Thursday, July 7, 2011

.. Di SaaT Diri Ini BeRubah... CanTikNya Menjadi MusLimaH..



Sujudku penuh syukur...
Untuk nikmat yang tidak terhingga buatku...
Walaupun aku ditinggalkan kerana inginkan dunia...
Tapi Allah gantikan aku dengan teman yang menyeruku...
Untuk hampir meneguk Cinta dari KautharMu...
...Mendengar kembali KalamMu Tuhan...

Alhamdulillah...
Maha Suci Tuhan...
Yang mengaturkan tiap sesuatu...
Yang hidup didunia yang sementara ini...
Subhanallah...
Allahu Akbar...

Janganlah berkecil hati jika org lain bersalah faham pada kita,kerana Allah faham akan isi hati kita,jangan gusar jika ada yang menghakimi kita,kerana tiada hakim sebaik Allah.Ketika bumi mulai bergoncang,dan tanah mulai retak,ingat lah Allah bersama kita,dan ketika kita ditimbus tanah,ketahuilah Amal bersama kita.Tiada yang menyakitkan,tiada pula yg menakutkan jika hati ini terikat cinta kepada Allah dan Rasulnya..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia
Aku bangga menjadi Muslimah
Disaat yg lain bangga menjadi wanita Modern.







♥ Aku bangga Jilbabku menjuntai kedada
Disaat yg lain bangga mengikuti Mode,

♥ Aku bangga menjadi pengurus kerohanian islam
Disaat yg lain lena,

♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸​.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥

♥ Aku tak peduLi dgn anggapan sOk sUci
Krna aku tahu apa yg laKukan,


♥ Awalnya aku tidak perCaya diri….
Dengan pakaian yg tertUtup rapi….
Teman ~ teman berKata aku tdk trendy…..
Tapi Abi berKata aku Cantik begitUpun Ummi…..

♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸​.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥

♥ Wahai KaWan yg bermimpi sanjUngan……
CantiK buKanLah buKa ~ buKaan….
CantiK bUkan s’lalu berdandan….
Dan Cantik bUkan berarti seOrang pUjaan….


♥ KuULurKan jiLbabku hingga teraSa damai HatiKu…..
KuLonggarKan pakaianKu sehingga tertUtup bentUk tUbuhku…..
kULaKukan itu semUa demi CintaKu pada Rabbi-Ku….
Dan kuberbiSik daLam hatiKu, s’mOga engKau bahagia meLihatKu….

♥ Andai semUa org memahami…
CantiK Lahir bUkanLah Ukuran…..
Tapi Cantik hati memiKat semUa Orang….
Dan terUtama bUdi peKerti seperti yg RasuL ContOhkan…..

maKa SaudariQ PeliharaLah AURAT........

♥Aurat Tdk akn tertutup dengan berperangai yang BAIK,
♥ Aurat tdk akn tertutup dengan sifat LEMAH LEMBUT,
♥ Aurat tdk akn tertutup dengan kata ~ kata yg BAIK,
♥ tetapi hanya akn tertutp dengan PAKAIAN yg SEMPURNA,

♥ ~ Mudah - Mudahan AKHLAK dibalik pakaian itu lebih INDAH dari pada
pakaiannya" Aamiin.....! ♥

Sunday, July 3, 2011

Hijjaz - Dilema




Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

c/o
Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya

Apabila Terpaksa Memilih Antara Dua..



Pusing kiri tidak kena, pusing kanan pun tidak kena. Malam sudah hampir berlabuh, pagi sudah hampir memperlihatkan dirinya, namun kedinginan malam ini tidak sedikit pun mampu mendodoikan aku.

Sudah puas ku cuba untuk melelapkan mata ini walaupun sekejap cuma, namun diriku masih tidak mampu mengalihkan perhatian mindaku ini yang masih ligat memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk permasalahanku.

Kualunkan zikir-zikir hingga membasahi bibirku namun masih belum juga mampu untuk melenakanku. Ternyata begitu seksanya apabila nikmat Allah S.W.T itu telah ditarik. Aku menangis. Ya Allah, betapa sukarnya untuk membuat pilihan . Apa juga keputusan yang ku buat, pasti ada hati yang bakal terluka, walau hakikatnya aku lah yang pertama akan merasai luka itu.
'Aku buntu Ya Allah,"

Kubangkit dari tempatku berbaring lalu mencapai buku kecil yang pernah kubeli suatu ketika dahulu, namun tidak pernah kuteliti isi kandungannya. Ia bertajuk 'MISTERI SOLAT SUNAT ISTIKHARAH'. Setelah berwuduk, aku menunaikan solat sunat istikharah itu, buat pertama kali dalam jiwaku terasa gementar saat bibir melafazkan niat, menyatakan tujuan bertemu Allah di saat manusia lain sedang enak diselimuti gebar.


Cemburunya aku! Air mata tidak tertanggung dek kelopak, lalu meluncur laju membasahi telekung. Betapa kerdilnya terasa, sehingga mahu membuat pilihan pun harus meminta bantuan Allah S.W.T.

Kurasakan itulah solatku yang paling khusyuk, yang pernah aku lakukan. Tidak pernah aku merasakan diri aku sedekat ini dengan Penciptaku. Air mata semakin laju saat aku kulantunkan doa solat istikharah.


Ya Allah, aku mohon pilihan kepadaMu dengan ilmuMu, aku mohon petunjuk dengan kudratMu, dan aku mohon kurniaMu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan aku tidak berdaya, Engkau Yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Aku berteleku di sejadah.

"Sesiapa yang terluka Ya Allah, Engkau ubatilah luka mereka. Aku tidak mampu, lalu aku berserah kepada-Mu Ya Allah,"

Aku lena dalam air mata. Nikmatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Esoknya, aku dipertemukan dengan hamba Allah yang mampu menolongku membuat pilihan. Melalui perbincangan dengannya, aku semakin jelas dengan keputusan yang bakal aku lakukan. Syukur Ya Allah kerana bebananku semakin berkurangan.

Hidup ini dibentangkan dengan pelbagai pilihan. Mahu atau tidak, kita terpaksa memilih antara dua atau lebih jalan yang terbentang. Malah, hampir kesemua rutin dalam kehidupan kita memerlukan kita untuk menilai dan memilih. Setiap pagi kita perlu memilih samada hendak bangun untuk menunaikan solat subuh atau terus sahaja lena berulitkan mimpi indah. Selain itu kita juga turut terpaksa memilih jenis lauk pauk yang ingin kita masak, terutama sekiranya kita merupakan seorang isteri dan ibu.


Pendek kata kita perlu memilih untuk semua perkara yang hendak kita lakukan. Namun, kadangkala akan datang kepada kita, saat yang begitu sukar untuk kita sebagai manusia membuat pilihan apabila ia melibatkan banyak pihak lebih-lebih lagi mereka yang kita sayangi.

Kutitipkan nukilan ini dengan niat agar sesiapa yang sedang merasa tersepit, mahupun yang sedang buntu untuk memilih agar meluahkan kebuntuan tersebut kepada Allah S.W.T, salah satu caranya adalah dengan mengerjakan solat sunat istikharah. Sebagai seorang pelajar, apabila Allah S.W.T mengujiku dengan menarik semula nikmat tidurku, aku sudah terasa resah dan buntu.


Apatah lagi anda di luar sana yang berjawatan tinggi dan mungkin merupakan orang-orang penting dalam sebuah organisasi, sudah pasti anda semua terpaksa membuat keputusan yang lebih besar daripadaku.Malah, kemungkinan besar keputusan itu bakal mengubah nasib hidup seseorang. Allah S.W.T pasti akan membantu kita dengan jalan-jalan yang tidak pernah terfikir oleh kita sekiranya kita rajin berdoa kepadaNYA. Hanya Dia Yang Maha Pengatur, dan Dialah Yang Mengetahui.

-Artikel Iluvislam.com