Sunday, September 27, 2009

.. Aku Menyayangimu Kerana Allah...


Duhai sahabat..

Andai perkenalan kita ini diredhai Allah

Engkau genggamlah ukhuwah ini

Dengan keikhlasan yang kudus

Dengan rasa cinta kepada Illahi


Duhai sahabat...

Tatkala air mata turun laju membasahi pipiku

Kau seka air mataku

Kau hadir di sisiku meminjamkan bahu

Untukku lepas segala tangis yang terpendam di hati

Lalu kau tatap wajahku

Dan kau hadiahkan ukiran senyum terindah buatku


Duhai sahabat...

Di saat aku terleka akan cinta terhadap duniawi

Kau berulang-kali menegurku dengan selembut-lembut perkataan

Kau datang kepadaku membisikkan kalimat Illahi...

"Cinta dunia tidak ke mana,

kejarlah cinta Allah,InsyaAllah kita ke Al-Jannah!"

Dan aku tersedar dari buaiku...


Duhai sahabat...

Sesalku tidak terungkap

Sewaktu dulu aku mencarik sukmamu

Sewaktu dulu aku mengguris perasaanmu

Kau tidak mengungkitnya kembali...

Sesungguhnya hatiku terkesan dengan kata-katamu

"Aku sayangi engkau demi Allah,

Aku sayangi engkau kerana Allah,

Dan aku tidakkan mahu memutuskan ukhwah ini,kerana Allah...


"Duhai sahabat...

Masih segar di ingatanku

Tika ada perselisihan faham antara kita

Akibat aniaya orang ketiga

Kau duduk di hadapanku dengan linangan air mata teresak-esak

Kau tebalkan muka memohon maaf kepadaku walau itu bukan salahmu

Dan aku memalingkan wajahku

Menyembunyikan cucuran manik-manik jernih yang tidak dapat ditahan lagi

"Allah sedang menguji kita, sejauh mana kuatnya kita mempertahankan,

Ikatan persahabatan yang kita jalinkan di atas muka bumiNya..

"Dan aku terangguk-angguk sedangkan hati ini masih celaru

Kau rangkul tubuhkuDan aku yakin, kaulah sahabatku yang satu...


Duhai sahabat...

Tika itu aku merasa sebak

Beruntungnya aku mempunyai sahabat sepertimu...


Duhai sahabat...

Aku berharap agar aku mampu

Menjadi seorang sahabat sama sepertimu

Sahabat yang menyayangi aku,

Sahabat yang mengasihi aku,

Hanya kerana ketulusan cinta kepada Allah

Lalu aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi

Moga Allah utuhkan ukhuwah kitaYang terjalin selama ini...

Berterusan hinggalah ke Al-Jannah...InsyaAllah!


Dengan setitis air mata

Aku mahu mengkhabarkan kepadamu sesuatu,

Sesuatu yang tidak pernah ku ungkapkan pada zahirnya...

Ikatan Ukwah antara kita adalah kerana sayangnya ALLAH pada hambaNYA..

Yang mempertemukan kamu dengan diri ini..

Saturday, September 26, 2009

.. Mana Satu Pilihan Hati..


... Bismillah..
.. Assalamualaikum..

.. Kisah ini saya baca dalam iluvislam yang saya rasakan patut saya kongsi dengan sahabat2 yang sedang memilih pilihan hati.. mungkin jugak untuk diajukan pada diri sendiri.. sama lah kita hayati mungkin ada maksud yang tersirat yang dapat kita rungkaikan.. insyaALLAH..
Mana Satu Pilihan Hati
oleh: aisyahhumaira
Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ” Mak jawab, “dua-dua bukan..” Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?”
Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..” Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur..
Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.”
Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.. “Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. “Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong..
Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak.
Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.
Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. “Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak.
Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin..
Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia..
Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Thursday, September 17, 2009

.. KesUKaaN...


Bismillah..
Assalamulaikum..
Ermm.. ni ada lah kes tak ada keje duduk kat ofis.. ni namanya dah bosan tahap impak maksima.. huhuhu.. sebenarnya masa gambar2 ni diambil lagi 30 minit dah nak balik.. muka pun muka lapar je.. hehehe..


"Ya Ampun wanie.. napa diambil gambarnya kak umi" itulah dialog kat umi.. one of the cleaner kat ofis tp suka sangat datng berborak dengan saya..pantang nampak saya seorang.. "kak umi.. nnt kangen sama kamu.. diambilnya gambar ini".. hehehe...itulah dialog saya..


" cantik juga ya wanie.. kalu gambarnya telah diambil" dialog kedua kak umi.. hehehe.. apa lagi berposing la kami..

.. Gambar ini diambil sebelum kedatangan kak umi.. ni namanya kalu btl2 dah tak ada keje.. syok sendiri namanya.. hahaha..



"kak umi.. tunjuk lah peace.." peace... pandai nya kak umi.. "kamu ni wanie.. ada2 aja..yelah2 kak umi buat peace..mana?? dua jari ini ya wanie..".. dialog kami ketika gambar ditangkap.. hehehe...



..ermmm... oklah kak umi..banyak sgt dah kita tangkap ni.. senyum skit kak umi...



"napa diambilnya gambar kak umi..mulutnya tertutup gitu wanie..".. hehehe.. kata2 dari kak umi..
.. Actually kak umi ni orangnya dari jawa..
..oklah,.. saja je nak menambah koleksi cerita dalam blog ni.. hehehe. sempena lagi beberapa hari lgi kita nak mengabeskan puasa ini.. marilah kita membuat persiapan utk hari raya yang bakal menjelma ini,, selamat hari raya maaf zahir dan batin...
..wassalam...






Wednesday, September 16, 2009

.. IsTimeWaNya HaWa ...


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku Membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk beradadisisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada." Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali... . Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita! kerana, Setiap Wanita itu Cantik...janganlah takut kepada kekecewaan dan janganlah sesekali mengecewakan orang lain.


Tuesday, September 15, 2009

.. CeRiTa ..



Bismillah..

Assalamualaikum..

.. ermm.. tgh menghitung hari kita dah nak beraya... sekejup sahaja masa berlalu, rasa macam baru je kita mula puasa.. tengok2 dah nak raya.. cerita pasal raya ni... tahun ini kami sekeluarga beraya dikampung ayah. di besut.. terengganu tp dah nak dekat ngan kelantan.. lama tak balik sana.. rindu juga nak makan ketupat manis mok ngah buat..memang pure>> nak makan pulut panggang..lg satu yang meriahnya pg2 raya dah makan nasi berlauk, nasi dagang, nasi gulai dan macam2 lah.. tahun ni yang seronok nya balik raya sebab 2 cousin kahwin.. ermm.. dua2 lelaki.. nasib.. kalau tak???... hehehe..

.. shopping raya???.. beli sekadar yang perlu je.. hee..

.. biskut raya??... emak dah beli dah.. semua kuih tunjuk... ermm..

.. baju raya???..ermm.. pakai yang mana ada je lah kan.. heee... :0

.. kasut raya??.. tak ada pun..pun pakai yang mana muat...

.. persiapan raya??.. ala kadar je..


kenapa gambar ini diupload ye.. tak ada kene mengena ngan raya pun.. heee.. sebenarnya rindu sama itu orang.. itu orang semua tak ada rindu sama saya.. hahaha...


.. Ok lah.. di kesempatan ini juga.. saya nak minta maaf zahir dan batin andai diri ini ada berbuat salah atau mengecilkan hati mana2 pihak.. minta ampun dari hujung ke hujung.. pada sahabat2 yang nak beraya dirumah saya..dipersilakan sangat2.. kita meriahkan suasana raya.. tp jagn lupa amalan pun kita kene dahulukan.. yang mana baik kita teruskan.. yang mana tak elok.. kita muhasabah diri kita... insyaALLAH..


.. SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN..


..Wassalam..

Wednesday, September 9, 2009

.. HE IS THERE...

Some might say this world today shows

God's left us to our mistakes oh

He has never been so far away

Some might say

How could any father stand

To see his children across so many lands

Suffer so and give no helping hand

No helping hand

And somewhere tonight

Far away and out of sight

There's a child that's too weak to cry

Look deep in those eyes

Can't you see him in disguise?

Reaching out to the heart that's in you and I

In every tear

That is where

He is there

He's the hand that wipes that brow

He's the tear that trickles down

Upon the face that cries without a sound

'We need you now'

What a simple choice to make

Between what you give and what you take

When what you give

Such precious life precious life would save

Life would save

Look again don't hide your eyes

He is there in disguise

Reaching out to you and I

He is there in every tear

Not far away he's right here

Oh how could he be more near

Tuesday, September 8, 2009

.. YA ALLAH.. kalu ini ujian yang ENGKAU berikan kepada aku.. aku mohon YA ALLAH.. jangan sekali sekali ENGKAU menjauhi aku.. tak semudah Itu aku mampu tanggung dugaan yang ENGKAU berikan pada hambaMU yang selemah-lemah insan ini.. masih adakah jalan untuk aku redha dengan ketentuanMU ini.. sungguh!! YA ALLAH aku dah tak larat dan tak mampu nak hadapi untuk kedua kali nya... Pimpin la aku andai aku patah semangat.. berikan lah aku sahabat2 yang menguatkan semangat aku... Redha kan lah jiwaku.. pasrah kan lah hati ku.. Kuatkan lah semangat ku YA ALLAH.. aku mohon padaMU...

Monday, September 7, 2009

..INDAHNYA KALAU KITA FAHAM HIKMAHNYA..


Memang Allah Sengaja..... Memang Allah sengaja.... *

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. *

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolon gan ALLAH. *

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA. * memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL. Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. .

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA

Saturday, September 5, 2009

..Bicara CINTA ..



Mengapa?Hati ku kerasJiwa ku kasar

Perasaan ku rapuh

Fikiran ku kusut

Tatkala diri bicara agama

Batinku terasa perit

Segalanya dirasakan malas sekali

Berat telinga menadah madah

bicara kata penuh tarbiyah


Mengapa??

Hatiku lembut pada dunia

Mataku terpesona pada jelita

Jiwa ku tenang dengan lafaz cinta

Batin ku riang dengan harta

Segalanya dirasakan indah sekali

Puas nafsu pujian buat diri

Mungkin satu…Yang benar-benar meracuni hatiku!

Mehnah zaman remaja

Pasti ramai yang teruja

Pastinya“ CINTA”

Sentuhan tangannya menghangat suasana

Jiwaku jadi layu

Jeritan batin yang menghalang

Lantaran khoshyatullah

Dipagar hina oleh nafsu bertuankan iblis!


Aku lemahHanyut dalam hangatnya cinta

Aku tidak berdaya menolak pinta nya

Kasihan untuk mendera jiwanya‘dia tulus cintakan aku’

Hati mudah melafaz cinta

Sedang bukan pada Pencipta

Ke mana hati ku hanyut..Jiwa ku penuh rindu

Pada makhluk ciptaan Tuhanku

Yang masih BELUM menjadi milikku

Malahan mungkin juga BUKAN untukku

Siapa tahu??Bisa kau rencanakannya untukku?


Mengapa??

Aku sanggup mengenepikan segalanya

Kerana aku mencintai nya

Aku rela mendengar bicara kasarnya

sanggup mengaku salahnnya

bahkan seringkali aku resah memikirkan kemana dia pergi dengan siapa dia bersenda

mengapa dia senyap sepi mungkinkah antara aku dan dia adaPERPISAHAN?


Mengapa??

Kerana dia BUKAN MILIKKU!!

TUHAN…Kau telah campakkan cahaya ke dalam hatiku

Tika dulu yang cahaya nya marak menjulang

Tapi kian padam

Kerana hadirnyaCINTA …. Sia-sia…

KiniKau masih memilihku

Untuk di beri nyalaan manis itu kembali

Dari bara api yang kian hilang

Kau beri aku kekuatan menyalakan kembali

Untuk membakar lembaran kejahilan

Kertas kemaksiatan, nota kelalaian

Agar aku senantiasa terpilih di sisiMU


TUHAN…Jauhi godaan sesat iblis dariku

Pelihara tubuh ku dari sentuhan ajnabi

Kuatkan aku dengan mujahadah

Tutupi aurat yang menjadi aib bagi ku

Kentalkan jiwa ku menepis cinta palsu

Penjara nafsuku dari bertemu kepuasan

Yang mendorong kepada kehinaan

KehancuranKeseksaan

Di mahkamah akhirat mu kelak“ adalah ledih baik bagi mu tertusuk besi panas dari menyentuh wanita yang tidak halal bagi mu” – at tabrani


Tatkala bibir mengalun sayu,

Kalam-kalam Tuhanku

Tatkala aku rebah

Sujud menghadapMu

Aku kian sedar

Sedang aku semakin lemas dalam badai ombak cinta

Yang membunuh iman ku

Yang menambah berat dosa di bahu kiriku

Yang menghapus pahala di bahu kananku

Yang menjauhkan aku dari Pencipta kuS


iapa dia berbanding TUHAN ku?

Layak kah aku untuk menyintainya dengan mengetepikan cintaTUHAN ku?

Pencipta kepada CINTA

Yang selama ini aku pujaButa…Sedarkah aku?


TUHAN… untuk kesekian kalinya…

pohon ku pada Mu untuk melengkapi fitrahku…

labuhkan CINTA ku kepada insan yang benar-benar mencintaiMu,

yang cinta kepada ku kerana cinta nya kepada Mu… mudahkan pertemuan kami dengan rahmat dan sifat rahman Mu….

Jadikan cinta kami yang mendapat anugerah terhebat ‘REDHO’ Mu…

Aku merindui Mu YA ALLAH….

Friday, September 4, 2009

.. SEKADAR INGATAN...

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua ' Murid
2 = ' Guru ' Murid
3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun' Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

'sampaikanlah walau satu ayat'..