Monday, April 5, 2010
...Saat Kematian : Kalaulah Mayat Berkata-kata...
Assalamu'alaykum w.b.t..Semoga kita insaf dan menjadi ia satu pengajaran. InsyaAllah...Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang ana sendiri tidak tahu mengapa ana ditempatkan di sini. Sebelum tu?, yang ana ingat ana sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu ana tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. ana terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangkusudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang.... mengucap... Asyhaduallailahaillallah........." Ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil."Bagaimana dengan keadaannya doktor?" ana amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai.
"Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha."Sudah seminggu ana terlantar di wad ini, Kenapa baru sekarang abang menjengah? Datanglah ke sini, ana ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah ana sudah buta? Tidak!!!! ana tidak mahu buta. ana masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."
Abangkah yang bersuara itu? Apa yang ana tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.!Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi,ibu.....ana tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkanlah daku.
"Yassin......" .bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku. ana tahu itu suara abang. Tetapi Kenapa ana diperdengarkan dengan suara itu???Apakah ana sudah menghampiri maut??????? ana takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. ana di ambang sakaratul maut...... ana semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,ana tidak ingat apa-apa lagi. ana tidak kenal sesiapa di sekelilingku.
Tapi yang pastinya sekarang, ana berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah ana, ana takut".Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? ana dilambung resah, gelisah dan penuh kesah.! Keluhan dan rintihan
"Panas, dahaga,haus, panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang, "Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini"
."Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi."
"Ayah.......kau datang ayah......." "Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang.
"Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang.Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah......." ana tersentak. Roh kuberselerak di dalam tubuhku.Lalu, nnalillahi wainnailaihi rajiuun....Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.
"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......". "......" "Siapa yang memberi salam itu?" "ana" "Kau siapa wahai pemuda???"Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. ana tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.
Tanpa dipedulikannya...... jijik, loya, ana rasa..... teramat loya melihatnya."Kau tak kenal ana?" "Tidak," jawabku tegas. Mana mungkin ana kenal kau sehodoh dan sejijik ini. "ana sahabatmu, kau yang membuat ana hari-hari." "Bohong!" ana menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "ana tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini.""Akulah amalanmu yang keji.........."ana terdiam. ana tidak mampu berkata apa-apa lagi.
Ya! ana teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh..Tuhan,ana banyak dosa. ana memang lalai, cuai dan lupa dengan segalanikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang ana harus lakukan!!!!!
Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. ana melihat kak long dan kak ngah menangis. ana juga lihat mata abah bengkak.Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk!Kenapa air ini berbau air kapur barus. "Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!"
Kenapa ramai orang melihat ana??? "ana malu.....malu.....malu......!!!!!!". ana diusung ke suatu ruang. ana lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya ana di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu ana dibungkus satu demi satu dengan kain itu.
"Nanti, tunggu!! Jangan bungkus ana. Kenapa kalian semua buat ana macam ini? Tolong... rimas.... panas........"Kemudian ana diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi Kenapa ana disembahyangkan? Bukankah ana boleh sembahyang sendiri? ana teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".
Dan kini baru ana sedar ana sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.ana diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. "Kotak apa ini?" ana diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. ana diusung setapak demi setapak. "Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi ke mana dibawanya ana?..Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku.
"Ke situkah ana dibawanya? Tolong turunkan ana,ana takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku dan ana diturunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", ana terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan ana dari sini!ana seram!!!"Kini ana berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?" "Aduh sakitnya badanku ditimbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali".Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juga benar........".
sayup sayap ana terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atas ku. Terasa semakin gelap dan ......ana kini keseorangan.......
.. ToLonG BeriTaHu Si Dia...
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.
.Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…
“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….
Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….
Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya….
.Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….
Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…
Tapi bersahabatlah kerana Allah..
.. Luahan hati...
.. Assalamualaikum..
.. The ResT Of My LiFe ..
Maher Zain - For the rest of my life
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my timeI`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Janna
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel loveAnd I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart...