.. Assalamualaikum..
Sebenarnya dah lama tak tulis kat blog ni.. tp sebenarnya ada beban dalam diri ini yang rasanya tak dapat nak simpan lagi.. jadi kan blog ini untuk luahkan apa yang terpendam.. this is my second posting for this year after 4 month tak update blog..
kenapa ya?.. manusia ini sentiasa rasa serong kepada insan lain sedangkan orang yang dipandang serong tu tak pernah pun mengganggu ketenteraman hidup dia.. inikan pulak merampas hak orang lain.. setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan yang ALLAH S.W.T beri.. tidak salah kalu kita menggunakan kelebihan yang ada pada kita untuk tugas atau kehidupan seharian kita.. itukan boleh menjadi pendorong kepada kejayaan.
Tiada manusia yang tidak suka dipuji tapi pujian itu bukanlah satu yang patut dibanggakan.. kerana didalam kelebihan masih banyak kekurangan yang patut diperbaiki.. janganlah menjadi kan ianya sebagai bahan umpatan atau untuk menunjukkan sifat dengki sesama sendiri.. lihatlah diri sendiri dan perbaharui lah kelemahan diri itu sendiri dan jadikan kejayaan seseorang itu sebagai pendorong untuk kita maju.. usaha lah dahulu barulah paham kenapa kita perlu sentiasa bersifat menerima dan memberi..
Perlukah kita sesama manusia bersifat dengki sesama sendiri.. kan lebih baik kita bersatu untuk memantapkan lagi apa yang kita usahakan.. janganlah memandang serong atau curiga terhadap orang lain hanya kerana sifat ketidakpuasan yang ada dalam diri.. jangan biarkan hidup kita berprasangka kat orang lain.. think positive...
Hidup ni sementara, dan sementara ini lah yang patut kita penuhi dengan perkara2 yang mendatangkan faedah, pahala dan juga keredhaan dr ALLAH S.W.T.. Fikir lah demi kebaikan diri sendiri, jangan fikirkan keburukan orang hanya kerana orang tu cuba buat yang terbaik dalam hidup dia.. dan tolong jangan mereka cerita yang boleh mendatangkan fitnah.. dosa nya sama dengan membunuh.. mahu ke anda menjadi pembunuh kepada teman seislam anda??.. fikirlah...
..wassalam..
No comments:
Post a Comment