Wednesday, April 29, 2009

..Hampir Dirogol (Kisah benar dari US)..



Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.




Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.





Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.




Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).




Dia pun tanya perogol itu“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu.




Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.MORAL CERITA INI:Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).




Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat.




Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.




Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

.. HADIRNYA TNPA KEHENDAK DIRI..



.. Hadirnya satu perasaan dlm diri ini yg bukannya dtg dr kehendak hati sendiri.. adakah ini fitrah yg ALLAH kurniakn pda setiap hambanya.. perasaan cinta terhadap insan bernama lelaki.. tetapi tertanya aku dalam diri sendiri.. adakah aku sudah cukup bersedia menerima dia sebagai pilihan hati atau pun lebih tepat utk melayari bahtera kehidupan ini bersama.. mungkin iya.. ataupun mungkinkah tidak..

Kadang2 terfikir dlm diri.. ingin skali aku katakan yang aku cukup bersedia utk mengikat satu ikatan yang sah dgn nya.. tp bila difikir semula..sebenarnya aku masih belum bersedia.. masih ada lagi cita2 yang ingin aku gapai.. cita2 yang membawa aku kepada satu jalan hidup yang aku perlukan.. Dan dgn doa dan usaha aku harap semuanya terlaksana.. tp siapalah aku yang hanya insan yg bernama HAMBANYA.. setiap yang dirancang andai bkn atas kehendakNYA masih jugak tidak akan terjadi.. YA ALLAH , engkau permudahkan lah segala2nya..


Kepadanya, aku tuliskan moga engkau sentiasa didlam tauhidNya ..istikarah mencari jawapannya.. aku redha dgn kehendaknya..Andai engkau tercipta utkku.. tp andai bkn engkau milikku.. akan aku doakan engkau mendpat yg lebih baik dr diri ini. setiap kata2nya aku ingati, dan menjadi kan itu satu dorongan utk aku mengubah dri menjadi yang terbaik walaupun tidak sempurna.. sedar dgn kelemahan dan kekurangan diri menjadi kan aku malu dan redha atas apa pun kehendakNYA..



Ya Allah, peliharalah perasaan hawaku ini...Ya Allah..

YA Allah, peliharalah perasaan cintaku ini...YA Allah..

Ya Allah, peliharalah perasaan rinduku ini...Ya Allah..

YA Allah, peliharalah perasaan kasihku ini...YA Allah...

Ya Allah, peliharalah perasaan hatiku ini...Ya Allah.

.YA Allah, peliharalah nafsuku ini...YA Allah...

Ya Allah, peliharalah imanku ini...Ya Allah..

Kadang2 rasa malu utk menerima diri nya.. malu dgn kekurangan diri.. malu dgn kelemahan diri.. malu dgn ilmu yg masih sedepa cuma.. malu dgn iman yang masih tergapai2..malu dgn ketidaksempurnaan diri... bg lah masa utk aku memperbaiki diri dan berilah aku masa utk menjadi yg terbaik utk kamu.. doa kan lah moga hubungan ini sentiasa dibwah redhaNYA..


" YA Allah seandainya dia diciptakan mnjdi milikku,baik utkku duniaku dan akhiratku..maka satukanlah kami dlm ikatan pernikahan..


tetapi Ya Allah....seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku duniaku dan akhiratku, maka jauhkan lah ingatan kami dn hubungkanlh kami sbg persaudaraan islam.."


اللهم ارزقني زوجا صالحا يخطبنني و يتزوجني و يكون صاحبا في الدين و الدنيا و الأخرة


maksudnya: ya ALLAH, kurniakanlah aku suami yg soleh yg akan meminangiku dan menikahiku dan yang akan menjadi temanku pada agamaku, dunia dan akhirat ,amin

"Yang dicari walau bukan puteri raja, biarlah puteri agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi"



.. 10 CARA MEMBINA MOTIVASI DIRI ...

10 Cara Membina Motivasi Diri
www.iluvislam.com
dihantar oleh: supriyani
Editor: ar-ruhul JADEED


Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan
Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.
Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran positif
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupi
Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah
Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

Tuesday, April 28, 2009

. KONVENSYEN "BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS"..

~berakhirnya agenda zionis~
KONVENSYEN Berakhirnya Agenda Zionis Israel!PaStI MaHu PerGi!!!
Aman Palestin Berhad adalah sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan. Ia ditubuhkan untuk membangunkan kefahaman masyarakat Malaysia mengenai isu-isu Palestin. Dalam memikul tanggungjawab yang besar dan mulia ini, semua peringkat di dalam masyarakat diajak untuk bersama-sama menyokong usaha bagi membebaskan bumi Anbia’ yang bersejarah daripada cengkaman Zionis. Ia memerlukan kerjasama yang erat di dalam menangani isu ini.


Tidak dinafikan lagi bahawa dunia kini menyaksikan kerakusan Zionis dalam usaha mencapai cita-cita besar mereka. Zionis mempunyai agenda utama tersendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi, iaitu agenda menubuhkan sebuah negara yang dinamakan “Israel Raya”. Apa yang disaksikan kini, agenda mendirikan sebuah negara yang besar itu tidak mungkin akan tercapai dalam keadaan mereka ditentang dengan penentangan yang amat kuat, sehingga mereka terpaksa berundur sedikit demi sedikit pada ketika dan saat ini.


Justeru itu Aman Palestin dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan satu seminar yang bertajuk “Berakhirnya Agenda Zionis” bagi memberikan penjelasan kepada masyarakat khususnya golongan belia supaya melihat semula kegagalan Zionis di dalam mendirikan sebuah negara yang agung tersebut.
Objektif


Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat khususnya golongan
belia terhadap agenda Zionis yang paling utama untuk menguasai dunia sudah berakhir.


Membangkitkan kesedaran tentang bahaya projek Zionis untuk menguasai dunia dan sejauh manakah kesan kewujudan mereka kepada dunia sejagat.


Membuat pendedahan kepada masyarakat terhadap propaganda Zionis di dalam mendirikan Israel Raya.


Memberikan persepsi yang sebenar kepada masyarakat terhadap status terkini agenda Zionis.


Memberikan kesedaran tentang langkah-langkah yang boleh dimainkan oleh masyarakat bagi menghadapi agenda Zionis.


Hari/Tarikh:
Sabtu/9 Mei 2009


Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang


Tempat:
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)


Yuran Penyertaan:
RM 10.00 (yuran penyertaan boleh dibayar pada hari konvensyen tersebut di kaunter pendaftaran)


* Untuk pengesahan kehadiran, sila hantarkan nama dan nombor IC pada 0196077372.
PEMBENTANG


Dr. Mohsen SalehPengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT), London


Dr. Azzam al-TamimiPengarah Besar, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Az-Zaytouna, Lubnan


Dr. Roslan b Mohd NorPenerima Anugerah Akademik Institut Al-Makhtoum 2003 & 2006 PhD in 'Islamic Jerusalem Studies', Aberdeen University ScotlandATURCARA KONVESYEN


8.00 - 8.30 PAGI:

Pendaftaran Peserta

8.30 - 9.30 PAGI: PEMBENTANGAN I - Dr. Roslan bin Mohd Nor(Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel)

9.30 - 10.00 PAGI: Kehadiran VVIP dan VIPUcapan Alu-aluan - Ustaz Abdullah Zaik b Abd Rahman(Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Sdn Bhd)Ucapan Perasmian - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
10.45 - 11.00 PAGI: Jamuan VVIP dan VIP dan jamuan ringan peserta

11.00 - 12.00 TGH: Pembentangan 2 - Dr. Azzam al-Tamimi(Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis pada Dunia Sejagat)

12.00 - 1.00 TGH: Pembentangan 3 - Dr. Mohsen Saleh(Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan)

1.00 - 2.00 PTG: Rehat, makan dan solat2.00 - 3.00 PTG: Pembentangan 4 - Dr. Azzam al-Tamimi(Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis)3.00 - 4.00 PTG: Pembentangan 5 - Dr. Mohsen Saleh(Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini)4.00 - 5.00 PTG: Majlis PenutupUcapan Penangguhan - Dr. Kamil Azmi TohiranPresiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)


Jadi,marilah sama-sama kita sertainya,demi membuktikan sikap peduli Gaza dalam diri,dan sokongan kepada saudara seIslam kita di sana.Para speaker yang hebat-hebat yang juga antara aktivis ikhwan juga datang dari jauh,dari negara luar untuk bersama-sama kita pada hari itu.Jom membina generasi qudwah GAZA!!


Kami akan cuba mendapatkan bas dari Melaka-bagi pelajar MMU,boleh juga menghubungi saya sekiranya berminat di talian - 013-6286991/mx_dn@yahoo.comBagi para belia yang duduk di sekitar Melaka dan berminat menyertai konvensyen ini, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Saudara Lukman al-Hakim di talian 019-2639964 atau e-mail kepada editor [at] pembinamelaka [dot] com selewat-lewatnya sebelum 1 Mei 2009.Bagi belia yg diluar kawasan melaka anda boleh juga membuat sedemikian:RM 10.00 (yuran penyertaan boleh dibayar pada hari konvensyen tersebut di kaunter pendaftaran)


* Untuk pengesahan kehadiran, sila hantarkan nama dan nombor IC pada 0196077372.
Fastabiqul Khairatwww.iumelaka.com


http://khallys.blogspot.com/

.. UNTUK SAHABAT ..



"SAHABAT........
..Andai hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah ..
Andai ku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta
..Andai ku lemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dgn kehebatan syurga
...andai antara kita ada tembok yang memisahkan,
ajaklah aku meleraikan segera...
....Andai pernah hatimu terluka,
luahkanlah agar aku berubah...
& ...Andai esok ku lena tanpa terjaga..
iringilah lenaku dengan kalungan doa n fatihah...
berjanjilah SAHABAT..
Ukkhuwwah kita utk selamanya......
...Insya'Allah ..."


menghulurkan persahabatan sangat mudah...

mengindahkan sangat payah..

...maka kenanglah satu pertemuan..

..ianye satu kebahagiaan yang tak dapat digambarkan...

Monday, April 27, 2009

.. PESANAN SAHABAT ...

Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan,

pergilah ke tempat kamu ingin pergi,

jadilah seperti yang kamu inginkan,

kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan,

dan satu kesempatan,untuk melakukan hal-hal yang kamu kehendakkan,

moga ianya sentiasa dalam reda tuhan,



Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,

sebab ianya hanya sementara,

jangan pula tertarik kepada kekayaannya,

kerana kekayaan dapat memusnahkan,

Tertariklah kepada seseorang,

yang dapat membuatmu tersenyum,

kerana hanya senyuman yang mampu,

membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah,

Semoga kamu menemukan orang seperti itu,



Semoga kamu mendapatkan,

kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati,

ujian yang cukup untuk membuatmu kuat,

kesedihan yang cukup untuk menjadikanmu manusia,

yang punya rasa simpati,

pengharapan yang cukup untuk menjadikanmu lebih bersemangatdalam menempuh kehidupan,



Disaat satu pintu kebahagiaan tertutup,

pintu yang lain dibukakan,

tetapi acapkali kita terpaku,

pada pintu yang tertutup,

sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan,



Sahabat terbaik adalah dia,

yang dapat bersamamu,

tanpa mengucapkan sepatah katapun,

dan kemudian kamu meninggalkannya,

dengan perasaan telah berbicara lama dengannya.

kerana dia membuatmu bahagia,



Sungguh benar bahawa,

kita tidak tahu apa yang kita miliki,

sampai kita kehilangannya,

tetapi sungguh benar pula bahawa,

kita tidak tahu apa yang belum pernah

kita miliki,sampai kita mendapatkannya,



Orang-orang yang paling berbahagia,

tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,

mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik,

dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya,



Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu,

beberapa orang yang salah,

sebelum bertemu dengan orang yang tepat,

kita harus mengerti,

bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu,



Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis,

mereka yang disakiti hatinya,

mereka yang mencari dan mereka yang mencuba,

Kerana hanya mereka itulah yang menghargai,

pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka



Masa depan yang cerah,

sentiasa ada,

jika kamu tidak melupakan kegagalan dan kesakitan di masa lalu,

jangan pernah mengucapkan selamat tinggal

,jika kamu masih mahu mencuba,

dengan kesungguhan,jangan pernah menyerah

,jika kamu masih merasa sanggup,



Waktu kamu lahir,

kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum,

jalanilah hidupmu dengan bahagia,

sehingga pada waktu kamu mati,

detik itu,kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.


Pesanan Sahabatwww.iLuvislam.comoleh: candle0505

.. Salam Ukhuwah..

..I seek refuge in Allah from Shaytan the accursed. In the name of Allah, The Gracious, Most Merciful..

.. Assalamualaikum..

salam kepada sahabat2 seperjuangan.. ats keinginan melihat kwan2 memilki blog sendiri.. tergerak juga hati sy utk memiliki blog sendiri.. walaupun isi nya tak berapa menarik.. tp mungkin ada sedikit input yg dpt sy kongsi kan bersama2 sahabat..

beberapa artikel yang sy baca didlm iluvislam dirasakan menarik.. sy kongsi kan bersama2 sahabat...

sedikit taaruf dr saya..

.. ASSALAMULAIKUM..AHLAN WASAHLAN WAMARHABANBIKUM..kaifa halukum.. ismi helwanie.. hehehe.. ok lah.. sedikit perkenalan diri dr sy.. Nama penuh Nurul Helwani bt Zainal Abidin.. Ble panGgil helwani@wanie@nurul@angah.. dan sewaktu dgnnya..Umur.. ermmm.. masuk 24 tHn.. dan akan bertambah tua dr tahun ke thn.. huhuhu.. Menuntut ilmu di Multimedia Universiti.. Mempunyai ibu dan ayah yang sgt sempurna bg sya.. idola dlam menjadi wanita ialah ibu sy.. Puan Jamalia Masri..adik beradik tak ramai. cuma 3 org je.. abg.. sy dan adik lelaki.. InsyaALLAH.. masih memperbaiki diri.. kerna terlalu byk kekurangn dan kelemahan..

.. Yang baiknya datang dr ALLAH S.W.T.. yg buruk dan yg kurang itu datang dr kelemahan dan kekurngan sy..

"kenapa impian itu tidak seindah angan2??kenapa khdupan itu tidak semudah perancangan??..wahai hati, itulah kehidupan..sesaat manis akan melupakan setahun pahit..setahun pahit akan menghargai sesaatnya manis..hidup pahit tnpa manis mnjadikan kita lebih cekal dan pandai menghargai..

wahai hati,bersabarlah..bersabarlah..bersabarlah..jika hari ini langit itu cerah,belum tentu cuacanya baik..jika hari ini langit itu hujan,belum tentu cuacanya buruk..wahai diri..simpanlah anganmu..jejaklah d bumi nyata,lihat sekitarmu,hargai apa yg dimiliki..cubalah mghrgai wlu tidak dihargai..

wahai minda..jernihkn dirimu..rungkaikan sgla kekusutan,hilangkn keraguan..bertindaklah secara berhikmah..ingatlah, sekali kita gagal..bukan selamanya gagal..bersabarlah..Ingatlah..di sebalik awan mendung itu tersembunyi sinar mentari yg terang..pahit itu cabaran ttp yg manis itu blum tentu kurniaan..".. Wallahualam..


"UKHWAHFILLAH ABADAN ABADA.."




Sunday, April 26, 2009

.. JODOH MENCARI ATAU MENUNGGU...


Sama ada lelaki atau wanita perlulah berusaha mencari jodoh.Bukan hanya menunggu tanpa ada usaha.Tidak kira wanita yang mulakan dulu atau lelaki yang mulakan dulu.Namun sebelum berusaha mencari pasangan,pastikan dulu bahawa kita sudah bersedia atau tidak untuk berkahwin?Jika belum bersedia maka tinggalkan sementara hal jodoh.Terutama para pelajar.
Tidak salah untuk berkahwin semasa belajar terutama yang berada di University,namun macam saya katakan,fikir dahulu adakah anda sudah bersedia atau tidak.Kalau anda sudah bersedia,maka cepat-cepatlah mencari jodoh.
Syeikh Muhammad bin Saleh Usaimin pernah membicarakan hal jodoh ini didalam kitab beliau yang bertajuk "Al-Qada' wal Qadar".Kata beliau:Janganlah anda mengatakan bahawa rezeki itu telah tertulis dan telah dibatasi dan aku tidak akan melakukan apa-apa. Perkataan itu adalah satu bentuk kelemahan.Sedangkan yang disebutkan kepandaian adalah anda berupaya mencari rezeki dan perkara yang bermanfaat bagi anda.
Sama ada untuk agama atau diri anda.Nabi Muhamad SAW bersabda:Seorang yang pandai adalah orang yang berusaha untuk dirinya dan beramal untuk bekal setelah mati.Sedangkan orang yang lemah adalah orang yang hanya mengikut hawa nafsu dan berangan-angan(hanya menunggu,tanpa ada perlaksanaan).Sebagaimana rezeki sudah ditakdirkan bersama sebab-sebabnya,begitu juga dengan perihal jodoh.Masing-masing telah tertulis akan jodohnya.
Bagi Allah tidak ada rahsia sama ada di langit atau di bumi.akhir kata“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan”WaAllahualam...
P/S : Petikan dr iluvislam

Lemahnya diri ini Baru sikit Allah menguji Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini Baru saja bayu dunia menyapa pipi Sudah melayang tak sedarkan diri Lemahnya diri ini Baru sekelumit keindahan wajah diberi Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini Baru sikit kejayaan diberi Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini Baru sikit buat kebaikan Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini Bila suatu kebajikan dimulakan Tak berdaya nak teruskan Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita Iman sudah bisu menyepi Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini Jalan dakwah kata nak tempuhi Baru saja melangkah kaki Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini Nikmat anugerah IlahiBiar sudah tak terhitung lagi Tapi masih lupa mensyukuri Lemahnya diri ini Asyik lagha dengan urusan duniawi Tak pernah khuatir amalan diterima Atau dipaling

Lemahnya diri ini Bagaimana nak sahut seruan jihad? Baru sikit dilukai Sudah menangis meratapi Lemahnya diri ini Lupa matlamat lupa syari’at Terkejar-kejar yang tak pasti Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini Asyik ketawa tak kering gusi Lupa menangis mengingat MATI… Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah kami Biar hanya mampu merangkak

Itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku

Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...Ya Rabbal’alamin.

Ya Allah permudahkanlah urusan ku

Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menempuh cabaran tika dan saat ini

Ya Allah jadikanlah hambamu bijak membahagikan masa Antara mencari ilmu mengulangkaji ilmu mentelaah ilmu mencari pengalaman menjalankan tanggungjawab mencari kekuatan dan mencari Keredhaan mu Ya Allah

Ya Allah tetapkanlah hatiku dan niatku Menuntut ilmu hanya keranamu Agamamu dan Bangsaku

Ya Allah jadikanlah ilmu yang kucari Hikmah yang Kau beri kefahaman dan yang Kau campakkan Dapat meningkatkan Iman dan Takwaku pada Mu

Ya Allah jadikanlah hatiku sabar dengan segala cabaran dan masalah yang akan menimpaku Jadikanlah ia satu hikmah yang bernilai bagi mendewasakan ku

Ya Allah berikanlah daku kejayaan yang direhai oleh mu Amin ya rabbal alamin.....


.. ENGKAU BIDADARI KU ...








“ wildad tunggu dulu”.. panggil ainul dr jauh. “Ye ainul, nape? Ade yg wildad ble tolong ke?”.. “wildad nak kemana ni?”.. Tanya ainul lg..” owh wildad nak ke masjid ade sister gathering di masjid dan kebetulan zohor wildad nak berjemaah dimasjid.. lgpun tajuk sister gathering arini menarik tau..” “owh ye ke.. Ainul ade presentation ni, kebetulan jumpa wildad ni, ainul nak pulangkan buku wildad.. menarik kisah ni..” “APABILA CINTA BERTASBIH”.. ainul pergi dulu ye wildad, assalamualaikum”.. “waalaikumsalam”..
Wildad Humairah nama yang selalu kudengar.. ciri-ciri seorang muslimah dambaan laki.. tp layakkah diri ini utk mendekati nya.. bisik hati kecilku ini.. Ya ALLAH jgn la Engkau jauh kan hati ini mencintai Mu dan jgn la Engkau biarkan rasa cinta ini melebihi rasa cinta ku pada MU YA ALLAH.. ingin skali hati ini menjadi miliknya.. wildad humairah.. “ hah.. jauh berangan huzaifah.. apa yang dimenungkan tu”.. Tanya farid kwn sebilik aku.. “dah la.. dah terlambat nak kemasjid ni.. nnt terlepas pulak berjemaah zohor dimasjid”.. berlalu la kami dr library Siti Hasmah di MMU..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah dua sem berlalu.. dh lama rasanya tak terserempak dgn wildad humairah.. gadis yang selalu aktif dalam aktiviti usrah.. tapi rasanya sejak dr sem lepas tk kelihatan di kampus mahupun di dalam usrah.. “ ermm.. maybe dia sibuk kot”.. ni kan last sem dia.. dan jugak aku.. hehehe.. kejup je masa berlalu..”
selepas 6 bulan aku mulakan kerja di TM.. company di mana yang membiayai pengajian aku sepanjang di Multimedia Universiti.. terdengar pulak panggilan telefon dr salah seorang tanzim usrah.. fadli namanya.. “ Assalamualaikum huzaifah..” “ waalaikumsalam”.. jawab ku lagi..” “ masih ingat sape ni?”.. mestilah ingat.. fadli kan.. salah seorang pelajar dean list dalam fakulti engineering.. btul tak?.. “ apa kurangnya awk, huzaifah pelajar cemerlang jugak..” sakat fadli lagi.. “ ada hal skit nak bagtau.. insyaALLAH institusi Usrah akan adakan Alumni.. dijemput hadir di hotel Angkasa MITC pada minggu hadapan..”.. “ insyaALLAH.. sy akan hadir lgpun rindu sgt dgn kwn2 lama dulu..”. “ bagus la macam tu.. jmpa disana nnt ya.. assalamualaikum”.. “ waalaikumslm w.t..”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tak sangka ramai jugak tanzim2 mahupun exco2 usrah yang hadir.. tetiba terdengar satu panggilan nama.. “ wildad anta apa kabar?..” pusingku kea rah panggilan tu.. Ya ALLAH jaga la pandangan hati dan pandangan mataku YA ALLAH..lindungi la aku dgn fitnah dunia Ya ALLAH.. senyuman yang terguris di wajahnya amat tenang.. tp nape wajahnya kelihatan lesu dan pucat.. MasyaALLAH.. napa dgn diri ini.. cpt2 ku berpaling dan berlalu kearah fadli..
“ kami balik dulu ye Huzaifah..” sapa fadli sambil berlalu.. “ jumpa lg.. drive elok2.. kalu kawin jgn lupa jemput”.. usik ku lagi.. aku pun berlalu pulang.. penat rasa nya badan.. wildad humairah setelah sekian lama tidak ketemu.. senyum ku sorang2..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Asslamualaikum huzaifah.. ni ibu ni.. ayah di hospital sekarang kene darah tinggi.. ayah kene tahan wad ni.. di hospital pakar ampang putri. Datang ya lepas balik keje”.. “ teruk ke ibu keadaan ayah?..” “ tak ada la teruk sangat. Ayah kamu ni degil brapa kali ibu kata jgn mkn durian tu.. nak jugak..”.. jawab ibuku lg.. “ tak pe lah ibu.. nnt huzaifah dtg ya ibu.. asssalamualaikum..” “ waalaikumslam”.. jawab wanita yang amat aku sayangi.. ibuku..
“ ibu, huzaifah nak ke masjid nak solat magrib sekejup..”.. baiklah ibu solat disini je”.. selepas solat aku singgah dicafe utk membeli makanan yang berkhasiat utk ayah.. harapan ku semoga kesihatan ayah cpt sembuh.. dr jauh aku terpandang sekujur badan yang seolah2 aku kenal.. itulah ainul kwn rapat wildad humairah.. “ Assalamualaikum ainul..” “ waalaikumsalam huzaifah”.. “ awk ade medical check up ke?” tnya ku pada ainul..” ehh… taka de la.. ainul dtg melawat wildad..” “ kenapa dgn wildad, ainul?’’.. Tanya ku lagi dgn mengharap jawapan yang segera dari ainul.. ‘ owh tak ada ape2.. ainul pergi dulu ye huzaifah.. assalamualaikum”.. waalaikumslm.. berlalu nya ainul meninggal kan seribu satu persoalan pada ku.. kenapa dgn wildad??..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ wildad tadi ainul terserempak dgn huzaifah di café.. huzaifah menanyakan hal nape ainul disini”.. “ Ainul terlepas ckp ainul melawat wildad disini.. maafkan ainul ya wildad..”.. “ tak ape la ainul.. wildad tk salahkan ainul”.. kata wildad dgn senyuman yang sentiasa terukir diwajahnya.. aku dpt rasakan rasa cinta yang wujud antara mereka.. biarpun mulut mereka tidak berkata2 tp mungkin jgk inilah dinama cinta yang wujud hanya kerana ALLAH..
“ ainul tolong amik kan al-quran atas meja tu.. wildad nak abeskan beberapa juzuk lagi.. insyaALLAH wildad harap wildad sempat khatam utk terakhir kalinya..”.. senyum wildad lagi.. nnt lepas wildad abeskn bacaan ni.. ainul imamkan wildad utk solat isya’ ya..” .. baiklah wildad.. senyumku lagi..
Wildad yang kukenal mmg seorang yang tabah, tk pernah lagi aku lihat dia patah semngat walaupun dengan keadaan sekarang dia bertarung nyawa utk meneruskan hidup.. Ya ALLAH. Aku tahu Engkau amat menyanyangi sahabatku ini.. doaku moga Engkau kurang kan la rasa kesakitan yang ditanggung sahabat ku ini Ya ALLAH.. tak sanggup rasanya melihat keadaanya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Ainul tolonglah bagitau huzaifah.. kenapa dgn wildad?..” .. ainul bkn taknak bgtau huzaifah.. tp wildad yang minta ainul rahsiakan..”.. “ huzaifah hanya harapkan jawapan sebelum segalanya terlambat.”..pinta ku pada ainul.. “ wildad hnya minta andai huzaifah bertanya kan halnya.. dia minta doakan lah kesejahteraan nya didunia mahupun akhirat..” itulah jawapan ringkas dr ainul..
Ya ALLAH benar kah dgn apa yang aku dengar ni.. Wildad Humairah sedang bertarung nyawa dgn penyakitnya.. kanser rahim.. hnya 3 bulan sahaja hayatnya.. kenyataan itu bagaikan kilat seolah2 memetir kan diri ini.. benarkah apa yang aku dgr dr ainul..Ya RAHIM. tidakkah terlalu muda utk dia menanggung derita ini.. Mungkin benar.. ALLAH tidak akan memberi ujian itu jika hambaNYA tidak mampu menghadapi nya.. Mungkin ini la ujian pada dirinya.. kerana Engkau Pencipta NYA Ya ALLAH..
“ Ibu huzaifah mencintai seorang gadis ibu.. huzaifah ingin meminta izin ayah dan ibu utk merestui perkahwinan ini.. mungkin perit utk ibu terima tp benarkan lah huzaifah utk meneruskan niat ini ibu, ayah.”..bentakku lagi.. “ Ibu dan ayah dah tahu semuanya.. wildad humairah.. gadis itu anak pada kawan ibu.. ibu dah tau semuanya huzaifah.. ibu dan ayah tak kan menghalang niat kamu.. malah ibu dan ayah merestuinya.. bincangkan la elok2 dengan family wildad..”senyum ibuku memberi jawapan yang penuh makna bg diri ku.. “ terima kasih ibu ayah”.. air mata berlinang tanpa ku sedari tanda syukur pada MU kerana menghadiahkan ibu dan ayah yang memahami..



“ pakcik dan makcik bkn menghalang niat kamu.. tp pakcik tak sanggup melihat penderitaan kamu nnt..”. “ tolong la pakcik makcik benarkan lah diri ini halal utk wildad.utk menjaganya.. Biarpun hanya sementara tp itu sdh cukup buat saya. Demi ALLAH akn saya bahagia kan nya walaupun utk seketika waktu”.. hanya linangan air mata sahaja yang menggambarkan jawapan dr wildad humairah.. jauh disudut hatinya.. dia juga mencintai lelaki yg bernama Huzaifah..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ terima kasih syg kerna menerima diri abg..”.. kucupan syg ku hinggap didahi wanita yang amat ku cintai kini.. dan cinta ini hanya kerana MU Ya ALLAH.. “ bkn abg yg patut ucapkan ucapan tu.. syg yang patut ucapkan.. syg ingin meminta maaf andai abg trima diri ini tidak sempurna.. maafkan lah syg abg. Dan terima kasih syg ucapkan kerana sudi menemani diri ini walaupun hanya seketika..” setitis titisan jernih keluar dr kelopak mata lesu yang ingin skali aku tatap setiap hari..
“abg bgn abg.. mari kita solat subuh bersama..” sejak diri ini halal bg nya.. itu lah suara yang mengejut kan aku ketika subuh.. walaupun hanya kudengar dr seorang wanita yang hanya mampu mengerakkan tubuh nya dikatil pesakit.. tp itu sudah cukup membahgiakan aku.. dan aku harap akan ku dengar setiap hari walaupun permintaan itu tidak mungkin.. Ya ALLAH.. perit nya dugaan ini Ya ALLAH..
“ kita mengaji sama2 ya syg.. lepas mengaji ni abg suapkan syg.. arini ibu masak special tau.. bubur ayam khas utk isteri abg yang tercinta ini..” “ terima kasih abg.”..
“ Maaf puan lepas ni puan diminta utk kemoterapi utk cuci darah”.. “ terima kasih nurse”.. “abg temankn syg ya”.. pinta ku pada isteriku.. hanya senyuman nya sahaja yang menjawab..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ku lihat dari jauh air mata nya berlinang dipipinya yang naif itu.. walaupun dia tidak menjerit keperitan tp aku tahu dia sedang meronta kesakitan..hanya dgn senyuman ini aku memberikan semangat padanya.. Ya ALLAH ingin skali aku menggantikan tempat nya.. supaya hanya aku yang menanggung kesakitan utknya.. Engkau bagilah kekuatan pada isteriku YA ALLAH..
“ sakit tak td syg?’’.. “ tak la abg.. biasa je.. bagai kene gigit semut je..” kulihat wajahnya mengerut kesakitan.. ku genggam erat tangannya sekadar utk meringan kesakitannya.. “ abg ingat malam ni abg nak buat surprise utk syg..” “ apa dia abg? Tak nak bgtau syg’’.. “ kalu abg bgtau syg tak surprise la”..

“Huzaifah.. bgn!.. kamu terlelap ke?.”.. itu suara ibuku.. mana suara isteri ku yang patut mengejutkan aku.. “ syg napa syg tak kejutkan abg subuh.. letih ya semalam kemo?..’’ku tarik tgnku dr gengaman nya ‘ abg solat sekejup ya syg..” ibu tolong tengok2kan wildad. Huzaifah nak qada’ solat dulu..”

Tp sewaktu solat tetiba hati ini rasa lain macam tak kusyuk solat ku memikirkanya.. knapa wildad tk mengejut kan aku”..Ya ALLAH ampuni lah dosaku.. segera aku pergi menjenguk isteriku.. “ ibu.. napa ibu menangis.. kenapa ibu?..” “wildad.. huzaifah.. dia dah pergi meninggalkan kita..” tangis ibu ku lgi.. “tak mungkin ibu.. tak mungkin.. baru malam td wildad ada borak2 dgn huzaifah.. tak mungkin.. wildad adakan ibu..”
“ terima lah kenyataan ini huzaifah..terima lah nak.. redha kan lah pemergiannya”.. “ innalillah hi wain na irajiun..”.. Ya ALLAH.. aku redha Ya ALLAH.. aku redha.. Engkau lebih menyanyangi nya Ya ALLAH..aku Pasrah dgn ketentuan MU..
Ku kucup dahinya utk kali terakhir.. bersih wajahnya.. seolah2 meminta aku redha dgn pemergiannya.. terima kasih syg.. walaupun hanya seketika itulah waktu yang paling membahgiakan abg.. abg cintakan syg.. demi ALLAH..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Amin… hanya iringan yasin, doa dan AL-FATIHAH akan ku beri pada mu.. wahai bidadariku…
P/S: Percaya atau tidak.. ini lah hasil karangan yg tak seberapa dr saya.. insyaALLAH akan diperbaiki mutu tulisan..