Sunday, April 26, 2009

.. JODOH MENCARI ATAU MENUNGGU...


Sama ada lelaki atau wanita perlulah berusaha mencari jodoh.Bukan hanya menunggu tanpa ada usaha.Tidak kira wanita yang mulakan dulu atau lelaki yang mulakan dulu.Namun sebelum berusaha mencari pasangan,pastikan dulu bahawa kita sudah bersedia atau tidak untuk berkahwin?Jika belum bersedia maka tinggalkan sementara hal jodoh.Terutama para pelajar.
Tidak salah untuk berkahwin semasa belajar terutama yang berada di University,namun macam saya katakan,fikir dahulu adakah anda sudah bersedia atau tidak.Kalau anda sudah bersedia,maka cepat-cepatlah mencari jodoh.
Syeikh Muhammad bin Saleh Usaimin pernah membicarakan hal jodoh ini didalam kitab beliau yang bertajuk "Al-Qada' wal Qadar".Kata beliau:Janganlah anda mengatakan bahawa rezeki itu telah tertulis dan telah dibatasi dan aku tidak akan melakukan apa-apa. Perkataan itu adalah satu bentuk kelemahan.Sedangkan yang disebutkan kepandaian adalah anda berupaya mencari rezeki dan perkara yang bermanfaat bagi anda.
Sama ada untuk agama atau diri anda.Nabi Muhamad SAW bersabda:Seorang yang pandai adalah orang yang berusaha untuk dirinya dan beramal untuk bekal setelah mati.Sedangkan orang yang lemah adalah orang yang hanya mengikut hawa nafsu dan berangan-angan(hanya menunggu,tanpa ada perlaksanaan).Sebagaimana rezeki sudah ditakdirkan bersama sebab-sebabnya,begitu juga dengan perihal jodoh.Masing-masing telah tertulis akan jodohnya.
Bagi Allah tidak ada rahsia sama ada di langit atau di bumi.akhir kata“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan”WaAllahualam...
P/S : Petikan dr iluvislam

No comments:

Post a Comment