasih..
Kerana Membuatkan Ku Permata..
Di dalam Bekas Kaca HidupMu...
No comments:
Post a Comment