Wednesday, June 17, 2009

.. MUHASABAH CINTAKU ..

Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dari Mu

Kupasrahkan semua pada Mu


Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu


Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung do’a ku
Sakit yang ku rasa biar
Jadi penawar dosaku


Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi Muhasabat cintaku


Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Saturday, June 6, 2009

..MENCARI PERMATA ATAU KACA ..

Assalamualaikum..

Bismillah..

Kadang2 kita sering terlalai dan terlupa bahawa perbuatan diri sering tersalah dan terpesong.. hanya kerana ingin mengikut nafsu semata2 sampai terlupa akan landasan yang sebenar.. Kadang2 sering kita menghalal kan apa yang sebenarnya haram hanya kerana keseronokan yang dikecapi hanya sementara..

wallahualam...

Thursday, May 28, 2009

.. JANGAN TANGISI YANG BUKAN MILIKMU..


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.


Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi.


Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang.


Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.


Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)


Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya."


Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.


Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)


Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.


Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Tuesday, May 26, 2009

..Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T..


Assalamualaikum..

Bismillah..

Mengapa tetiba hati ini rasa tidak tenang selepas mendengar satu khabar berita yang memilukan.. tapi dengan semangat yang ada mungkin masih boleh menerima setiap bait kata2 yang keluar walaupun hati ini sebenarnya hiba.. Masih ada sedikit kekuatan dalam diri ini untuk menguntum kan senyuman dibibir tapi hati hanya ALLAH yang tahu..

Benar, diri ini masih tidah setabah dan sekuat wanita pilihan.. tapi tidak pula ingin mementing kan diri sendiri sedangkan masih ada hamba ALLAH yang memerlukan pertolongannya.. "redha" itu sahaja yang mampu diucapkan.. mungkin ada yang lebih layak dan lebih memerlukan dari diri ini.. rasa serba salah dan sedih andai keputusan yang dibuat akan menghancurkan hati dan perasaan orang lain yang lebih memerlukan..

Betul istikarah lah dalam mencari jawapan nya.. seharusnya diri ini cuba dan cuba tanpa putus asa.. hanya pada MU YA ALLAH, aku serahkan segalanya.. hanya ENGKAU sahaja yang tahu perasaan dalam diri ini.. mungkin dengan petunjuk dariMU aku mampu untuk berhadapan dengan segalanya..

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

.. Mungkin akan ditemukan dengan penyelesaian yang lebih baik.. Wallahualam..

Monday, May 25, 2009

sATu kISAh pERcINtAAn yANG mENArIk...


Dalam satu kisah percintaan yang menarik...Sepasang suami isteri sedang berjalan-jalan di tepi sebuah tasik yang indah.Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik kemudian si isteri bertanya kepada si suami.


Isteri : Mengapa abang menyukai saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya,namun begitu abang memang menyayangidan menyintai sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?Bagaimana abang boleh katakan abang sayangkan dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkan sebabnya?

Suami : Betul,abang tak boleh terangkan sebabnya tapi abang boleh buktikan bahawa abang memang menyintai sayang...

Isteri : Sebabnya kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami,semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.Dalam bentuk puisi dan syair lagi.Namunbegitu abang tidak boleh menerangkan kepada saya sebab mengapa abang menyayangi dan mencintai saya.


Si suami menarik nafas panjang dan berkata..."Baiklah...Abang menyintai sayang sebab sayang cantik...mempunyai suara merdu...penyayang...dan mengingati abang selalu.Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah,di situlah cinta abang bersama sayang...!


"Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Nemun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.Surat itu diletakkan di sebelah kiri katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi...


"Sayang...jika disebabkan suara aku menyintaimu...sekarang bolehkah engkau bersuara??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintai...Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu...Sekarang bolehkah engkau menunjukkannya??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintaimu...Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu...sekarang bolehkah engkau tersenyum??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintaimu...Jika disebabkan setiap langkahmu aku mencintaimu...sekarang bolehkah engkau melangkah??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintaimu...Jika cinta memerlukan sebabnya,seperti sekarang...Aku tidak mempunyai sebab untuk mencintaimu lagi...Adakah cinta memerlukan sebab??Tidak!!!


Aku masih mencintaimu dari dulu,kini dan selamanya...Dan cinta tidak perlu ada sebab.Kadangkala perkara tercantik dan terindah di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang.Namun begitu ia boleh dirasai di dalam hati..."


"HAWA DICIPTAKAN DARIPADA TULANG RUSUK ADAM...DEKAT DI HATI UNTUK DISAYANGI...DEKAT DENGAN TANGAN UNTUK DILINDUNGI...BUKAN DARI KEPALA UNTUK DIAGUNGI...DAN BUKAN DARI TAPAK KAKI UNTUK DIHINAKAN..."

.. MENEGUR TANDA SAYANG ..


.. Assalamulaikum ..


.. Bismillah ..


.. Sebenarnya posting ni ditujukan kepada yang terasa.. dan juga ditujukan kepada diri sendiri sebagai peringatan.. bukanlah untuk mengaibkan mana2 individu cuma merasa tanggungjawab sesama islam.. biar pun saya sendiri tidak sejauh dan tinggi iman nya.. tapi tidak pulak saya ingin melihat dikeliling saya hanyut kerna menggunakan nafsu dalam setiap perbuatan nya..


.. Mungkin telah diterapkan dalam diri mereka bahawa "kubur kita lain2".." perlu ke engkau sibuk dengan apa yang aku buat".. "perlukah engkau mencampuri urusanku".. BETUL.. siapa lah saya untuk menegur anti.. tapi berdosa lah saya andai saya sendiri telah melihat sendiri perbuatan yang kurang elok itu didepan mata dengan menutup mulut tanpa berbicara atau menegur.. mungkin tidak kuat hati ini untuk meluahkan tapi andai anti membaca posting ini diharapkan anti memahami lah.. menegur tanda nya kami sayang kan anti. kami tidak sanggup melihat anti terus menerus mengaibkan diri dihadapan yang tidak layak melihatnya.. sedarlah anti kami benar2 menyayangi anti..


.. Perbuatan anti akan menyebabkan kami juga seakan2 bersubahat membiarkan anti teruskan dengan perbuatan yang sebegitu.. pandangan maksiat yang ada didepan mata ini juga memberi kesan kepada kami.. apa guna nya kami menunaikan solat 5 waktu tapi pahala nya kami tidak dapat hanya kerana perbuatan anti.. sedarlah anti kami hanya minta hormati lah kami sebagai kawan seagama dengan mu.. hormatilah kami sebagai teman seislam dengan mu..


.. ingin juga kami menegur.. tunaikan lah kewajipan yang wajib bagimu.. andai anti malu dengan kami.. kami lagi malu dengan perbuatan anti.. bukan malu yang sepatutnya anti fikirkan tapi takutkan lah akan pencipta kita.. ALLAH S.W.T sentiasa memerhatikan setiap perbuatan kita.. berdosa lah kami kerna hanya mampu memandang dan membiarkan sahaja.. bukan lah kami diam tanda kami membiarkan sahaja perbuatan anti.. tapi hati ini sudah cukup sakit dan takut apa kah yang akan kami jawab dialam sana nanti kerna tidak menegur anti..


..diharapkan kalau anti membaca posting ini.. kami minta hormati lah kami.. kami takut untuk menjawab diakhirat sana kelak.. telah kami mula kan dengan hati untuk berbicara.. tapi nampaknya tiada kesan pada anti.. kami mulakan dengan lisan ini.. dan kami harapkan anti faham.. kalau masih tidak juga berkesan akan kami guna kan perbuatan untuk menyedarkan anti.. maafkan lah andai bingkisan melukakan hati mana2 pihak.. menegur tandanya kami sayang...


..wallahualam..

Saturday, May 23, 2009

.. KELUHAN HAWA ...


Ketahuilah!Sesungguhnya Hawa itu adalah teman semasa Adam kesunyian di dalam syurga.Hawa asalnyanya adalah dari tulang rusuk Adam yang bengkok. Jadi tidakhairanlah jika perjalanan hidup Hawa itu sentiasa inginkan bimbingan dariAdam.

Hawa sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana Hawa adalah"buruan syaitan". Allah telah mentaqdirkan kaum Hawa lebih ramai daripadabilangan kaum Adam pada akhir zaman. Adam itu diberi amanah untuk mendidik Hawa, mengawasi dan menjaga Hawa agar sentiasa dalam redha Allah.

Sudah diketahui bahawa Adam itu merupakan penguasa kepada kaum wanita, oleh ituAdam adalah imam dan Hawa adalah makmum. Hawa adalah pengikut-pengikut Adamkerana Adam adalah ketua. Jika Adam benar maka benarlah Hawa, jika Adamlalai, maka lalailah Hawa.

Adam mempunyai kelebihan akal, manakala Hawamempunyai kelebihan nafsu. Oleh itu, Hawa memerlukan pimpinan daripada Adamkerana Hawa sering lupa dan lalai, sering tergelincir ditolak nafsu dankonco-konconya. Hawa hampir tenggelam??.. oleh itu wahai Adam tolonglah?.!!

Sesungguhnya Hawa itu suka jika Adam mengimamkan solatnya pada setiapwaktu. Hawa akan aminkan bacaan doa dari Adam. Lebih itu juga, Hawa itusuka jika Adam bangunkan Hawa untuk bertahajjud bersama Adam.

Hawa suka jika Adam kenalkan kepada Hawa masjid-masjid dan majlis agama. Hawa sukajika Adam mengajar Hawa untuk pandai membaca dan memahami al-Quran. Hawa suka jika Adam mengkhabarkan kepada Hawa tentang fardu-fardu yang patutdiketahui oleh Hawa.
Hawa suka jika Adam menunjukkan kepada Hawaperkara-perkara yang patut Hawa buat. Hawa juga mengharapkan agar Adammengajarkan kepada Hawa agar menjadi isteri yang solehah. Hawa jugamengharapkan agar Adam mendidik Hawa supaya tunduk, patuh dan menghormatiAdam setiap waktu.

Hawa juga mengharapkan agar Adam membantu Hawa supayaHawa tidak menjadi beku, dan agar otak Hawa tidak menjadi buntu. Hawa jugamengharapkan agar Adam dapat menyelamatkan Hawa daripada seksa neraka yangsudah tentu tiada siapa yag akan bersabar menanggungnya?

aku mencari seorang insan bernama LELAKI
untuk menjadi PEMBIMBING DIRI
di kala hati ini masih KOSONG TIDAK BERISI
ajarkanlah aku AMALAN TERPUJI
pastinya dirimu menjadi CONTOH DI HATI
bagi seorang wanita BAKAL BERGELAR ISTERI
mengajar semua AJARAN ILAHI
supaya hidup akan DIBERKATI
bukan darinya KEKAYAAN
yang kucariapatah lagi KETAMPANAN
yang kuimpiaku sekadar mencari CINTA yang SUCI
bagi meneruskan HIDUP DI ALAM REALITI
kesetiaanmu menjadi KUNCI
dalam kita melayari HIDUP SEHARI-HARI
terlalu banyak KITA DIUJI
pastinya RUMAH yang dibina bertambah SERI
Bila dirimu TIADA DI SISI
aku menjadi RESAH SENDIRI
sudah pasti AKU MENGHITUNG HARI
kerana KEHADIRANMU YANG KU NANTI

hanya padamu TUHAN AKU MEMOHON
simpati......seandainya DIA JODOH yang TERSURAT
daripada ILLAHIAKU MENERIMA dengan senang hati
HARAPANKU biarlah AKU MENJADI MILIKNYAYANG ABADI
walaupun pelbagai RINTANGAN harus kutempuhi......

*jauh disudut hatiku.....adakah dia untukku??