Wednesday, November 24, 2010

..BerBunGa CiNTa AisyaH di HaTi RasuLLah..

... BisMiLLah..

.. AssaLaMuaLaikum..
.. Dua Hari lepas saya dapat hadiah dari seorang kawan sempena Hari Jadi saya yang ke 2_o .. opsss.. dah Tua dah.. Hadiah ni sangat istimewa sebabnya buku yang berkisah kan bagaimana mahu menjadi isteri yang solehah.. "BERBUNGA CINTA AISYAH DI HATI RASULLAH".. Buku ini sesuai untuk di baca oleh kaum wanita sebabnya.. banyak panduan dan kata-kata yang boleh dijadikan motivasi untuk menjadi wanita, isteri, anak yang solehah.. untuk wanita yang bakal menempuh alam perkahwinan pun sangat lah sesuai.. sebabnya ada ayat-ayat yang kita boleh jadikan renungan...

Disini saya copy and paste kan ayat yang saya rasa mudah untuk kita tafsirkan.Bezakan skrip kegagalan dan Skrip Kejayaan...

Skrip Kegagalan :
Usah dambakan isteri sehebat khadijah.. Jika diri tidak semulia Rasullah..
Tidak Perlu isteri secantik Balqis.. Andai diri tidak sehebat Sulaiman..
Usah Mengharapkan Suami setampan Yusuf.. Jika kasih tidak setulus Zulaikha..
Tidak Perlu mencari suami seteguh Ibrahim.. Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..
Usah Bermimpi mendapat lelaki seperti Ali.. Jika diri tidak sehebat Fatimah..

Skrip Kejayaan :
Aku dambakan isteri sehebat Khadijah.. Aku cuba mengikut akhlak semulia Rasullah..
Jika aku ingin isteri secantik Balqis.. Aku pelajari dan hayati Kehebatan Sulaiman..
Jika aku mengharapkan suami setampan Yusuf.. Kasih setulus Zulaikha aku usahakan..
Aku mencari suami seteguh Ibrahim.. Lalu aku harus sekuat Hajar dan Sarah..
Aku bermimpi mendapat lelaki Seperti Ali.. Maka aku mengikuti hebatnya Fatimah...

Allah S.w.t Tidak menilai pada hasil tetapi pada usaha sungguh-sungguh kita menyempurnakan kebaikan.. dalam hal ini adalah usaha kita menjadikan diri bagaikan Aisyah Dalam dunia cinta.. Wallahualam...

No comments:

Post a Comment