Friday, July 31, 2009

..

.. Bismillah..

.. Assalamualaikum ..

.. Ermm.. tak tau nak update apa.. so tulis la apa yang terlintas nak tuliskan.. Hari ini sepanjang hari di office menyiapkan kerja2.. hari ini buat reschedule pelanggan yang nak kurangkan bayar tuk monthly.. biasalah ramai juga pelanggan bank rakyat ni mengalami masalah kewangan.. ada yang satu surat dari pelanggan ni minta reschedulle sebab dah berhutang dengan along sebabnya nak bayar yuran untuk anak belajar di ipta.. tu la pengorbanan seorang ayah.. huhu.. sebenarnya banyak juga reason2 lain pelanggan nak buat reschedule.. selain tu sebab di berhentikan kerja..

.. so hari ni dapat la reschedule 5 pelanggan.. after reschedule siapkan pula surat untuk dihantar ke CTOS and FIS (nama penuh tak ingat la).. bz juga hari ini.. tp tak pela sekurang2nya tak sedar masa berlalu.. sedar2 je dah nak blik.. hehehe.. tu yang besh... tp yang seronoknya tak ada presure waktu kerja coz enviroment yang happy je..

.. so jam pun dah menunjuk pukul 5.45 pm.. sebelum blik solat asar dulu takut nnt tk sempat nak solat dekat umah.. dengan jalan yang sentiasa jem.. huhuhu.. on da way nak blik.. emak call ckp hari ini mak tak masak and balik lmbat sebab pergi teman ayah pergi shah alam.. ermmm.. so malam ni duduk sorang la rumah.. ni tgh menaip ni pun mak ngn abah tk blik lg.. huhuhu..so td sebelum balik singgah beli makanan.. beli nasi goreng je... tu je yang terfikir nak makan..

.. Esok dah hari sabtu.. aktiviti esok pula.. pukul 10.30pg ada appoitment ngn doktor after tu nak blik kg.. dah lama rasanya tak blik kg.. so esok mak sekolah.. so kene la drive sorang2 pergi appoitment dekat bangsar.. huhuhu... bosannya sorang2.. ni yang tefikir nak kahwin nie.. hehehe.. (terfikir je tp masanya blm smpai lg).. insyaALLAH coming soon... dengan siapa.. wallahualam... semuanya saya serahkan pada pencipta kita... so after that balik rumah tunggu mak ngn abah then balik kg.. yeee.. lama tak jumpa nek.. really mis u...

.. so setakat ni je.. insyaALLAH ada masa n jodoh kita untuk bertemu akan digarab lg dengan cerita lain pulak..

Monday, July 27, 2009

..Tatapan Penuh Kasih..




Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika ia sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur. Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang artis yang ketika di panggung, di layar perak, di kaca tv begitu cantik dan gemerlapan pun boleh jadi akan kelihatan sederhana dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya. Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur.


Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Hmm... kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.


Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu : Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selau sahaja nampak besar.


Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata : "betapa lelahnya aku hari ini".


Dan penyebab lelah itu? Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tidak lain adalah kita. Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, abang, adik, anak, dan sahabat yang telah melalui hari-hari suka dan duka bersama kita.


Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari mereka; orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, selama-lamanya.....

.. Rest in Peace ...

.. Bismillah..

.. Assalamualaikum..

.. Dalam keadaan yang tidak berapa stabil nie disebabkan demam.. tp kerna bosan so mula lah tangan ni nak tulis kat blog..harini 27 julai 2009.. anyway supposely hari ini mc tp disebabkan semangat nak pergi kerja.. pergi lah juga.. tapi sampai kat office.. huhuhu.. dah pancit.. badan2 dah mula rasa sejuk sedangkan panas.. akhirnya bagitau supervisor tunjukan mc untuk dapatkan separuh hari cuti.. lagipun memang officemate pun cakap muka dah pucat.. huhuhu.. pucat sebab sejuk kot... heee..

.. So dalam pukul 12 nak balik dah mak call tanya sihat ke tak? boleh bertahan ke tak? huhuhu.. rasa sayu je dengar suara mak.. tiada ibu yang tak sayang anak kan.. so cakap ngan mak nak blik dah.. so pecut kereta nak sampai rumah cepat sbb mata pun dah kabur semacam je..
sampai kat umah, mak dah siap masak.. tp tk ada selera makan.. so naik bilik terus lena..

... dalam pukul 5 lebih mak ajak pergi joging.. mak suruh keluar kan peluh.. pergi juga dekat taman rimba ampang atau lebih dikenali bukit belacan ( nama tk besh langsg).. tempat memang menarik tp tak ramai orang.. so mak joging.. sy just berjalan je.. tak larat nak joging.. dalam pukul 6 setengah balik.. tp cakap ngan mak teringin nak makan chicken chop..hehe.. so singgah sekejup beli...

.. anyway harini abeskan masa rest in peace.. dengan mak... tu yang besh kalu ada mak dekat sisi.. abah pula ade meeting kat rawang so lewat sampai rumah.. so lepak2 dengan mak depan tv.. tp bosan la tgk astro crita ulang2 je.. so lepak la dpn pc.. chat dengan 2 insan ni.. tp asik hilang je. letih kot keje.. huhuhu.. tk pe la.. biarlah diorang rehat... sian diaorang...

.. CORETAN SEORANG LELAKI UNTUK BAKAL ISTERI...


Assalamualaikum wrt. wbt.Untukmu,

Bakal isteriku..


Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.


Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu.


Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.


Dariku, Bakal suamimu.

Saturday, July 25, 2009

..MONYETNYA CINTA KITA...


Wacana Ilmu Remaja : Monyetnya Cinta Kita


Im KoyubeEditor : Im Koyube

I

nsyaAllah, pada 8 Ogos 2009 (Sabtu), buat pertama kalinya, iLuvislam.com dengan kerjasama ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. dan Majalah i (terbitan Karangkraf) akan bersama-sama menganjurkan sebuah forum menarik khas untuk remaja dan mahasiswa seluruh negara.
Forum yang bertajuk 'Monyetnya Cinta Kita' bakal menampilkan penceramah dan motivator hebat iaitu:

1. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


Penulis 'bestseller book' bertajuk 'Aku Terima Nikahnya'. Nama beliau tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia khususnya mahasiswa dan ibu bapa. Selain mempunyai syarikat konsultansi sendiri, Ustaz Hasrizal merupakan:
Penulis blog saifulislam.com
Kolumnis di pelbagai majalah seperti Majalah i dan ANIS
Penceramah bebas yang pakar dalam topik percintaan serta kekeluargaan


2. Firdaus Djamaris


Beliau merupakan trainer ESQ Training Mahasiswa dan Remaja. Selain berpengalaman luas bersama remaja dan mahasiswa, beliau juga merupakan graduan Ekonomi dari salah sebuah universiti terkenal di Indonesia.Lebih sinonim dengan panggilan Pak Firdaus, kini beliau merupakan penasihat untuk Ikatan Silaturrahmi Mahasiswa (ISIS); sebuah organisasi yang mengumpulkan golongan remaja dan mahasiswa yang telah menjadi alumni ESQ Training.


3. Ustaz Ahmad Zahir Zahiruddin


Ustaz Zahir merupakan salah seorang penasihat iLuvislam.com. Beliau mula dikenali ramai dengan sebuah artikel yang diterbitkan di iLuvislam.com yang bertajuk 'Jodoh.' Selain itu beliau kerap memberikan ceramah di IPTA dan acapkali menyentuh permasalah remaja dalam bab cinta.Beliau pernah 'putus cinta' semasa zaman bujangnya dan pengalaman berharga itu dirasakan amat penting untuk dikongsi bersama anda semua sebagai teladan dan sempadan.


Detail ProgramTarikh : 8 Ogos 2009 (Sabtu)

Masa : 10 pagi-1 petang

Pendaftaran : 9.30 pagi

Tempat : INPENS, Bangi

Yuran : RM 3 (Makanan, Hadiah & Pengangkutan dari komuter Kajang disediakan)Pengangkutan ke INSPENS


Jika anda menggunakan pengangkutan awam, 'shuttle bus' akan disediakan dari komuter Kajang.Jika anda menaiki kenderaan sendiri.Daftar SekarangTempat yang 'available' untuk program ini amat-amat terhad. Siapa cepat dia dapat. Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah sekarang!
Hebahkan kepada Rakan-RakanJika anda ingin hebahkan program ini kepada rakan-rakan:1. Boleh sebarkan poster program.


.2. Klik button seperti di bawah dan pilih 'option' email. Kemudian emailkan kepada rakan-rakan anda.


3. Hebahkan melalui mulut anda. ^_^

.. TRAGEDI 26 JULAI 2009 ..

.. Bismillah..

.. Assalamualaikum...

.. Lama rasanya tak online and update blog ni.. bukan malas.. cuma connection problem dekat rumah. ditambah pulak dengan rasa penat bekerja.. huhu.. baru lah hari ni ada masa untuk update blog nie..

Sebenarnya baru pulang dari bangi menghadiri seminar yang dianjurkan ole khilafah centre tajuk dengan afni dan ika.. diawal program tetiba saya mengalami sakit gigi yang teramat.. akhirnya ambil keputusan untuk keluar cari ubat tahan sakit.. tapi bila pakai ubat masih jugak tidak kurang.. ambil keputusan untuk rehat sekejap di kedai makan..

Di kedai makan.. order lah air suam limau dengan air suam kosong.. mula-mula minum air limau suam.. dah rasa sakit.. tp masih boleh tahan lagi.. minum pula air suam panas.. dah tak ble tahan sampai air mata pun mengalir menahan sakit yang teramat.. akhirnya afni dengan ika ajak pergi klinik berhampiran.. nasib ada klinik.. jumpa doktor.. ambil ubat dan dapat mc untuk esok.. tp kalu sihat rasanya pergi kerja..

After tu.. decide untuk pulang ke rumah.. rosak program hari ini dengan afni and ika.. kesian diorang.. rasa serba salah pula.. tapi memang tak boleh tahan sakit gigi nie.. huhuhu.. akhirnya drive balik dengan rasa sakit ni.. pecut kereta sambil telan ubat tahan sakit..

.. akhirnya sampai rumah.. ingatkan nak tido. tapi tak boleh tido.. nie la hasilnya sebab tak boleh tido.. huhuhu.. update blog..

.. pada afni and ika.. minta maaf sangat2 sebab dah rosak kan program hari ini.. nanti lepas ni insyaALLAH kita akan habis kan juga program yang kita dah aturkan.. hehehe.. anyway memang seronok dapat menghabiskan masa sama2.. huhuh..
.. ok lah.. sampai disini sahaja.. rasanya sakit ni pun macam dah kurang.. alhamdullilah...

.. wassalam...