Thursday, July 7, 2011

.. Di SaaT Diri Ini BeRubah... CanTikNya Menjadi MusLimaH..



Sujudku penuh syukur...
Untuk nikmat yang tidak terhingga buatku...
Walaupun aku ditinggalkan kerana inginkan dunia...
Tapi Allah gantikan aku dengan teman yang menyeruku...
Untuk hampir meneguk Cinta dari KautharMu...
...Mendengar kembali KalamMu Tuhan...

Alhamdulillah...
Maha Suci Tuhan...
Yang mengaturkan tiap sesuatu...
Yang hidup didunia yang sementara ini...
Subhanallah...
Allahu Akbar...

Janganlah berkecil hati jika org lain bersalah faham pada kita,kerana Allah faham akan isi hati kita,jangan gusar jika ada yang menghakimi kita,kerana tiada hakim sebaik Allah.Ketika bumi mulai bergoncang,dan tanah mulai retak,ingat lah Allah bersama kita,dan ketika kita ditimbus tanah,ketahuilah Amal bersama kita.Tiada yang menyakitkan,tiada pula yg menakutkan jika hati ini terikat cinta kepada Allah dan Rasulnya..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia
Aku bangga menjadi Muslimah
Disaat yg lain bangga menjadi wanita Modern.







♥ Aku bangga Jilbabku menjuntai kedada
Disaat yg lain bangga mengikuti Mode,

♥ Aku bangga menjadi pengurus kerohanian islam
Disaat yg lain lena,

♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸​.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥

♥ Aku tak peduLi dgn anggapan sOk sUci
Krna aku tahu apa yg laKukan,


♥ Awalnya aku tidak perCaya diri….
Dengan pakaian yg tertUtup rapi….
Teman ~ teman berKata aku tdk trendy…..
Tapi Abi berKata aku Cantik begitUpun Ummi…..

♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸​.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥

♥ Wahai KaWan yg bermimpi sanjUngan……
CantiK buKanLah buKa ~ buKaan….
CantiK bUkan s’lalu berdandan….
Dan Cantik bUkan berarti seOrang pUjaan….


♥ KuULurKan jiLbabku hingga teraSa damai HatiKu…..
KuLonggarKan pakaianKu sehingga tertUtup bentUk tUbuhku…..
kULaKukan itu semUa demi CintaKu pada Rabbi-Ku….
Dan kuberbiSik daLam hatiKu, s’mOga engKau bahagia meLihatKu….

♥ Andai semUa org memahami…
CantiK Lahir bUkanLah Ukuran…..
Tapi Cantik hati memiKat semUa Orang….
Dan terUtama bUdi peKerti seperti yg RasuL ContOhkan…..

maKa SaudariQ PeliharaLah AURAT........

♥Aurat Tdk akn tertutup dengan berperangai yang BAIK,
♥ Aurat tdk akn tertutup dengan sifat LEMAH LEMBUT,
♥ Aurat tdk akn tertutup dengan kata ~ kata yg BAIK,
♥ tetapi hanya akn tertutp dengan PAKAIAN yg SEMPURNA,

♥ ~ Mudah - Mudahan AKHLAK dibalik pakaian itu lebih INDAH dari pada
pakaiannya" Aamiin.....! ♥

Sunday, July 3, 2011

Hijjaz - Dilema




Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

c/o
Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya

Apabila Terpaksa Memilih Antara Dua..



Pusing kiri tidak kena, pusing kanan pun tidak kena. Malam sudah hampir berlabuh, pagi sudah hampir memperlihatkan dirinya, namun kedinginan malam ini tidak sedikit pun mampu mendodoikan aku.

Sudah puas ku cuba untuk melelapkan mata ini walaupun sekejap cuma, namun diriku masih tidak mampu mengalihkan perhatian mindaku ini yang masih ligat memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk permasalahanku.

Kualunkan zikir-zikir hingga membasahi bibirku namun masih belum juga mampu untuk melenakanku. Ternyata begitu seksanya apabila nikmat Allah S.W.T itu telah ditarik. Aku menangis. Ya Allah, betapa sukarnya untuk membuat pilihan . Apa juga keputusan yang ku buat, pasti ada hati yang bakal terluka, walau hakikatnya aku lah yang pertama akan merasai luka itu.
'Aku buntu Ya Allah,"

Kubangkit dari tempatku berbaring lalu mencapai buku kecil yang pernah kubeli suatu ketika dahulu, namun tidak pernah kuteliti isi kandungannya. Ia bertajuk 'MISTERI SOLAT SUNAT ISTIKHARAH'. Setelah berwuduk, aku menunaikan solat sunat istikharah itu, buat pertama kali dalam jiwaku terasa gementar saat bibir melafazkan niat, menyatakan tujuan bertemu Allah di saat manusia lain sedang enak diselimuti gebar.


Cemburunya aku! Air mata tidak tertanggung dek kelopak, lalu meluncur laju membasahi telekung. Betapa kerdilnya terasa, sehingga mahu membuat pilihan pun harus meminta bantuan Allah S.W.T.

Kurasakan itulah solatku yang paling khusyuk, yang pernah aku lakukan. Tidak pernah aku merasakan diri aku sedekat ini dengan Penciptaku. Air mata semakin laju saat aku kulantunkan doa solat istikharah.


Ya Allah, aku mohon pilihan kepadaMu dengan ilmuMu, aku mohon petunjuk dengan kudratMu, dan aku mohon kurniaMu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan aku tidak berdaya, Engkau Yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Aku berteleku di sejadah.

"Sesiapa yang terluka Ya Allah, Engkau ubatilah luka mereka. Aku tidak mampu, lalu aku berserah kepada-Mu Ya Allah,"

Aku lena dalam air mata. Nikmatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Esoknya, aku dipertemukan dengan hamba Allah yang mampu menolongku membuat pilihan. Melalui perbincangan dengannya, aku semakin jelas dengan keputusan yang bakal aku lakukan. Syukur Ya Allah kerana bebananku semakin berkurangan.

Hidup ini dibentangkan dengan pelbagai pilihan. Mahu atau tidak, kita terpaksa memilih antara dua atau lebih jalan yang terbentang. Malah, hampir kesemua rutin dalam kehidupan kita memerlukan kita untuk menilai dan memilih. Setiap pagi kita perlu memilih samada hendak bangun untuk menunaikan solat subuh atau terus sahaja lena berulitkan mimpi indah. Selain itu kita juga turut terpaksa memilih jenis lauk pauk yang ingin kita masak, terutama sekiranya kita merupakan seorang isteri dan ibu.


Pendek kata kita perlu memilih untuk semua perkara yang hendak kita lakukan. Namun, kadangkala akan datang kepada kita, saat yang begitu sukar untuk kita sebagai manusia membuat pilihan apabila ia melibatkan banyak pihak lebih-lebih lagi mereka yang kita sayangi.

Kutitipkan nukilan ini dengan niat agar sesiapa yang sedang merasa tersepit, mahupun yang sedang buntu untuk memilih agar meluahkan kebuntuan tersebut kepada Allah S.W.T, salah satu caranya adalah dengan mengerjakan solat sunat istikharah. Sebagai seorang pelajar, apabila Allah S.W.T mengujiku dengan menarik semula nikmat tidurku, aku sudah terasa resah dan buntu.


Apatah lagi anda di luar sana yang berjawatan tinggi dan mungkin merupakan orang-orang penting dalam sebuah organisasi, sudah pasti anda semua terpaksa membuat keputusan yang lebih besar daripadaku.Malah, kemungkinan besar keputusan itu bakal mengubah nasib hidup seseorang. Allah S.W.T pasti akan membantu kita dengan jalan-jalan yang tidak pernah terfikir oleh kita sekiranya kita rajin berdoa kepadaNYA. Hanya Dia Yang Maha Pengatur, dan Dialah Yang Mengetahui.

-Artikel Iluvislam.com

Tuesday, June 7, 2011

TaDiKa ImaN KiDs.. A LitLe KhaLiFah..

AssaLamuaLaikum..


BisMiLLah..



Hari Ini pergi interview di Tadika Iman Kids Di meLaka.. ALhamduLLiLah rezeki Berpihak Kepada saya.. Sewaktu sampai di Tadika tersebut Saya orang perTama yang Sampai.... Excited Nak Jadi Cikgu Tadika.. WaLaupun Tiada PengaLaman Tetapi semangat Untuk Menjadi Cikgu Tadika Tu Tinggi.. Hehehe..

MuLa-MuLa bOrang di Bagi Untuk Di isi.. Macam-Macam SoaLan dalm Borang Tersebut di Tujukan.. Fuhhh... seLang Beberapa Minit Kemudian Hampir 9 Orang Yang Datang Untuk Jadi Guru Tadika.. Masing-masing mempunyai kredibiliti sendiri dan mempunyai Keyakinan sendiri utk Menjadi Guru.. TerdeTik Jugak Ada PeLuang ke??..

AkhirNya Nama Saya di PanggiL Utk Interview.. MenJadi Orang PerTama Yang Di iNterview MesTiLah Nervous.. SaLam Di Beri.. 2 Orang Guru Yang Menemuduga saya.. Seorang LeLaki Dan Seorang Wanita.. Suami Isteri... MuLa-MuLa Saya Di Minta Untuk MengeNaLKan Diri.. dan SeLepas MemperkeNaLkan Diri.. SoaLan PerTama di Tujukan... (Khas Jgk Kepada BaKaL-BaKaL Cikgu Tadika)

1- Baca Doa iftitah (alhamduLLiLah.. Lepas waLaupun TersasuL.. Nervous)
2- Baca Doa Qunut

(Tetapi Doa-Doa Lain Pun Kena Tahu.. Lebih-Lebih Lagi Tadika IsLam Yang Banyak MenerapKan isLam daLam setiap Perbuatan Dan PembeLajaran)

3- MengaPa MeMiLih Menjadi Guru Tadika
4- Apa Yang Istimewa ada Pada Diri Awak Untuk MenJadi Cikgu Tadika.
5- TerangKan Apa Yang Anda tahu Mengenai Tadika..
6- Sistem Yang Bagaimana Untuk Mengajar Kanak-kanak Tadika..
dan SoaLan Lain

SeLain Itu Saya juga Di Tanya.. Mengapa Seorang Yang Mempunyai IjazaH MemiLih menJadi Guru sedangkan Layak Untuk BergeLar Guru SekoLah Yang di Beri Gaji Lebih Tinggi.. Saya Tahu SoaLan Ini mesti DitujuKan... IniLah Pendapat Saya.. a LitLe khaLiFah Ini sebenarnya Lebih Mudah dan Senang..

Bukan Lah saya Kata tidak suka cabaran Tetapi Bak Kata Pepatah MeLayu MeLuntur BuLuh Biar Dari RebungNya... Dari Kanak-Kanak Ini Lah Kita Didik Mereka dengan Sebanyak ILmu yang bOLeh.. KaLau BoLeh Didik KeagaMaan DaLam Diri Mereka Supaya Mereka terbentuk Dengan ILmu AKhirat Dan Dunia Pada Usia Muda.. Lagi Satu Jawapan Saya iaLah.. I Love Kids... Enviroment Dengan Kanak-Kanak Sangat CaLm... Riuh Mereka ItuLah Yang MenyeroNoKkan.. Tak Sabar Nak A LitLe KhaLifah Ni memanggiL Cikgu.. Hehehhee...

Hampir Sejam Saya di temuduga.. AlhamduLLiLah Kesemua di Jawab dengan Yakin dan menyakinKan sehingga diPiLih Menjadi Guru Tadika WaLaupun orang pertama.. Harap2 Bukan saya Seorang Sahaja Yang di PiLih.. PuLang Dengan SenyuMan.. Saya Tak Kesah Apa yang orang Nak Kata.. Yang Penting Rezeki Itu HaLaL dan MuLia... MenJadi Pendidik Kepada A LitLe KhaLifah Ini Saya Anggap Sebagai CHaLLenge dan PengaLaman sebeLum MemiLiki MaLaikat KeciL ku Sendiri.. Hehehe... :-)

Terima Kasih Ya ALLAH kerana MemakbuLkan DOA hambaMu Ni Yang Teringin Sangat Nak Mengajar Di Tadika IsLam... Anak-Anak IsLam... InsyaALLAH akan saya cuba Yang terbaik Untuk A Litle KhaLiFah ini...




P/s : Lagi Banyak Kita Ceburi Sesuatu Perkara Atau Bidang Lagi Banyak PengaLaman dan Semakin Banyak Kita BeLajar Tentang Kehidupan.. Yang Penting Sentiasa Di Landasan Yang BeTuL.. Dan IkhLas Kan diri Kerana ALLAH S.W.T... biar Di dunia Kita susah Mencari Redha ALLAH tapi akhirat KeLak Pasti ALLAH membaLas Atas Kepayahan dalam Mencapai RedhaNYA...


Friday, June 3, 2011

..PROSEDUR PERKAHWINAN..



Posting Kali ini berkaitan dengan langkah-langkah yang perlu di ambil untuk berkahwin dari segi urusan rasmi. Ia lebih kepada urusan rasmi yang melibatkan pendaftaran, penyediaan dokumen dan urusan di Jabatan Agama Islam. Berikut adalah langkah-langkah tersebut mengkut turutan:-

1. Sediakan dokumen-dokumen rasmi secukupnya. Dokumen-dokumen tersebut adalah:

Salinan IC
Salinan Surat Beranak
Salinan Surat Nikah Ibubapa
Salinan IC wali
Gambar pasport bersongkok/bertudung
Salinan Sijik Kursus Pra-perkahwinan
Kebenaran majikan bagi anggotan Polis dan Tentera
Surat pengakuan bujang dari majikan atau Ketua Kampung (lelaki sahaja)
Surat cerai jika pernah berkahwin sebelum ini
2. Menghadiri kursus pra-perkahwinan.

3. Dapatkan wali.

4. Menjalani ujian HIV. Prosedur ini wajib dilakukan hanya di hospital kerajaan sahaja.

5. Permohonan kebenaran berkahwin di Jabatan Agama Islam Negeri.

6. Pendaftaran perkahwinan anda selepas majlis akad nikah. Prosedur ini hendaklah dilakukan dalam masa 7 hari dari tarikh anda bernikah.

Itulah dia beberapa langkah dan prosedur yang wajib anda lalui jikalau ingin berkahwin. Anda boleh rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing anda untuk maklumat lanjut.

Halalkanlah Aku Tuk Menjadi Pasanganmu Dalam Keredhaan-NYA


Wahai rusukku ..... bimbing aku .... dengan doa dan ikhlas mu .....
aku wanita...aku wanita....aku wanita.....
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki. jangalah sekali kau luruskan cuman hanya kan mematah kan nya.... tp bimbing lah dengan doa dan ikhlas....


.•*´¨`*•.♥

♥♥Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
malah kedua duanya patah .....
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.



.•*´¨`*•.♥♥


♥♥Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.



.•*´¨`*•.♥♥

♥♥Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

.•*´¨`*•.♥♥


♥♥Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...


.•*´¨`*•.♥♥


♥♥Bila wanita menjadi derhaka...
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpin


DI ATAS SAJADAH AKU MENANTI SEPARUH AGAMAKU DGN SABAR.. DAN DOA ..

Friday, May 20, 2011

Saya Tahu Saya Tak Cantik ..



Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.


Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..




dibelasah oleh Solihin Zubir
Labels: Wanita